Friday, September 23, 2011

Pak Ungku "" The Rennaisance Man"

Ungku Aziz : The Rennaisance Man” telah dipilih sebagai tema pameran pertama bagi mengenang jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh Y.M. Profesor DiRaja Ungku Abdul Aziz dalam pembangunan dan perkembangan Universiti Malaya untuk menjadi universiti yang terunggul di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
Pameran yang berlangsung dari 22 September – 22 November 2011 ini boleh diakses oleh pengguna menerusi pautan http://ummemory.um.edu.my atau melihat sendiri pameran tersebut di Galeri Perpustakaan.


Antara staf Perpustakaan Universiti Malaya yang menjayakan Pameran yang diadakan. Ramai lagi yang terlibat tapi tiada dalam gambar.







 Bagi warga kampus UM dahulu melihat keadaan pak Ungku berjoging sekitar kampus adalah tidak asing lagi. Dengan usia sekarang beliau masih lagi mengamalkan beriadah  dengan berjalan santai.


Bakti dan jasa yang dicurahkan oleh Pak Ungku dari dahulu hingga kini.


Tandatangan yang tidak berubah dari dahulu hingga kini. Sewaktu aku mula bertugas di Universiti Malaya tahun 1983 Pak Ungku sedang menyandang jawatan Naib Cancelor Universiti Malaya ketika itu.Hampir setiap hari pasti akan berselisih jalan kerana Pejabat yang sama aras di bangunan Canseleri U.M. Kini masa makin berlalu dan Pak Ungku masih berupaya menabur baktinya lagi.

Ruang pameran di galeri Perpustakaan Universiti Malaya.


Masih cekal dan berupaya menyumbangkan buah fikiran dan jasa pada masyarakat dalam usia emas 87 tahun kini.

Thursday, September 8, 2011

Rayau Rayau Raya.......(Pt II)


Dah beberapa hari Raya berlalu hanya menguruskan rumah menerima kunjungan tetamu.dan menjadi chef kat dapur je.Plan nak jenjalan pulak untuk Raya ni, so Jumaat Raya ketiga bertolak balik KL dan sempat singgah ke rumah saudara mara sini jab. Sabtu pagi acara Raya dan Rayau pun bermula. Tujuan utama nak hantar kak Ann balik Dungun tapi merayau dulu lah pulak. Menyedut udara segar kat Cameron Highland.


Singgah kat Cameron valley tea ni untuk minum2 teh jab.



Promosi untuk harini  ialah teh dalam teko cinonet dan 2 ketul muffin RM10.00 utk 2 orang .Cawan pun cinonet gak. So tambah lagi teh ala carte cheese cake, croissant, waffle ; sandwich  totall sume RM43.00. Kalau kat kedai mamak teh tarik boleh buat mandi dengan harga camni.



Amboi bersungguh2 menghirup teh panas kat sini ya.Sedap pulak agaknya sebab suasana sekeliling nyaman.

Masuk kat galeri Cameron valley tea ni. Ni hah dua orang ni jadik promoter Teh dan memperkenalkan pengasas ladang teh ni kat gambar tu. Nasip baik lah atok tu bawak benih teh dari India dulu, kalau tak, tidak  dapat kita minum teh agaknya.
Cawan ni boleh buat acara lumba minum sampai habis secawan ni utk dapat hadiah utama.
Beli jugak lah beberapa kotak teh kat sini, walaupun kat rumah guna Boh teh, ni dah beli guna Bharat teh la pulak sampai abis.

Lepas minum2 ni menuju ke puncak lagi, Senang2 hati hotel belum boking lagi ni.

 Akhirnya check in kat Heritage Hotel kat Tanah Rata.
Cantik bunga2 kat depan hotel ni. Tapi lepas je sesi ambik gambar ngn bunga ni ada sorang pelanggan hotel ni dengan selambanya memetik bunga ni tanpa rasa bersalah untuk bagi kat isteri dia. Patutnya pihak hotel kena tulis amaran patahkan jari pada orang yang mematahkan bunga2 kat perkarangan hotel.

Bilik luas dan balcony menghadap bukit2 dan garden hotel
.


Ni tengah baca menu untuk order hantar kebilik. Kak Ann baca menu ni kuat2 terutama bila sebut " Lamb chop with mint sauce "punya harga sepinggan 48.00 hengget biar abah dengar dan  tak terkejut bila deposit hotel ni licin bila dah acara order2 ni.Wajib order nasik goreng favorite abang Naim.

View dari depan pintu hotel. Bangunan new wing.

Malam keluar untuk cari makan malam kat Brinchang dan malam ni ada pasar malam.Tapi bila dah makan langsung tak jenguk kat pasar tu pun.

 Suasana kat lobby hotel lenggang malam ni mungkin sebab suasana cuti balik kampung.So duduk2 lah sini buat cam rumah sendiri.

 Berangan lah jab kat chesterfield sofa nih, bila lah nak dapat beli ni?


Abang Naim dah cam pengumum tarikh Raya akan bermula kat kerusi.


Semasa  dalam perjalanan naik ke sini semalam berenti kat tempat jualan krf tangan oleh kaum Asli ni.Masa nak beli ni Apit & Kak Ann dah buat muka kelat sebab pasti tudung ni akan menyempitkan lagi ruang yang hanya sikit dalam kete tu. Tapi mak beli jugak, tak kira lah tudung ni dok atas kepala sesiapa je kat belakang tu. Ni sip baik tak beli bunga hydrengea dalam pasu kat kedai2 bunga atas ni.Tiap kali beli bunga ni pasti 3 bulan dia mati.


Problem tul bawak si tudung ni......
 Tukang susun barang pun dah pening nak carik space untuk tudung ni. Possing jab..


Ada  jugak guna tudung ni bole buat berlindung dari ujan.

Tudung ni duduk ngan Apit kat belakang dan boleh jugak jadik tempat sandar2 badan bila penat.

Singah jab kat challet ni.






Tak sah kalau naik Cameron tak beli sayur. Beli sikit sayur memandangkan perjalanan masih jauh lagi. Sume tempat kaki dah dipenuhi barang dah ni.Dan semestinya jagung mutiara dibeli jugak.

Meneruskan perjalanan menuju ke Dungun dengan melalui Simpang Pulai, Gua Musang, K. Lipis. Temerloh, Jerantut dan Kuantan......ni betul2 meniti banjaran Titiwangsa. Perjalanan dari 12.00 tghari sampai 12.00 tengahmalam baru sampai Paka. Jalan kat atas ni melalui Jajahan kecil Lojing Kelantan dan jalan dah macam naik roller coster.


Check in kat Residence Resort Paka kol 12.30 malam.Sume kepenatan. Telah 4 kali rasanya menginap kat resort ni. Tak ramai orang kat resort ni hanya Apit & kak Ann je yang terenang2 kat kolam ni.

Breakfast time hanya beberapa keluarga je yang ada.Makanan banyak jugak dan sedap



Kat sini makanan penduduk setempat pasti ada. Pulut tanak yang digaul kelapa muda dan rebus keledek cecah kelapa. Sedap makan benda ni panas2.

Mee rebus tulang dia sangat sedap.

Kat perkarangan resort, pak cik ni tengah beri tugas beruk untuk petik buah2 kelapa. Menurut kak Ann beruk ni dah graduate dari beruk school. Arahan dari tuan nya dalam dialek T.ganu je yang dia faham so kalau orang KL beri arahan beruk ni tak paham.
+
Wahhhh rasa resort ni cam rumah sendiri pulak. Tak de orang lain kat sini.

Ni dah setle keje panjat pokok.Ngantok pulak. Garang dia ni, nak snap gamba pun dia marah.

Ok , driver dah cukup rehat dah, memandangkan class kak
Ann dibatalkan, En. D offer terus ke Kuala Terengganu pulokkkk.

Tiba Kat K.Tganu kol 3.00 ptg terus gi kat Desa Murni. Tempat jualan batik & tudung murah2. Beli jugak lah terlanjur dah singgah tu.

Tudung yang match utk baju batik ni harga dalam RM90.00 tapi bunga dia terhad satu je. So tak kan sama dengan orang la kiranya.Kol 6 petang masih kat K.Tganu lagi class kak Ann kol 8.00 malam. Walau terlewat sikit tapi berjaya hantar dia untuk mengikut class malam tu. Ok bertolak dari Dungun ke KL pulak. Selamat tiba ke KL jam hampir 3.00 pagi. Tamat lah Raya dan rayau kali ni.