Friday, September 6, 2013

Cerita Raya 2013

 Syawal hampir menghilang ni baru nak up citer raya.Hari ni genap 30 Syawal .Alhamdulillah telah melalui Ramadhan dan Syawal dengan segala pengisian dan kenangan yang sangat manis.Seperti biasa raya disambut di kampung dengan abah. Tahun ni persiapan untuk urusan masak2 sangat lancar sebab dah list siap2 apa yang patut dbuat. Memandangkan rumah kat kampung ni hanya abah je tinggal sorang2 hanya bahan masak utama je ada maknanya bahan asas masakan tiada sebab abah hanya beli lauk siap saja. Sebelum balik cuti Raya dah buat list apa yang patut ada bila nak masak2 ni so tak buang masa nak beli itu ini bila nak buat tugas masak.Ok semuanya lancar je tak macam sebelumnya sampai nak malam tak sudah2 dok kat dapur.

Suasana di pagi Raya.Seperti biasa tak dapat nak kumpul semua adik beradik sebab ada yang kena giliran raya ke rumah mertua. Satu keluarga dari adik perempuan tiada dalam gamba ni.

Bagi keluarga ni pulak tak pernah nak pikir colour tema, belasah je apa yang suka masa nak beli , maklum le beli masa yang berlainan dan ikut citarasa masing2. Dua orang dalam pic ni pakai baju taun lepas aje. Tak kisah pun...Sebenarnya seronok tengok keluarga yang bersungguh2 berdondon baju ni, pernah sekali terima tetamu raya yang lebih 20 orang dari nak hingga cucu bole sepakat guna warna biru, suka tengok tapi lupa nak snap gamba dek kelam kabut sediakan juadah untuk mereka.Nampaknya sesekali nak rasa juga berdondon sekeluarga ,,,nak wana apa ye...rasanya corak warna pelanggi lom ada orang guna kan.

Raya pertama bagi sikecik ni anak dari adik lelaki bongsu.Tema warna merah baju raya diorang. Sila abaikan parang yang kat belakang tu . Ini bukan dalam  muzium ye.

Keluarga ni memang sentiasa memastikan baju yang ikut tema setiap raya. Diorang kena semak colour baju raya setiap taun agar dapat abiskan urutan colour agaknya.


Suasana ni adalah dalam sebuah bilik mesyaurat kat ofis, gigih budak2 kat ofis ni buat decoration nak feel meriah Raya. Sekali pandang macam pelamin pun ada.

Ni juadah yang kami sediakan bagi jamuan ofis peringkat division. Tak ramai hanya dalam 20 orang je.
Antara keluarga kecil kami di Unit pejabat pentadbiran perpustakaan.
Memandangkan baru dah puasa makan juadah raya yang baru beberapa minggu dari majlis ni, maka masing2 bagi cadangan nak juadah yang lain sikit dari juadah raya sebab dah jemu makan ayam dan daging. Antarnya pulut urap dan ikan masin.Ketupat daun palas , serunding dan telur goreng pecah bersambal cili padi . Mee bandong , laksa, Nasi Dagang dan pecal dan rendang ayam. Tak ketinggalan satay.

Special made buah melaka yang panas2 sebab baru buat kat pantry ofis. Lebihkan fruits sebab banyak dah lemak2 ni.

Walau tak semua juadah dapat dilihat kat sini cukup membuat semua tak larat nak bangun kalau bole makan semua jenis yang dihidangkan.

Posing jab pastu sambong makan lagi...

Ni aktiviti pada 24 Ogos 2 minggu lepas Raya, Tetiba jer salah sorang mencadangkan buat kacau dodol kat perkarangan ofis just untuk seronok je. Siap guna kayu yang dikumpul dari sekitar kampus je utk bahan api . Dengan kayu tu saja bole masak 5 kg dodol kami.

Ni baru permulaan, adunan masih cair lagi.Sebealah tangan pun bole ngacau tapi kalau dah likat...(bila likat tu tolong kacau kejab2 jer)


Haa ni dah mula likat, tenaga kaum lelaki sangat diperlukan


Suasana semasa mendodol bersama kaluarga staf .

Memandangkan masa nak masak dodol ni sangat panjang salah sorang staf incharge dalam menyediakan makanan tengahari yang simple tapi sedap hingga menjilat jari. Ikan bakar, sayur lemak daun meranti, ikan masin, sambal belachan , sop ayam kampung dan ulam ulam sangat enak dinikmati.

Ni ketua bahagian penyediaaan makan tengahari.

Sambil makan, dodol masih dikacau.Baru tau sangat panjang masa nak masak dodol ni dari kol 11.30 pagi hingga 6 petang baru settle. Tapi sangat berbaloi dengan modal RM15.00 dapat sorang dalam 5 kg dodol setelah dibahagi. Walau kami semua berbau asap tapi pengalaman ni menyeronokkan.

Ini adalah ruang dimana setiap tahun tempat buat jamuan Raya diperingkat Perpustakaan. Semua staf 250 orang. Jamuan peringkat ni diselenggara oleh club dengan beberapa anggota staf untuk incharge decoration dan perjalanan majlis.
Sangat gigih sampaikan tiang seri pun di hias dengan cantik. 





Majlis 2 in 1, jamuan raya dan juga meraikan staf yang akan berpencen dan bertukar jabatan.Sebelum majlis makan2 upacara ucapan dari mereka yang akan meninggalkan kami dan pemberian cenderahati.

Salah seorang rakan yang akan berpencen adalah driver kami En. Kamaruzaman. Banyak kenangan  dengan dia ni dalam tugas harian yang sering hantar kesana kemari utk urusan ofis. Tak pernah sekali dengar dia bersunggut kalau lambat. Pernah dia tunggu lama kat van masa hantar nak cari juadah untuk meeting walhal aku buat kerja 2 in 1 sambil tgk2 barang2 dan shopping jualan lain, tapi bila sampai tengok dia tunggu sampai tertidur kat seat van.Pelik orang nya tak suka dengan aircond (siap bole lelap walau panas dalam van).Selamat maju jaya untuk nya.

Macam biasa juadah hari raya. Semua lemak berkerim.

Semoga kita dipertemukan lagi di Syawal akan datang.