Wednesday, March 30, 2011

Persiapan semi akhir

Majlis kahwin adik lelaki bongsu hampir mendatang, ni bakal pengantin perempuan datang KL untuk membeli barang2 hantaran.Aku hanya menemani diorang semasa membeli cincin kahwin untuk bantu dalam acara tawar menawar. Selalunya acara tawar menawar ni berjaya menyusutkan harga hingga ke paras cina kedai tu tak boleh nak berganjak ke harga lebih murah lagi, ok lah hingga rasa puas hati.Sip baik kedai mas selalu sediakan air minuman untuk customer yang dah kering air liur untuk acara menawar ni.

Bakal pengantin dalam proses memilih cincin yang sesuai.

Dalam masa bakal pengantin sibuk buat pilihan yang tukang meneman ni pun sibuk jugakkk acara try try ni,,,


Cuba cuba yang ni pulakkkk .....suke , suke....


Akhirnya tukang peneman merangkap tukang menawar dah tergoda dan terbeliiiii set rantai dan bracelet mas putih ni untk kak Ann. Harap Farhan suke menda ni eh.....Cincin kahwin dan set rantai ni dapt dibeli dan harga pun puas hati sebab dah menawar sehabis air liur.....
Pagi Ahad 27 ke Hulu Langat untuk urusan tempahan cenderahati untuk semua tetamu pada hari majlis nanti. Hajat dihati nak bagi tetamu, dengan beri bunga telur tapi, leceh tiada tenaga kerja nak menguruskan semua tu, so ambik keputusan ini yang mudah. Tapi bunga telur tetap ada hanya kadar sedikit.


Pelbagai pilihan yang ada


Akhirnya ini pilihan muktamat yang berkenan dihati,,,,tempahan akan dihantar ke kampung through courier


Urusan penempahan




Dari Hulu Langat terus ke Jakel Seks 7 Shah Alam, kali ni kami meriah bersama adik dan juga nina & adif.


Acara mengumbah kain telekong dalam membuat pilihan


Akhirnya pilihan yang yang berkenan dapat,,,rasanya pilihan penentuan dibuat oleh si baju biru ni....(bakal pengantin akur jer dan beri bakal kakal ipar buat penentuan.... )



Kali  ni adif & nina tak boring sangat sebab acu ada melayan sementara kaki shopping tengah sibuk mengumbah barang...... Telekong, kain samping, sepasang baju siap dibeli untuk bakal pengantin,,,,dan tukang peneman dan si baju biru pun sama harus membeli untuk diri sendiri juga,,,,,terbeli  4 set cadar ......huh !!!

Pengakhir acara beli belah hari ni,,singah kat tempat carpet untuk tambahan carpet kegunaan kat kampung.Kriteria pemilihan carpet ni ia harus warna suram dan gelap2 sikit memandangkan kat kampung tiada pengurusnya hanya abah sorang...so pilihan warna yang gelap dan suam2 amat membantu.



Sambil tunggu staf carpet ambik  4 keping carpet corak yang sama dari stor.



Lepak2 atas carpet sambil staf carpet mempamerkan corak untuk dibuat pilihan.



Akhirnya nye ini lah hasil tangkapan untuk hari ni. Bermula dari pukul 10 pagi hingga 5 petang.Bonet dan seat paling belakang bertimbun dengan barang2 ni. Hanya satu lagi tugas khas yang agak mencabar nak dilalui, abah dah arahkan kami berdua beradik untuk jemput mulut satu kampung (jemput dari rumah ke rumah). Huh......amalan camni masih diamalkan dari dulu lagi walau pun kad jemputan diberi, dengan jemput mulut ni tetamu akan rasa lebih dihargai dan akan rasa sangat bersalah kalau tak datang....nak ikut hati cara sekarang tag je kat FB kalau yang ada...tapi amalan ni ada baiknya.
Task jemput2 ni akan berlangsung pertengahan Mei nanti...tunggu next entry camna keadaan kitorang naik turun rumah sekampung dengan teks yang dah abah setkan untuk dicakap berulang kali......Insyallah..

Tuesday, March 29, 2011

Ke Sini Lagi


Hujung minggu 18 Mac 2011 melawat Kak Ann untuk kesekian kalinya. Dengan kesempatan cuti hujung minggu tu ambik Kak Ann kat Dungun dan terus menyusur ke Kuala Terengganu lagi. Terus walk in ke Hotel Grand Continental K.Terengganu. Walau telah cuba pelbagai hotel disini rasa nya agak suka dengan hotel ni sebab bilik yang agak luas. Bilik yang agak luas diperlukan dalam pemilihan sebab disebabkan hanya ada 2 singgle bed, 2 orang akan tidur kat tilam extra yang semestinya jadik orang bawahan katil.  

Pemandangan dari tingkat 10 dari bilik kami.

Bersiap nak keluar cari makan




Semasa keluar untuk mencari makan, terpandang kedai ni, tak tau nak pilih yang mana satu sedap, tapi berdasarkan pemerhatian sebab ramai orang yang makan dalam kedai ni, terus buat andaian kalau ramai mesti makanan kat sini sedap. Masakan utama nasi kukus dan lauk ala Thai.




Kerabu Sohoon dan sotong goreng tepong yang amat ranggup. Kerabu sohoon, sayur dengan sotong & udang segar dan adunan rasa masam, manis dan pedas secukup dan sesedap rasa.


Andaian kami tepat, makan sangat enak, patutlah orang ramai kat kedai ni.Sop pun sedap tapi agak pedas, lain kali kena pesan kurangkan cili yang diketuk tu...




Makan nasi ulam kena makan beralas kertas, sebab tak biasa mintak pinggan nak lapik.Makanan ni dah jadik makanan harian kak Ann sejak dok kat Dungun.


Lepas makan malam, lepak2 kat Dataran Shah Bandar kat tepi laut.

 


Acara melawat pasar payang ni memang wajib tiap kali kesini.Encik D hanya hantar aku dan kak Ann saja kat sini dan  kami berdua berpusing kesana sini. Tidak berniat nak beli kain batik ni,tapi hanya tengok2 saje.

Tiap kali fesyen kain sentiasa berubah dan kali ni sangat mewah dengan manik2 pulak. Harus bila dah dibuat baju berat bertambah dek lebatnya manik2 ni. Maintanance penjagaan pun tinggi.

Penyu pun selalu tukar style

 
Beli serunding daging untk stock abah kat kampung.



Beli ikan segar kat Dungun dalam perjalanan nak hantar kak Ann balik hostel.


Minum petang kat gerai hadapan hostel kak Ann, tepi pantai Telok Gadung.



Walau pun berjalan untuk 3 hari, barang tetap padat.


Selesai perjalanan untuk kali ni.

Monday, March 21, 2011

Jatuh Cinta Lagi

 Mula mengenali perfume semenjak dari kecil lagi, mak dan abah share guna perfume yang sama dengan cara menitiskan kat saputangan, Pewangi yang dipanggil Santalia pasti mengharum jika diorang pakai untuk keluar jalan2. Aruah nenek pulak menggunakan pewangi Brut yang berbotol hijau dan ada kepingan silver kt botol tu. Sebenarnya pewangi tu untuk lelaki tapi aruah nenek pakai jugak sebab masa beli dulu bukan nak tau pun untuk perempuan atau lelaki, janji bau sedap. Bau ni sangat nostalgia pasti kenangan dengan nenek (mak tua) kembali berputar.Apabila bersiap nak pegi kenduri kahwin je pasti nenek titis kat saputangan dan sapu2 sikit kat baju.


Rupanye perfume ni masih  ada lagi sekarang, tau dari google.Launch in 1964. Semestinya masa diorang menggunakan perfume ni aku juga tumpang sekaki aktiviti tu. Memang suka sangat yang harum2 ni.
Tahun 1980 an masa masih sekolah lagi beli pewangi Mistral berbotol biru, masa tu pelakon Maria Arshad jadik model untuk perfumed tu, kat TV atau majalah banyak keluarkan iklan tu,,,,ni terpengaruh la jugak,,,,beli lah satu.
Bila dah bekerja mula lah ronda2 dan pusing berkali2 kat kaunter perfume di shopping complex. Berjaya memiliki pewangi Estee lauder setelah beberapa bulan kumpul duit gaji.


Ini pulak perfume dari hantaran kahwin. Aroma ni memang lah lagiiiiii banyak kenangan......

Walau pun masih setia dengan brand Estee, suka jugak dengan lain lain brand, janji bau tu sedap. Tidak menunggu pewangi yang ada habis, aku akan membeli yang lain jika ada yang berkenan.Ada juga perfume yang dapat dari pemberian,  sangat suka dan amat dihargai, akan pakai tiap pewangi secara bergilir gilir.Peristiwa tak boleh lupa masa zaman bujang bersama sahabat ku Jey.....dengan tujuan untuk membeli telah mencuba pelbagai pewangi ni, untuk puaskan hati sebab nak dapat pilihan yang tepat, tapi disebabkan terlalu banyak jenis yang dah disembor, hidung pun dah confuse untuk dapat pilihan yang dihendak. Dulu tidak disediakan biji kopi untuk neutralkan bau macam sekarang ni. Akhirnya kami melangkah keluar dengan kepala dah pening dek bau yang pelbagai. Menuju ke KFC sebab dah lapar, tapi berasa hairan ayam goreng yang terhidang berbau wangi, tanpa menghabis hidangan kami mengambil keputusan balik rumah......dan penamat cerita hari tu....muntah akibat mabok dengan pewangi yang dihidu. 
Sedang memiliki Sensuous ni waktu jualan Cristmas sale tahun lepas...........tapi.....


Dah jatuh CINTA dengan ini pulak. Semasa melintas kaunter pewangi ni salesgirl ayu berkulit mulus menyapa suruh mencuba pewangi ni.Dengan gaya lemah gemalai terus buat promosi dan sembur sikit kat pergelangan tangan.
Aku ; Berapa harga klow ni dik
Dia ; Sebutan nya klowee kakak, harganya.....dan bla bla bla..
Dia ; Bau dia makin lama makin sedap kakak, kalau kakak nak beli cari saya nanti ye.
Aku ; Ok dik ( tetiba terpandang halkum adik manis ni pulak)......

Pada malam tu kat bilik tidor berbau sangat harum tanpa tau mana punca nya, hingga kesesokan baru tau sumber bau yang wangi tu dari baju yang dipakai semalam yang terkena semburan pewangi dari adik manis tu. 
Hah ni lah yang buat dah jatuh cinta kat yang di atas ni pulak. Tapi tak tau lah bila dapatnye.....


Monday, March 14, 2011

Hand bag

Hand bag ada pelengkap gaya, tapi bagi aku ia adalah sesuatu yang amat berguna dan tak boleh dipisahkan dan dalamnya tersimpan segala khazanah yang penting.
Mula menggunakan hand bag ketika berumur 9 tahun sekitar 1970 an mencipta hand bag untk kanak2 menjadi trend masa tu.Tak ketinggalan aruah mak telah membeli sebuah hand bag kulit comel dari Singapore. Sangat suka dengan bag ni dalamnya diisi dengan sehelai sapu tangan, clip rambut dan purse kecil untuk duit (hanya duit syiling je).Cara pakai dengan silangkan kat badan kira macam sling bag.Trend ni berlangsung dalam 2 - 3 tahun juga.
Mula menggunakan hand bag sepenuh masa ketika usia belasan tahun dan mula bekerja. Walau gaji mula kerja agak kecik tapi berusaha dan dapat memiliki beg Bonia full leather yang berharga RM350.00 itu pun dibeli masa sale dan dah tolak harga discount. Belum sempat nak jemu dah beli yang lain jika berjumpa dengan yang berkenan dihati.
Disuatu pagi minggu cuba kemas dan jejaki bag yang telah dimiliki, ini lah yang ada ni tak termasuk yang telah diberi pada seseorang dan ada jugak yang rosak dalam simpanan. Kulit yang mengelupas sebab tak diberi jagaan yang betul. Himpunan kat atas ni masih elok dan ada yang hanya dipakai 3 bulan sahaja.
Masih sayang dengan bag bag ni tapi dek masalah tempat masalah nak simpan terfikir pulak nak jual murah dengan cara car boot sale....ada ke yang nak beli?

Sangat selesa dengan beg yang agak besar dan paling penting punya 2 compartment untuk senang nak asingkan barang yang banyak dalam bag tu. Kalau dibuat acara selongkar ni dia list yang mesti ada dalam hand bag kepunyaaan ku.

  • purse
  • coin purse
  • make up pouch
  • cermin mata
  • set kunci (kunci rumah, kereta, pejabat, siap ada gunting lipat, blade dan nail cliper - set ni yang menyumbangkan keberatan hand bag)
  • sewing kitt
  • minyak angin, viamin dan ubat harian
  • hand losyen dan vaselin cream
  • Buku account bank (banyak buku tapi duit sikit)
  • hand phone (wajib)
  • tissue, pad (jika kecemasan), ubat gigi dan berus gigi kecik (jika lupa masa gi jalan jauh)
  • pen dan marker pen (tak tau kenapa nak bawak marker ni tapi sesekali ada gunanya)
  • brooch
  • camera
Dengan benda2 dalam bag tu semestinya bag tak boleh pakai yang kecik dan bebanan kat bahu yang digalas memang lebih dari sekilo. Penah dahulu rakan sepejabat buat keje mendajal letak 3 stapler, punture dan gam 500ml dalam hand bag tanpa aku sedari sehingga keesokan harinya. Tidak langsung perasan akan pertambahan berat kerana dah terbiasa. 
Sangat pelik dengan seorang sahabat yang tidak suka dan tidak pernah menggunakan hand bag. Diharap sahabat yang aku pasti membaca blog ni mula lah pakai, dari ko hanya lenggang kangkong je pegi dan balik keje tanpa hand bag ni......setidaknyanya ada juga tempat nak simpan hand phone tu dan tidak la hand phone tu menjerit2 dalam kereta yang ditinggal oleh tuannya. Dituju khas untk PG.....



Tak lelap tidur



Mula mengenali butiq ni dari seorang kawan kerana berkenan dengan tudung yang dipakainya. Disuatu hari minggu cuba menjejaki tempat ni,,,,,,,, nun di Seks. 7 Shah Alam.
Dengan tujuan hanya nak tinjau2 saje, berakhir dengan 3 helai tudung dibawa pulang. Harga agak mahal jugak tapi berbaloi dengan kualiti dan keselesaaan memakainya.Dah 3 hari dan 3 jenis tudung yang dipakai mula lah tak lelap tidur untuk memiliki pelbagai warna, so dalam keterbatasan waktu pejabat,,,,,,kidnap Sabariah dan vroommmmm ke sana.......

Banyak pecahan warna dan juga fesyen yang tidak la serabut




Hasil dari tinjau2 hari ni beli lagi 4 pasang.....gigil jugak la tangan nak hulur duit., tapi takpe tudung ni letaknya ditempat mulia atas kepala dan dengan tujuan mulia....(ayat nak coverline setelah ratusan dah keluar ni)




Dari mula dengan hanya menemani , ni dah beli jugak hasil dari hasutan.....walau dah ada kat tangan tu masih belek2 lagi kan Saba.....


Tak cukup tudung dah berkenan dah selak selak kaftan ni pulak...




Sudah senang hati, ni tunggu Saba belek2 lagi tu



Seronok pegi sini, ni kena balik ofis semula.....jauh tu



Dah miliki 7 pasang dalam minggu ni,,,,cukup lah buat masa ni, tapi boleh percayake??? , ni warna biru masih tak dapat lagi...Sangat puas hati dan suke dengan colection kat sini buat masa ni......walau pun alah membeli tapi menang memakainya.Material yang halus mulus dan tidak panas masa pakai,,,rasa cam tak pakai tudung. Sesiapa yang nak cuba tgk je kat web butiq pearl haya. Iklan free untuk pearl haya ni.