Alhamdulillah trip tahun ni dimulai dengan selamat sampai ke bumi India.Pada mulanya trip ni bagai tak menjadi,berbagai hal yang tak setle dan kalau ikut kan ada perancangan lain yang sepatutnya. Namun segalanya ada ketentuan Allah.Mula urus dengan agent atas rekomen seseorang. Tidak seperti selalu kali ni cuba agent ni yg dikatakan sangat bagus untuk trip ke India ni. Hanya 12 orang saja dapat menyertai kali ni..termasuk 3 orang yang first time ikut group ni travel.Tour guide dari agent ni perlukan 20 atau lebih kalau diikutkan. .tapi sebab tak sampai sasaran so dicampur kn dengan orang yang berurusan direct dengan dia..
Tour guide wakil dari agent terkenal di kl ni kita nama kn Miss Dev. Panjang dan berliku cerita trip kali ni ala cerita Hisdustan jugak.
Mula dengan hari pertama flight kami pagi pada 16 April kena pegi 3 jam awal untuk urusan check, pukul 3 pagi mata dah celik..so terus bersiap
Langkah pertama turun je dari rumah tah camna ''berdebuk'' jatuh dek silap pijak ketika nuju kereta..jatuh hampir koyak seluar dibahagian lutut yang dipakai...dalam hati berdoa janganlah ada sebarang musibah lagi. Namun rupernya ini baru starting, beberapa insiden berlaku satu demi satu.
Tiba di KLIA kumpul group 12 orang ni jumpa kat gate 3..lepas tu Miss Dev call untuk urusan check in. Nampak dia sibuk urus orang dia yang 9 orang tu. Masa nak cari seat dalam flight nampak Miss Dev dah santai duduk kat bahagian business class. Kami terus kebelakang ke bahagian economi seat.
Selepas 5 jam perjalanan selamat tiba di Indira Gandhi Airport Delhi. Masa ni Miss Dev tetiba kelam kabut dan muka ketat sambil beri isyarat tangan suruh kami pergi buat pengesahan visa online dimana kena tepek tapak tangan kat screen, dia dan orangnya ke bahagian manual. Agak leceh jugak cara ni adakalanya cap jari seseorang susah nak read kat screen tu, sampai kena cuci dan sapu losyen bagai baru ok.
Dalam perjalanan nuju ke tempat conveyer tu baru nampak Miss Dev dan dia datang tanya ..hows everybody? ..dalam hati kalau dah 12 kami dah ada ni makna tadi ok je lah..Dia merunggut dan marah2 katanya kelam kabut sebab 2 orang yang under dia tertinggal flight, dan dari percakpan sekarang masing masing menyalahkan satu sama lain,,so 2 orang tu kena beli tiket lain dan tiba lewat malam. Tapi biarkan dia settlekan hal tu.
Namun satu lagi insiden berlaku selepas semua luggage keluar, luggage kak Ani salah seorang warga emas dalam group aku ni pecah,,,kiranya bertebaran baju dan segala isi beg,untuk sementara pihak airport menggunakan plastik wrap, isi borang claim dan katanya akan hantar beg ganti dihotel pada pada esok pagi.
Tidur semalaman di Hotel ITC Dwarma ini, esok tengahari baru naik satu lagi domestic flight untuk ke Kashmir.
Semasa breakfast di hotel ni nampak keriasaun dari wajah kak Ani dimana beg nya masih belum berganti,,mau tak risau dengan sarat persalinan untuk seminggu tapi tidak berbekas,,,terus cari Miss Dev yang sedang minum situ,,,dan dia tak ada apa bole dibuat sebab diorang tak hantar seperti dijanjikan. So ambik inisiatif bagi kak Ani beg extra yang ada dibawak dan suruh dia isi apa yang bole dan jika tidak tumpang je beg sesiapa,Nasip baik settle.
Lupakan seketika insiden demi inseiden yang berlaku, kini dah atas Indigo flight untuk ke Srinagar. Ia adalah ibu negeri bagi Jammu dan Kashmir. Perjalanan selama satu jam lebih.Bila tengok pemandangan dari atas,,,wee cantiknya...hilang stress semasa urusan check in tadi,,,staf airport selalu bawak seseorang untuk potong Q hingga akhirnya kesabaran seseorang dalam barisan kami semestinya salah seorang tourist jugak mula bersuara memebantah agar ikut aturan dan kami ramai2 tepuk tangan untuk sokongan untuknya. Namun hanya seketika lepas tu satu demi satu dia mencelah..huh,,,,,
Kami disambut oleh Tour Guide dari Kashmir dan menyediakan 2 buah van untuk kami seramai 22 orang ni. Semasa dalam perjalanan menuju ke tempat penginapan driver dah siap putarkan lagu dari filem Bobby ...wah nostalgianya terutama warga yang seangkatan aku ,,,sebab itu zaman kami dimana pengambaran filem tu kat Kashmir . Dahsyatnya filem tu jadi kegilaan di tahun 70 an,,dan tak menduga dan tak terfikir aku tiba ditempatkan yang jadik sebutan dulu ni.Masa tiba hujan lebat dan cuaca sejuk, bercakap pun dah keluar asap kat mulut.
Tasik Dall terletak di Srinagar,ibu negeri Jammu & Kashmir. Ia adalah tasik yang terbesar di bandar tersebut dan merupakan salah satu kawasan tumpuan.
Tasik ini
sebenarnya terbahagi kepada empat bahagian iaitu, Dal Lake, Gagribal, Lokut Dal
dan Nagin. Melancong ke Kashmir bagaikan tidak lengkap andainya tidak
berkunjung ke tasik ini. Disini lah kami menginap dalam sebuah houseboat selama 3 malam.
Disini penggunaan bot berenjin dilarang, maka suasananya sangat tenang dan air sangat bersih.
Berbagai jenis houseboat ada disini,,pilihan ditangan sendiri mengikut class2 yang tertentu.
![]() |
Suasana ni dalam waktu maghrib ketika pulang dari aktiviti lawatan untuk hari kedua |
Suasana di plantar houseboat kami....5 biji houseboat untuk group kami. Sebuah houseboat terdapat 3 bilik.Setiap bilik untuk berdua.
Selepas subuh dah keluar tengok aktiviti ditasik ni...Sampan kecil tu membersihkan rumpai dan membawanya kesatu tempat untuk dijadikan baja bunga katanya.Suasana malam amat hening dan sesekali terdengar bunyi kuakan air oleh sampan2 kecil ni.
Pemandangan semasa menaiki shikara ni semasa keluar untuk tour di pagi hari.
Rasa teperangkap dalam dunia asing yang cantik dan aman tenang.
![]() |
Posing semasa tunggu Yusof sediakan breakfast sebelum start tour pagi ini |
![]() |
Ruang tamu di houseboat, luas dan bersih |
![]() |
Ruang meja makan malam dan sarapan kami |
![]() |
Balcony depan houseboat |
![]() |
Bilik air dengan kemudah air panas dan baththub |
Setiap rumah
akan ada seorang butler yang akan sentiasa membantu kita. Mereka
akan angkatkan beg, hidupkan pemanas bilik, hidang makanan dan macam-macam
lagi. Tukang masak pula akan masak mengikut apa permintaan kita. Service mereka
adalah yang terbaik. Selesai dinner Yusof dah siap ambik order menu apa untuk breakfast.
kami disambut oleh anak muda bernama Yusof yang menguruskan segala hal kediaman ini.Paling diingat sampai kini, setiap breakfast pasti kashmir omelete with vege tu sangat sedap dan aroma roti bakar harum semasa bersiap untuk aktiviti harian, dan semestinya roti nan tak pernah tiada setiap hari.
![]() |
Salah satu menu dinner kami..nasi basmathi yang halus dan kambing ...,masak apa dah lupa..sedap |
Dimalam terakhir Yusof telah menyediakan kashimiri Beriani yang enak amat amat. Kami berlima boleh menghabiskan seperiok beriani tu mungkin dek hari tu terlalu penat berjalan ditambah cuaca oiii sejuk kemain dan dek sedap beriani tu lagi...
Hari kedua kami menuju ke Gulmarg. 56 Km dari Srinagar, perjalanan lebih kurang 2 jam. Pergunungan ini masih diselimuti salji walau kini dah musim bunga. Sebelum nak tiba singgah dulu tempat sewaan baju yang khas untuk salji jika yang dipakai tidak sesuai ditakuti basah pulak terutama kasut yang sesuai.
Kashmir
mendapat gelaran wilayah tercantik di dunia. Mengikut satu catatan Bernier
iaitu orang eropah yang pertama memasuki Kashmir.
Ramai juga yang menggelar Kashmir sebagai 'the paradise on the earth'.
Kashmir sangat terkenal dengan keindahan panorama pergunungan Himalaya sejak dari dulu lagi. Di dalam peta, Kashmir digambarkan sebagai salah satu lembah yang terpencil di pinggir turutan gunung Himalaya yang terletak tinggi di dataran benua kecil Asia selatan.
Perkampungan Gipsy,,semasa otw ke Pahalgam
Sepanjang perjalanan berjam2 pemandangan sangat la cantek,,,rugi pada yang tertidur dalam perjalanan,,,tak perlu pilih2 tempat nak abadikan gambar ,,semua cantik,,kiri dan kanan jalan.
Leka tengok ladang mustad yang mewarnai sepanjang perjalanan, Sesungguhnya Kashmir ni Allah bkurniakan kecantikan alam semula jadi yang hebat, walau kekurangan dari pembangunan dan prasarana ia kekal dengan keunikan alam.
Di dalam houseboat juga akan sentiasa didatangi penjual yang datang bertandang. Antara barang
yang mereka jual adalah pashmina, silk, pakaian, batu-batu permata. Mereka juga
aktif berjual ketika anda bergerak di dalam boat on the way untuk ke jeti. Just
enjoy shopping di Kashmir.Selepas dinner diorang akan mintak izin jika diberi masuk, dia akan masuk if kita penat tak mengapa,,,tapi best jugak bila dah dilambak kan perbagai2 tu maklum bila aktiviti harian tu kita jarang nak singgah kedai sna sini,,so masa ni bole pilih, dalam kata no, no dan geleng kepala,,,dalam hati kata eh,,,cantik pulak.....Rezeki memang Allah dah tentukan tiap hambanya. Dalam rezeki kita adanya rezeki dia.
Singgah disalah sebuah kedai jualan kain. Sesuatu yang baru dilihat sebuah pangkin macam pentas disediakan untuk kirai kain sari yang panjang tu,,,,so takde kotor kena lantai. Kesian bila dah kirai kirai tu berjela panjang dia kena lipat jika tak dibeli.
Lepas acara beli belah ni semua dah tunggu dalam van ikut arahan TG yang dah beri masa atas persetujuan kami semua berapa lama if nak membeli beli ni....tapi kali ni lama jugak semua menuggu rupenya TG kami Miss Dev tak settle membeli lagi,,,wahhh TG lebih sakan membeli tak hengat dunia...bila dirisik rupenya ini lah kali pertama juga dia sampai ke sini..hmmm patut le bila tanya apa seterusnya dia macam blur je.
Ini antara kedai yang telah di atur oleh TG untuk bershoping ..Carpet carpet dikedai ni memanglah cantik2 namun setanding dengan harganya la jugak...tapi mesti lah ada peminatnya.. Tapi bukan dari group kami ni lah. Masa diorang buat show time sambil dihidang teh masala tu aku menyelinap dengan 3 orang kawan untuk pergi kedai lain dibawah tu...sebab dah nampak ada jualan lain yang diminati,,tapi rupernya salah sorang dari driver kami ada kat bawah tanya nak kemana,,bila cakap nak beli barang lain dia terus arah pergi ke salah satu kedai ,,,dah macam terpaksa masuk,,,ehhhh tau la U bole dapat komisen tapi we just round je dalam kedai tu terus keluar....hahaa...mana bole paksa kan.
![]() |
Balik petang dari last day tour |
Kashmir ni antara kawasan yang bergolak. Wilayah Kashmir saat ini sebahagian di bawah pemerintahan India, sebagian lagi di Pakistan, dan Cina
Untuk meredakan konflik Antara
perjanjian damai yang dimeterai oleh kedua belah pihak ialah perjanjian
Simla yang telah mewujudkan kawalan sempadan antara kuasa besar asia
selatan tersebut.
Oleh
sebab itu, jika anda datang ke Kashmir, anda akan lihat begitu ramai
tentera India lengkap bersenjata membuat kawalan ketat di sepanjang jalan. Beg
anda juga akan di skrin sebelum sampai ke airport lagi oleh tentera
India.Tapi tiada bahaya untuk urusan perlancungan. Ok setakat ni dulu,,,sambung pt2
![]() |
Bersama tentera India yang sentiasa bersenjata M16 |
wahhhhh....bestnya kak hanem..... houseboat tu macam menarik sangat...
ReplyDeletepemandangan dia yg cecantik semuanya.....
suasana sekitar tasik dall dan haouseboat tu memang la best, view dimana mana pun kat sini cantik sangat.
Deleteahakss..JM pun baru balik dari kashmir mggu lepas..tapi entri lum up
ReplyDeleteHi JM,,,owhh kita berselisih jalan lah kiranya ye..ok cepatlah up blog nak tengok lagi. tak puas mata memandangkan
DeleteGambar2 dekat Houseboat tu menarik ��
ReplyDelete