Tuesday, February 26, 2013

Gajah Kuala Gandah Pahang

Minggu ni naik ke Pahang tujuan utama nak cari ikan Patin sungai Temerloh. Dah lama tak mengulai ikan ni. Menyusuri jalan lama mulai dari Karak untuk ke Temerloh.
Pastinya akan melalui Ulu Gandah. Memandangkan masa yang panjang dan santai jalan2 ni ambil keputusan nak lawat cik gajah kat Pusat Konservasi gajah. Lebih kurang dalam 12 km dari pekan tiba lah kat tempat ni.
Nak ikutkan ini kali kedua dah sampai kesini. Pertama kali dalam 2 tahun dulu. Masa dulu dapat sekejab je sebab masa tiba agak lewat so tak dapat nak buat aktiviti yang ditawarkan. Tiada bayaran yang dikenakan hanya tinggal kan butiran pengunjung sebagai rekod jabatan. Sebenarnya sangat terkilan dulu tak dapat naik gajah atas sebab2 tertentu.....Kali ni semangat nak cuba sangat ditahap meyakinkan.

Aktiviti bersama gajah seperti bagi makan , mandikan gajah dan naik gajah dulunya ada. Tapi kali ni aktiviti naik gajah tu dah tak dibuat lagi,Aduhhh keciwa nih. Biasa la kepala ni mula memikirkan ni mesti ada apa2, bagaikan penyiasat siap tanya petugas masa buat tengah nulis2 tu, Pasal sekarang tak boleh naik?gajah ngamok pijak orang ke?...Cepat je petugas tu jawab eh tak lah kak  ni atas arahan kementerian demi keselamatan pengunjung.Iskh kalau datang dulu naik dapat rasa camana dok atas gajah ni masa tu takde lapik pon tempat duduk tu hanya semata2 rasa kulit gajah je,rasanya bole naik dalam 4 orang.
Selepas acara megenalkan gajah2 dan asal usulnya oleh petugas diteruskan dengan aktiviti bagi gajah ni makan, memang disediakan berbakul buah2 ni untuk pengunjung cuba pengalaman bagi makan kat gajah ni.   Dek gabra jugak dengan makhluk besar ni hampir tersuap kat lubang hidung dia dengan buah betik ni.Belitan belalai ni akan hantar buah kemulut.

Dah makin berani untuk terus manja2 ngn gajah ni, belikan tebu yg dah dibelah2 dalam RM3.00. 
Perasaan sangat seriau bila posing membelakangkan gajah ni,,,aduh rasa2 bila2 masanya kepala nak kena ketuk dek belalai tu.

Lepas bagi makan ambil tempat kat tepi sungai untuk tengok acara memandikan gajah. Pada yang nak cuba bole dapatkan sticker yang merekodkan untuk acara ni. Kebanyakan yang nak cuba tu pelancung asing.

Seekor gajah akan dimandikan oleh 4 orang. Ala bukan susah sangat simbur2 dan gosok2 je , ada kala gajah mandikan orang jugak siap sembur ngn shower asli dia. Untuk acara ni gajah2 ni agak baby lagi dan manja. Ikut cerita ia dikalangan baby yang tertinggal oleh group. Rasanya agak berisiko kalau mandikan bapak gajah, hilang kisah acara mandi gajah jadik pulak acara gajah pijak orang.
Pelantar ni untuk acara tengok mandi2 tadi.Dari lantai yang berdebu ni dapat tau air sungai ni melepasi aras pelantar ni jika air naik dek musim hujan kerap.
Dah siap mandi manda.
Sangat baby ni. Masa mandi tadi ada kala dia bunyi macam budak nangis.
Sedikit info untuk pengetahuan.

Gerai cenderahati untuk dibeli.
Sepanjang jalan menuju kepusat ni akan lalu kawasan kampung dan kebun2.Nyamannn..
Penduduk kampung ni dengan aktiviti tangkap ikan di tali air.



Ni lah tujuan utama untuk hari ini. Yang gajah2 tu sampingan je dah terlanjur dalam perjalanan.
Pilihan ikan dalam kolah ni, hanya tunjuk je mana yang berkenan dan minta potong sekali.Sangat fresh kalau lepas ni terus gulai.
View tempat sangkar ikan dari kedai ni. Sungai Temerloh memang sangat kaya dengan spesis ikan ni.
Tak turun sampai bawah, hanya takat ni je. Mudah kedai ni habis stok je terus ambik hasil yang dah sedia ada kat sungai ni.

11 comments:

  1. akak ada baca gak berita katanya mula deri tahunni tak silap.. jadi tak best dahkan.. teringin gak nak sampai sini... tapi tuler xtvt dah jadi kurangler yerk..

    ReplyDelete
  2. cho Zila ; acara naik gajah tu baru ni je ditiadakan, sebenarnya itu lah yang paling seronok , dulu dari atas gajah boleh terus ikut gajah tu masuk dlm sungai utk mandikan. Tapi aktiviti yg ada ni pun seronok jugak terutama bagi kanak2,,,ha kena bawak anak pegi sure diorang seronok.

    ReplyDelete
  3. salam kenal..


    hampir2 nak tersinggah di sini last 3 years. tapi tak menjadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal azian tq sudi singgah. Bagus sini terutama anak2 sure happy

      Delete
  4. bestnya kak haneem! my children sure suka kalau dapat visit gajah2 ni, very educational trip...cute souvenirs too! sejuk mata memandang views kat kampung and kebun...redup je...no sunshine? sedapnya gulai ikan patin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Rosa. ingat kat awak jugak masa snap suasana kampung ni, rindu kg kan. Matahari ada tapi sekitar kg ni hutan dan sejuk nyaman.

      Delete
  5. Assallammualaikum kak,
    Salam perkenalan :)

    Kak, berapa ye harga tiket untuk masuk ke sini? Seronok tengok gajah2 dalam gambar tu, rasa nak bawak anak ke sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam Ayu. Tiada bayaran tiket dikenakan tapi hanya rekod data as rekod kt front desk tu aje dan utk dapatkan stiker jika nak buat aktiviti mandikan gajah.Kanak2 sure dpt experience dan fun kat sini.

      Delete
  6. Baru ingat nak ke sini lagi for the second time. Masa pergi first time dulu, saya naik jugak gajah tu sambil dukung baby saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa akak miss pulak nak naik masa dulu sebab masa dah suntuk dah nak tutup.

      Delete
  7. Tak pernah pun ke tmpt ni. Cam tak tahu aje sebab sokmo2 balik ke lipis. Kita tak makan ikan patin.. Hehe

    ReplyDelete

Tulis la apa2 aje......