Thursday, November 21, 2013

KONVOKESYEN KE 79 UiTM

Pejam celik pejam celik budak ni dah sampai hari untuk budak ni konvo dah. Dalam tempoh tiga taun sepanjang pengajian ni satu family dah rasa Terenganu yang jarak dari Kuala Lumpur lebih kurang 400km lebih ni macam dekat je  walaupun dulu rasa nun jauhnya laa.. Semasa Farhan Akma aka kak Ann  ni dapat surat tawaran UiTM Dungun mak dan abah dia ni selamba jer sebab walau jauh mana pun dalam Malaysia ni abahnya pasti akan sampai dengan kerap. Adakalanya selang berapa minggu je kami dah sampai...hmmm lom sempat nak rindu dah tiba...ambik Kak Ann kat Dungun dan terus ke Kuala Trengganu jalan sana sini.Diorang adik beradik memang dah biasa travel jarak jauh sejak dari baby lagi sebut mana je dalam Malaysia ni tak tiba semua dah tiba.
Pada tahun 2013 ini adalah kali ke 79 UiTM mengeluarkan graduan yang dididiknya. Sebaiknya sahaja Kak Ann sms beritahu tarikh konvo terus call hotel yang berdekatan iaitu hotel UiTM dekat dewan tu tapi malang ia penuh , gigih call beberapa senarai yang dah sedia simpan tapi jawapan semua fully booked ,,waaa cepatnya abis walhal baru keputusan  baru kejab je keluar. Tapi tak jadi masalah pilihan hotel yang biasa juga disingah dulu masih ada . Akhirnya dapat di Paka Residence Resort hanya 15 minit perjalanan ke Dungun. Ok settle bab tu.
Beberapa minggu sebelum tarikhnya sampai dah beritau abah iaitu datuk Kak ann (Tok Bah) untuk meraikan hari konvo kak Ann.Tanpa cakap banyak abah hanya cakap InsyAllah jika badan sihat akan turut serta. Sebenarnya aku agak risau bila buat planing dalam jangka panjang ni sebab selalunya bila dah sangat2 teruja ada je aral yang terjadi. Kali ni hanya buat biasa je tapi hari2 berdoa agar semua dipermudahkan. Alhamdulillah semua berjalan lancar walau pun ada juga yang tak berapa nak jadi sepatutnya adik lelaki dengan keluarganya turut serta tapi batal disaat akhir dek tugas penting keluar negara. ...Hmmm ada jugak.Walau apapun syukur semua lancar.

Ni semasa mula tiba duduk dulu di kemah keluarga yang tak dapat masuk dewan.Tetiba ternampak parents lain semua dah beratur nak masuk dewan . Kak Ann dah tergesa2 masuk dewan baru teringat mana pass untuk ibubapa nak masuk ni?
 Baru pegang phon tetiba dah masuk call dari dia percakapan nya gini....  "mak boleh tak mak gi cakap ngn petugas dipintu masuk dewan tu beritau pass masuk untuk mak ngn abah dah tertinggal dalam kete kawan  yg sepatutnya dah sampai sekarang tapi kena patah balik kerumah neneknya di Kuala Trengganu sebab jubah konvo tertinggal kat rumah nenek dia kat Kuala Trengganu''...Ahhh sudahhh...tak nak cakap banyak sebab kalau pikirkan masalah kawannya yang tertinggal jubah kat rumah tu lagi besar dari masalah pass tiada sebab yang ni boleh settle dengan budi bicara saja. Patut la masa tanya dia malam tu mana pass dia hanya kata ada tapi tak dikeluarkan, tapi perasan dia agak resah.
Sedang barisan parents lain dah mula masuk dewan , terus menuju petugas dan cerita hal yang sebenarnya dan terus dibenarkan masuk tanpa banyak soal (pernah jadik petugas jaga kemasukan dewan di UM dulu rasanya ni masalah kecil je, lain la kalau tertinggal passport di airport , pasti tiada kompromi kannn). 
Terus signal En, D masuk dan tetiba terfikir sesuatu ...booked siap siap  4 kerusi dan keluar semula untuk cuba bawak masuk Tok Bah ngn abg Naim masuk. Sedang melangkah kepintu masuk tetiba dipanggil oleh petugas tu...alamak mesti dia nak kata jangan bawak lebih keluarga masuk agaknya (dalam hati dah susun ayat nak minta ehsannya bagi benarkan Tok Bah ngn Naim masuk)...tapi rupernya dia bagi laluan khas yang mudah ikut laluan khas memandangkan aku bawak abg Naim as warga istimewa dan abah as warga emas. Alhamdulilah untuk ini dan sememangnya tiap sesuatu hal tu ada hikmah disebaliknya.

 Begini la kedudukan kami ni. Saja bagi Tok Bah duduk bahagian tepi agar mudah dia nampak kak Ann kat stage nanti.
 Rasa sangat gembira dapat bawak abah masuk.Dengan usia 78 dia masih sihat walaupun penglihatan agak terhad akibat gloucoma. Nampak dia kesat air mata masa turn kak Ann atas stage. Katanya dia sedih aruah mak tak dapat nak sama2 share dengan nya moment gembira ni as Kak Ann cucu pertama nya dan sejak dari lahir Kak Ann memang dipelihara olehnya.

 Memandang waktu tu ekonomi aku belum stabil dan pelbagai masalah terutama duduk dikawasan yang jauh dari tempat kerja dan tiada kereta lagi. Demi nak pastikan kebajikan anak terjamin dengan berat hati tingalkan di kampung. Masa tu hanya Allah je yang tau camna berpisah dengan anak, tiap malam sunyi pasti nangis teringat kat dia tiap hujung minggu pasti balik dan pantang jumpa public holiday gembira tak terkira bagai hari raya. 
Abah juga banyak membantu dalam membeli susu dan pelbagai kerana ekonomi sangat tak stabil masa tu. Genap setahun baru ambil dia semula itu pun abah dah mula berat hati nak bagi balik. Tapi aruah mak sangat sangat memahami dan dia bercakap mak tau perasaan ibu dan anak , ambik la budak ni balik nanti pandai la mak pujuk abah kau. Mak kata kat abah dia dah tak berapa sihat nak jaga baby ni dan perlu rehat akibat penyakit darah tingginya. Itu lah helah aruah mak dan dengan itu aku dapat bawak kak Ann balik K.L
Genap Kak Ann setahun dan baru pandai berjalan bertatih bawak dia balik Kuala Lumpur dengan menaiki bas ekspress dan terus la dia sepenuh masa dalam peliharaan aku. 
Sesungguhnya benar janji Allah tiap anak pasti diiringi dengan rezeki untuknya. Hanya beberapa bulan lepas tu rezeki dah makin bertambah dan tak pernah putus walau ada kekurangan sana sini pasti ada jalan untuk menyelesaikannya. Hingga kehari ini berbagai rezeki yang Allah kurniakan yang tak pernah dijangkakan dapat dinikmati dahulu.Alhamdulillah.
  
 Perarakan masuk graduan ke dewan.
Mak dan abah hanya doakan Kak Ann terus berjaya dalam kehidupan ini dan diberkati Allah.
Selesai upacara didewan abg Naim nak bagi bunga untuk kak Ann.
Bergamba dulu dengan En D ni, dia adalah bapa yang sangat menghargai apa jua pencapaian anaknya. Dia lah orang yang akan pergi ke mesyuart PIBG dan juga jumpa cik gu masa ambik report kad,pernah cik gu sekolah beritau kak Ann agak lemah  dalam beberapa subjek tapi dia relaxs je balik rumah hanya nasihatkan tambah usaha dan nasihat je.Tak pernah nak paksa belajar sebab katanya budak2 ni tak bole paksa nanti diorang memberontak...Wahh gitu pulak.... Kesedaran hanya untuk maju akan datang dari diri diorang sendiri katanya. Tak pernah dia jentik atau pun marah pada semua anak2 walau dari kecik mau pun dah besar ni.Kalau ada nak diberitau dia akan cari masa yang sesuai dan cakap baik2.

Pasti Tok Bah sangat gembira
Selepas dapat result PMR yang cemerlang Kak Ann terus bagitau dia nak dok sekolah yang ada hostel. Sebenarnya terkejut jugak dengan pencapaiannya tapi sangat yakin Kak Ann akan berupaya berjaya jika ia mau sebab dia gigih kalau nak sesuatu untuk nya.Sedih jugak sebab kehilangan anak dan jugak geng bercerita dan jalan2 shopping bila dah berpisah ni. Tapi demi masa depan dia itu adalah lumrah.
Memang dari awal bila tau nak konvo dah rancang nak pilih bunga lily ni untuk dia. Dalam cari2 bunga tu peniaga gerai bunga tanya,,anak akak suka bunga apa?...Ohh sekarang saya carik bunga yang saya suka sebab ini pemberian saya untuk dia...mintak diorang gubah hanya lily saja tanpa campuran bunga lain...harap harum bunga lily ni akan diingatinya sempena hari kejayaan ini.
Sekian sahaja tamat la majlis konvokeyen untuk Kak Ann ni, moga dia akan terus berjaya dalam pelajaran seterusnya.Bertolak balik K.Lumpur. Alhamdulillah semua perancangan telah dipermudahkan Allah.

Wednesday, November 6, 2013

Terima Kasih Kepada Polis Trafik Bulatan Jalan Othman P.Jaya

Setelah berpuluh tahun menggunakan jalan untuk ulang alik ketempat bertugas berbagai rasa dan pelbagai suasana yang diharungi. Yang paling tak boleh elak kesesakan jalanraya walau berbagai naik taraf jalan dah dibuat.Orang Malaysia memang kaya kebanyakan semua berkereta. Tak tahu nak salur kemana nak bagi penghargaan kepada polis tafik berpangkat Sarjan yang selalu selalu bertugas pada waktu petang di bulatan Jalan Othman P.Jaya. Sangat komited dan cekap dalam kerja. Walau tiap hari jem tapi dia dia bole mengendali keadaan dengan melancarkan aliran trafik.

Tidak hanya dengan berdiri sambil melihat je kesesakan tapi dia sentiasa melihat situasi keliling dan dengan cara menggunakan kon disebelah kanan kanan yang menuju kebulatan amat berkesan dimana kenderaaan disebelah kiri bole menyusur perlahan tanpa menggangu kenderaan yang bergerak dalam bulatan tu. Kalau dulu pernah merasa teperangkap dalam jem selama 1 jam semasa melalui jalan  hadapan restoran Lotus PJ hanya untuk menuju ke bulatan Jalan Othman. Memang geram dan sangat membosankan. Rasanya cara polis trafik mengendalikan kesesakan ini memang memainkan peranan besar dalam melancarkan aliran trafik.

Dapat snap pic polis trafik ni waktu melalui bulatan jalan gasing mingu lepas
Pernah nampak sendiri semasa waktu berhenti anggota polis ini berjalan sambil menjenguk ditepi tingkap  setiap kereta satu persatu dan berhenti sambil berkata2 sesuatu kepada pemandu, rupenya memberi nasihat kepada wanita yang drive seorang diri  yang suka letak hand bag kat seat sebelah.Walau dah banyak jenayah pecah cermin sisi untuk ragut beg ni tapi masih kesedaran amat kurang,,,dan antara wanita tu  kadang2 penulis blog ni juga ,,,tapi kini dah beringat kalau drive sendiri letak beg kat bahagian bawah seat driver tepi kaki . Jarang ada anggota yang sanggup buat begini, dan setelah beberapa meter memeriksa kereta2 ini dia berlari semula ke pangkal jalan untuk mengendali aliran trafik.Syabas pada anggota polis ini semoga dia menjadi contoh kepada yang lain. Selalunya bila sebut polis trafik pasti tangapan negatif yang mula difikirkan tapi cuba fikirkan sekejab camana situasi diorang mengendali trafik ditengah panas terik dan hujan tapi kita dengan santainya duduk dalam kereta dengan aircond dan muzik berbagai.Jarang nak menghargai tugas diorang ni kalau jalan sesak mesti salahkan polis tapi bila jalan lancar tak pernah puji ini jasa polis. Dengan ini saya mewakili warga yang hari2 menggunakan Gasing hingga ke bulatan Jalan Othman menggucapkan terima kasih dan amat menghargai polis trafik yang bertugas setiap hari.