Wednesday, August 24, 2011

Kuih siput

Sangat suka dengan kuih ni tapi dah puas carik nak dapatkan kuih siput yang menepati cita rasa. Kalau beli ada je yang kurang itu dan ini, kalau nak beli pasti plastik kuih tu akan dikutil dulu, ni nak rasa pastri kuih tu keras ke tak. Paling tak suka kalau pastri tu terlalu rapuh dek terlalu banyak marjerin dalam pastri. Dengan semangat yang berkobar2 search Mr Google dan tengok ada pelbagai resepi dan cara mengadun kuih ni, tapiiii dalam banyak2 resepi tu resepi yang ini menarik dan dapat rasa ada keistimewaannya. Setelah diolah dengan tips yang diambil dari kawan2 malam tadi dengan semangat yang berkobar2 mula mengadun doh kuih ni pada pukul 9.00 malam. Walaupun sangat berat nak memulakan sebab nak melenyek kuih ni hingga abis sungguh lama. Setelah adunan sebati di uli dan dilanyak dengan tangan hasil doh ni amat baik. Dan mula lah melenyek kuih ni dengan acuan satu demi satu.......huh mata pun dah ngantuk tapi tengok doh banyak ni. So dari duduk kat meja makan dapur bawak  ke sofa depan pulak. Lenyek sambil mata tengok tv.Jam hampir kol 12.00 ada lagi doh sebesar penumbuk, masa ni ingat pulak kat kak Ann kalau dia ada sure ni jadik kerja dia sebab dia sangat2 sabar dengan kerja2 yang remeh2 ni. Minta tolong apit untuk meneruskan kerja ni, sebab mak dah sangat tak tahan dah. Apit lah yang menyiapkan tugas ni hingga habis. Sewaktu bersahor baru goreng siput2 ni. Hasilnya ohhhhh sungguh mengembirakan, cukup segalanya dan menepati citarasa. TQ Shafiq.


Ni dia hasil dari resepi yang dicarik2. Ni dia resepi kuih ni :
Bahan bahan
  • 5 cawan tepung gandum
  • 3 sudu rempah ketumbar *
  • 3 sudu jintan putih *
  • 3 ulas bawang besar *
  • 5 ulas bawang putih *
  • santan pekat 1 peket
  • 5 sudu udang kering * (lagi banyak lagi sedap)
  • 3 sudu serbuk cili kering *
  • 5 tangkai daun kari diricis halus
  • 1 biji telur
  • garam & serbuk perasa ayam atau bilis
  • 60 gm butter (2 sudu je, jangan lebih sebab nanti rapuh sangat)
Cara membuat :
Kisar bahan bertanda *
Tepung, daun kari, garam, serbuk perasa, butter digaul kemudian masuk kan bahan kisar. Uli dengan santan sikit2 hingga jadi doh yang kenyal. Rehatkan doh ni kejab lepas diuli. Lepas tu doh akan jadik sebati dan gebu hasil dari ulian tadi.Dan selamat melenyek kat acuan kuih siput hingga habis.Dalam proses mengoreng taburkan sekali beberapa helai daun kari untuk lebih sedap.





Kuih ni sangat asyik dimakan dan sangat sedap kalau bahan2 dalam resepi tu cukup segala rempah ratus dan bumbunya.Hasil dari adunan diatas boleh dapat 1 balang  kuih siput ni. Sangat sedap untuk dikunyahkan walaupun masa nak menghasilkan buat kuih ni sungguh mencabar. kalau buat ramai mesti seronok tak lah bosan kalau buat sorang2.