Tuesday, July 19, 2011

Santai Malam Minggu


Hujung minggu buat spring cleaning kat bilik Kak Ann sebab bilik yang kosong selama tuannya tiada telah dihuni penghuni baru yang sangat selesa berlarian dalam bilik tu. Sekeluarga sang tikus telah menjadikan bilik tu ceria dengan aktiviti kluarga mereka, dengan menghimpun segala sisa makan dibawah katil menjadikan aroma bilik berbau cik Ti. Masak siap2 awal pagi dan mula buat acara pembersihan dan make over bilik tu dengan kak Ann. Bila acara mengemas ni bermula jawapnya berbeg2 plastik hitam akan dikumpul kat tempat pelupusan sampah kerana banyak barang perlu dilupuskan. Terlanjur bersihkan bilik terus sampai ke dapur sekali, dan bermandian peluh jugak lah nak menyempurnakan semua ni. Dan petang semua beres dan selesai. Sangat letih dan bila dah rehat sikit tetiba En. D offer untuk acara jalan2 cari makan kat mana2. Ok tawaran diterima dengan senang hati. Disebabkan dah kerap sangat ke tempat seafood Pantai Remis Kuala Selangor, kali ni cuba beralih ke Tanjung Harapan Klang pulak.

Singgah kat pantai kawasan Tanjung Harapan Klang.


Akhirnya buat pemilihan kat restoran terapung ni atas dasar tengok ramai pelanggan dan sekitaran yang cantek. Kedai ni ok jugak dari segi sistem ambik order agak bagus, ni amat penting terutama kedai yang menyediakan seafood sebab kalau tak sistematik bole menjadikan pelanggan serik nak datang kalau servis terlalu lambat. Lepas pilih2 hidupan laut tu masakan yang dipilih adalah ; Ikan siakap masak stim, udang tomyam, sotong goreng tepung dan ketam sweet sour dan tergoda jugak bila tengok ada tahu bakar so oder jugak sambil tunggu hidangan disediakan. Nasi putih, dan 1 jar jus tembikai dan rojak buah sebagai desert. Mesti la rojak berasas buah ni sedap dimakan bila dah makan banyak seafood tu kan.


Udang dimasak tom yam, sangat sedap
 ni.
Ketam sweet sour, isi ketam sangat fresh dan manis bila dibuat cara ni.

Ikan siakap stim, sos nya sedap jugak tapi soon tu banyak sangat dan rasanya tidak perlu pun ok.

Tahu bakar terbaik

Sotong goreng tepungnya sangat sedap dan ranggup. Isi sotong lembut & kenyal.
Air asam dan sambal tumis diberi tu pun sedap.

Rojak buah tidak banyak pilihan buah2 hanya ada sengkuang , timun dan nenas je.

Bagus kedai ni sebab menyediakan side table jika makan kat meja penuh.

Masa order rasa macam sikit je makanan, tapiiii bila dah sampai sampai nak letak tangan pun dah tak muat meja. Sip baik side table akan dihantar jika situasi ni berlaku.
Makan la habis2 ye anak2....ni cam dah kekenyangan sesangat la.
Walau pun tom yam udang sangat sedap terdapat beberapa ekor dalam mangkok yang tak dapat dihabiskan dan nak hilang rasa bersalah cuba sorok kan udang tu bawah timbunan bawang dan serai.......

Ni lah nama kedai tu, ni masa nak balik dan semua yang pic ni sangat2 kenyang. Alhamdulillah.

Dalam perjalanan balik singgah pulak kat ICT Shah Alam ni, selalu nampak tempat ni bila lalu kat highway, so kali ni masuk dan nak tengok apa yang ada.






Ular albino

Kebetulan ada pertunjukan binatang2 pelik sedang diadakan kat bangunan belakang tu, Harga tiket RM8.00 dewasa. Ok masuk jab tengok.

cicak yang terkenal sekarang TOKEK,tapi betul ke harga dia ni mencecah jutaan ringgit kalau jual???kalau camtu kenapa tuan empunya ni tak jual je.

Kura kura berkepala dua.kecik je dia ni.

Ular padang pasir yang bersisik kasar.

Rakun ni saja yang aktif dah puas tido siang agaknya.


Buaya terkecil???atau memang lom membesar???Nampak nakal dia ni

Dua orang budak ni cuba nak kejutkan binatang ni dari sedang tidur, dah memang waktu ni dah malam memang la time tido dia.

Berjaya membangun kan binatang ni dari tido,dan dah lupe apa nama dia.Kalau bawak balik sure kak Ann buat dia ni bantal peluk. Ada jugak monyet yang terkecil tapi tengah tido jugak.Takat ni je bole ambik gamba sebab bateri camera habis.Takat ni je aktiviti minggu ni.Best jugak kat ICT ni ada jugak rumah salji, tiket RM25.00 sorang.

Tuesday, July 12, 2011

Jenjalan Negeri bawah bayu...

Rancang untuk jalan jalan kat Sabah ni tidak lah mengambil masa yang lama tetiba je En. D. ofer untuk bawak anak anak  kesini. 25-28 Jun bertolak dengan Air Asia dan 1.00 tgh selamat tiba di Kota Kinabalu Sabah.Tetapi sebelum berangkat aku dah buat homework untuk itenerary dengan bertanya rakan2 yang telah pergi terlebih dahulu. Hotel boking through tepon je dan cuba elak hotel yang minta deposit dulu kerana tak nak terikat dengan mana2 sebab perancangan mungkin akan bertukar.Kereta sewa dah book dan siap tunggu kat Air port K.Kinabalu.Beli peta Sabah siap2 kerana perjalanan sendiri dengan bantuan gps dan peta je. Alhamdullilah, mudah dan tiada masalah.



Masih di LCCT Sepang
 Sambil sarapan kat Mc. D baru ada masa nak tengok peta Sabah ni, walhal dah beberapa hari dah peta ni atas meja kat rumah. Dia kata ala senang je macam jalan kat Melaka je....ok kita tgk nanti camne !!!

Check in di Best Western Hotel Kota Kinabalu, petang jalan jalan tempat dekat2 ngn hotel dengan Kak Ann & apit sementara En. D @ abg Naim rehat jab.
Kak Ann dgn tiang grafiti depan Suria Shopping Mall sibuk posing2 dari tiang ke tiang walhal mak dah tak sabar2 nak meluru ke dalam shopping Mall tu hah.

Walau pun barang2 dalam Mall tu sama jer dgn K.L tapi seronok pulak tengok2 tapi seronok lagi membeli. Dan dah tentu koleksi hand bag aku bertambah lagi bila aktiviti macam ni. Kak Ann & Apit pun sama jugak sampai terpaksa berpecah untuk masing2 carik barang masing2. Jatuh centa ngn latest koleksi si " Carlo Rino '' hand bag pulak kat sini......balik hotel terus tukar dan semestinya bila En. D tanya harga jawapan diberi cepat2 dan nada suara yang sangat kurang jelas selalu nya yang jelas hanya sebutan Ringgit jer......mesti dia akan cakap mana nak letak bag yang banyak2 tu??? Sangat happy ngn aktiviti ni.

Malam keluar jalan kaki dari hotel ke tempat terdekat tujuan nak dinner ngn seafood .
Sure ramai ambik gambar kat sini nak feel cam ada kat London kot.

Rehat jab di Jeselleton Point, tapi kat sini hanya ada makanan nasi padang dan fast food je, so naik cab cari  seafood stall, tu pun orang cab yang tunjukkan, hantar sampai kat kerusi kedai tu ni mesti suku sakat dia punya kedai.

Kedai seafood yang dipilih ni servisnya tersangatla lambatnya, Bila tunjuk sign body language cam bosan, tukang masaknya bole senyum manis macam tak de perasaan bersalah pun dek lambat nya tu.Duk kat kerusi sampai badan nak  mengelongsor ketanah dek nak nunjuk silent sign tanda bosan pun takde tindak balas, nak sound pulak nanti sure En D marah sebab dia tak suke cara begini kerana nanti dikuatiri tukang masak akan masak cincai or buat menda tak senonoh pada makanan.Hishhhh geram betol walhal orang bukan la ramai sangat,sambil tunggu sambil bayangkan kalau la mengamuk sambil telingkupkan meja nih...eeh over la pulak. Makanan agak mengecewakankan terutama air yang dipilih kat atas. Tu air buah avocado (selalunya tau buah ni ada dalam pencuci muka je) tapi pernah minum air ni masa kat Bukit Tinggi Padang Indonesia dorang buat sangat sedap siap perisa wangi pandan ,,tapi yang ini mak datokkkkk melekat ditekak dek rasa maung ala sayurrr.Hish...rasa nak protes sebab tak sedap membayangkan aku lumur2 air tu wat pencuci muka depan tokey air tu,...(selayaknya avocado dia utk cuci muka)

Day 2 bertolak menuju Kundasang dengan bantuan peta dan gps.Biasanya perjalanan dalam 2 jam je tapi bagi kaluarga kitorang ni pasti ia jadik double dek menghayati keindahan alam banyak berenti sana sini
Masa melalui bukit dan tengok flora fauna ni dah off aircond kete sebab En. D kata baik hirup udara segar cos banyak oksijen kat sini....
ok anak2 hirup2 udara k.Tapiii rasanya dia rimas dgn aircond yang berterusan sebab kesan astma yang dihidapnya. Walau apa pon janji jalan kan.


Ni kat pekan Nabalu punyela excitednya sebab dah mula nampak puncak gunung Kinabalu sejuk2 pun dah rasa.


Beli2 lagi seronok macam shopping kat Sabah Mall semalam jugakk

Tempat beli belah  di Pekan Nabalu, bagus kalau sesiapa yang nak beli kraf tangan dan seveniour kat sini sangat murah dibandingkan kat Philipino market K.Kinabalu. Kat sini dapat satu benda yang aku sangat suke iaitu wind chime dari buluh dan ada burung kenyalang yang lehernya boleh gerak2 ikut arah angin.Murahhhh hanya belasan RM je nak banding kan kat sini ada yang jual RM55.00 Bawak benda ni dengan hand carry dlm flight dengan special care takut patah. Dan akhirnya burung tu selamat mendarat ke K.L dan kini duk aman kat Puchong.
Selamat sampai ke Kinabalu Pine Resort yang dah siap boking melalui internet. Kat celah2 pokok pine atas bukit tu la challet kami.

Baru sampai nak masuk bilik. Sekitaran amat cantek dan cuaca sejuk nyaman.


Dari balcony bilik
Dari view point kat halaman Resort boleh nampak mount Kinabalu kat sini.

Walking way sekitar resort ni, yang begambar ni saja nak tunjuk seliper match the bunga laaa tu...



Abang Naim tunjuk sign peace dengan jari melentik. Keistimewaan dia ni punya jari yang sangat lembut sampai boleh dilentur.
Day 3 jalan2 sekitar Kundasang dan dapat melihat bunga Rafflesia yang sedang mekar ni. Nak masuk tempat ni kena tiket sepatutnya RM10 tapi bila buat acara menawar bole dapat RM5.00. Baru tau kelopaknya sangat tebal cam kulit gajah.

Ke Hot spring
Kawasan yang sangat panas kat sini. Dari sini air ni disalir ke paip2 untuk kekolam mandi yang disediakan.

Cara camni bersih bila dah berendam air yang telah digunakan disalir untuk dibuang. Tak macam disebuah tempat kolam air panas di ****** yang aku penah pegi dulu  diguna oleh pelbagai orang beramai2 terutama orang yang ada kudis kurap pun dok berendam dan air tukaran tak tau bila di ganti. Air paip panas dan sejuk disediakan untuk balance kan kepanasan air tu.

Saja survey kat Haritage spa ni, tempat memang puncak bukit view amat cantek dannnn harga challet kat sini YaRabbi mahal nya bole mencecah Ribuan RM semalam....mampu bermalam kat laman dia je kalau camtu.
Balik dari ronda2 sekitar Kundasang dinner time dah siap disediakan oleh pihak Resort sebab dah include dalam bayaran. Dalam cuaca sejuk2 dan dalam kelaparan hidangan ini masih diingati kelazatan sampai sekarang. Daging masak kicap, cendawan shitake ngn sos tiram, ayam kukus,soup sayur campur dan sayur yang tak tau sayur apa (sayur ijau kat atas ni sangat sedap mungkin pucuk paku sana)
Beli sayur kat sini jugak dan bawak dengan hand carry (naik flight dah mcm balik dari pasar jadiknya)




Dari Timpohon view point ni kemuncak gunung kinabalu amat jelas.Ni je satu2nya pic yang lengkap untuk kami sekeluarga itu pun lepas ambikkn gamba amoi yang sedang nak bergambar ngn kawan dia lepas tu suruh dia ambik pulak gamba kitorang pulak.

Day 3 turun dari Kundasang. Kalau ikut rancangan balik ke K.Kinabalu dan bermalam disana. Tapi plan bertukar En. D nak jalan2 melalui pekan2 yang biasa dapat didengar bila pengumuman berbuka puasa saja iaitu Tenum, Beaufort, Papar dan akhirnya sampai ke Sipitang. Nak sampai kesini dah puluhan nama2 kampung yang pelik dah dilalui

Di Sipitang Esplande. Waktu ni dah senja selepas perjalanan berjam2 dari Kundasang tadi. Nampaknya kena bermalam disini, nasip baik ada hotel yang available

Di Pekan Sipitang puas carik nak makan seafood tapi walaupun pekan dipesisir pantai tiada langsung seafood setiap gerai pasti ada ''chicken wing bakar'' Dari jauh memang teruja nampai stall ni sebab asap dah berkepul2 dari jauh tapi semuanya jual chicken wing. Agaknya diorang dah bosan makanan laut kot. Suasana gerai dan orang2 kat sini agak pelik diorang boleh duduk dalam gerai yang penuh asap ni. Harus paru2 diorang ni cepat rosak dek asap ni nak nampak bayang orang pun berbalam tapi masih relax makan2 dalam kepulan asap tu.Yang situkang bakar tu pun duk sekali dalam canopy tu. Walaupun kitorang duduk dibahagian luar canopy tapi bila balik hotel baju dgn tudung semua berbau asap.
Bermalam di Dyiya hotel Sipitang kebetulan hotel ni baru upgrade so kami orang yang pertama merasmikan perabot dan cadar baru kat situ, bau cat dinding pun masih ada.

Day 4 bertolak dari Sipitang untuk ke K. Kinabalu semasa melalui Papar terdapat banyak gerai jual ikan bilis dan udang kering yang segar dan amat murah. Pastinya beli jugak buat stok dan untuk beri kawan2 sikit.

Sebelum naik flight petang singgah jab kat Philippina market. Beli sedikit cenderahati dan pearl jugak. Tidak meminati pearl sangat hanya beli untuk kak Ann je.Sip baik tak de hand bag dari pearl....

Katak yang telah dikeringkan dan dibuat purse.
Geli tengok ni dan sambil jalan2 celah barang yang digantung tu sangat berhati2 takut terkena katak ni. Rm 20.00 je

Unik sangat benda ni bole buat hiasan kat rumah dan letak pot pouri atas tangan ni.

Masa mula datang hanya 1 bag bila balik bag dah bertambah2. Bila berjalan2 ni bag bole membiak ek...

Flight tepat jam 5 petang. Selamat tinggal Sabah. Seronok menjejak bumi Sabah.

Laut sangat bersih dari flight pun nampak kejerniahan pantai.

Sekian, perjalanan kami selamat sampai K.L jam 7. Masih tak puas untuk kesini sebab beberapa tempat lagi masih belum dijejaki.Ada rezeki kembali lagi kesini.