Thursday, October 20, 2011

Makan makan


Makan makan time......kadangkala boasn jugak dengan masakan kat rumah, so sesekali tu ini lah tempat kami sekeluarga makan untuk dinner. Dulu tapak kedai ni hanya sebuah rumah buruk yang terbiar je tapi kini dah menjadi restoran makanan kegemaran keluarga ku. Namanya Restoran "Mak Long" .Invironmentnya nyaman dan ciri2 restoran ni cam klasik sikit dan buatan dari kayu cantik.Tapi yang penting masakannya sedappp....ni yg penting bukan takat melawa je tapi masakan hempeh tak guna.

Waktu niaga hanya malam je mulai dari kol 6 ptg.

Ni tengah2 nunggu hidangan yang sedang dimasak kat dalam tu.




Satey kat restoran mak long ni terbaik.....lembut dan rempah ratus yang secukup rasa. Sebelum makanan lain sampai, makan ni dulu.

 Minuman ni beri nama Air Chinta, jus apple ngn limau kasturi yg dijeruk dan disumbat ngn asam boi tetengahnya.
Airnya dah abis disedut dan ni tengah mengunyah asam boi ngn limau tu,,,,eee sedapnya.Abis kulit2 limau tu dimakan jugak.

 
Ni bee hoon soup kegemaran, sayur lebih dan rasa sedap. Selalunya menu kegemaran anak2 lelaki lebih kurang sama jer bila order, tapi tidak bagi budak pompuan sorang ni, kalau nak order jenuh budak kedai tu berdiri sebab nak tunggu decision menu dia mcm nak jawab soklan kertas peperiksaan.Len kali buat semayang istikharah je sebelum buat order ye.


Selesa kedai ni yg nampak kat luar tu tempat diorang bakar satey & tauhu bakar.


Soup kambing......Yg ni pulak masa gi makan tengahari dengan kawan ofis. Tempatnya nun jauhhhhh...area Pudu tapi gagah jugak pegi menempuh jem tengahari tu.Tapi berbaloi rasa soap tu .....five star.....!!!!

Patut la makin lama orang makin ramai semua menuju ke periok besar ni.

Ni dia soap kambing, makan ngn nasi putih dan sambal sikit.Sedappp tapi kalau hari2 makan boleh bawak akibat ni.

Kedai ni kecik je, tapi puas nak mengingatkan nama restoran tu. Satu cara nak ingat ,nyanyi je lagu suri ram ram suuuri rammmm.....(sururi)

Disebabkan dah banyak makan soap kambing tu, balik rumah kena gunakan alat ni.....ni doktor sambilan tengah bertugas check darah masing2.

Wednesday, October 12, 2011

Sepetang di Kuala Sepetang

Hujung minggu baru ni berkunjung lagi untuk kali kedua ketempat ni, Kuala Sepetang.Pekara mesti ialah gi pekena mee udang ni dulu. Ada banyak pilihan gerai mee udang kat sini tapi yang agak popular ialah mee udang mak mak jah. Cam artis jugak kalau masuk cerita kat tv jer kira popular lah tu, cam gerai ni la jugak.

Ni kira mee udang stail biasa, tu pon dah berlambakr udang dalam mangkok tu, kalau order yg special jawapnya selak udang dulu baru nampak mee.



Lepas kenyang makan check in kat Kuala Gula Sanctuary Resort ni lebih kurang 30 minit perjalanan dari Kuala Sepetang tadi.Kaki keluar kete je terus pijak tangga calllet.... he he
Suke kat sini , kete bole sampai kat anak tangga callet, senang angkot barang2.


Dalamannya selesa dan bersih.
Kat sini air akan pasang kol 2 pagi dan akan terdengar kocakan air yang hampir cecah kat bawah lantai.


 Ni kat balconynya. Boleh duduk santai sambil hulur joran mancing pada yang suke mancing.

Budak ni pon mencuba nasip jugak. Banyakkkk betullll dapat ikan , ketam ...sumenya yg dibeli dari jeti kt sebelah challet ni.

Yang best sekali kalau bangun pagi2 terus gi kat balcony ni, fresh je rasanya tgk suasana hening sungai dgn kabus2 sikit dan sayup2 dengan bunyi injin bot nelayan yang dah turun mencari rezeki.

 Gi lawat tempat kilang arang. Kayu yagn dalam sungai ni akan disalai kat dalam tempat khas ni berbulan2 lama nya

 Pose jab kat kayu ni sebalum dibakar.
Dapat bayangkan pekerja yang keje kat sini, mesti datang pakai baju putih balik sure tuka itam
Meneruskan perkjalanan pulang ke KL tapi singgah jab kat pekan Kuala Kangsar.Cantik suasan perjalanan kat sini.
Pelik ngn rumah yang terbengkalai ni. Besar tapi hanya dibuat garage kete BMW. Bior pape asal begaye....kate org Perak.

Lepas makan laksa & cendol kat tepi sungai K.Kangsar.

Ni sekumpulan mat rempit yang dijumpai masa dalam perjalanan pagi semalam kat h.way.
Beraninya diorang ni dengan kelajuan cecah140kmsj bole lagi tido baring atas moto.Moga Tuhan panjangkan umur bebudak ni dan selamat dari kecelakaan kat jalan raya.

Kemain seronok korang ye, siap posing lagi bila nampak camera focus.

Mencilok kete En. Din pulak.


Friday, October 7, 2011

Bubur Lambok

Bila sebut bubur lambok mesti teringat akan keenakan bubur lambok Kg Baru. Setiap bermulanya bulan Ramadhan pasti akan ikhtiar untuk mendapatkan bubur ni, selalunya seawal 11.00 pagi bubur untuk dijual sudah siap untuk pelanggan setia di Kg Baru. Selalunya pertolongan  staf bahagian menghantar surat akan digunakan untuk mendapat bubur ni. Sambil hantar2 surat tu akan singgah jab kat tempat jualan ni. Disebabkan terlalu suka dgn bubur ni cuba search kat gooogle dan semalam ini lah hasilnya. Dinner keluarga semalam makan ni jer. Dan rasanya emmmm,...... sedap dan adalah ala2 kg Baru punya bubur tu, lebih2 daging yg berketul2 lebih nya dalam resepi tu.




Bahan2 sebelum ditumis. Minyak ghee menyumbangkan keenakan bahan ni bila ditumis.

Bubur dlam proses direnih. Kena kacau selalu dan api kecil agar tak berkerak.

Ada banyak ketulan daging2 empuk dalam mangkok ni
Ni resepi bubur tu pada yang nak mencuba.


Bubur Lambuk Kg. Baru 

Bahan-Bahan:
2 cawan beras [basuh dan toskan]
1/2 biji kelapa, diambil santan pekat
1/2 kg daging [potong kecil]
2 batang serai [ketuk]
2 s/b minyak sapi
3 s/b minyak
garam
air
bahan tumbuk

6 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

1 inci halia



Rempah tumis
1 ici kulit kayu manis

3 kuntum bunga cengkih

1 kuntum bunga lawang

2 biji buah pelaga



Bahan rempah [ goreng kering dan mesin halus]

1 s/t jintah putih

1 s/k ketumbar

1 s/k lada sulah

1 s/k lada hitam



bahan hiasan [mayang]

3 tangkai daun sup

2 tangkai daun bawang

Garam

Bawang goreng



Cara:

1. Panaskan minyak dan minyak sapi dan masukkan bahan tumbuk sehingga wangi dan    garing.

2. Masukkan rempah tumis, bahan rempah dan daging. Biarkan sehingga naik minyak.

3. Masukkan beras, serai dan air. Biarkan sehingga beras hancur dan daging lembut.

4. Bila dah beras nampak pecah, masukkan santan dan rasakan garam.

5. Bila sudah masak, hidangkan dengan bahan hiasan


Petang tadi beli cake oren ni dari seseorang (home made cake ni) untuk anak2 makan. Best cake ni bulu2 garfiel tu pun berperisa oren.
Garfiel muram jab lagi kak Ann nak  potong kepala dia ni...

Triffle puding pun ada. Buat puding ni untuk abah semalam.


Nak cerita sikit pasal bubur ni, semasa ada hayat aruah mak dulu selalu tengok dia menyediakan bubur untuk adik2 yang masih kecil dulu, memang dia seorang yang begitu mengambil berat tentang hal pemakanan  yang berkualiti untuk anak2 yang dalam proses untuk membesar. Dia akan mengikut setiap nasihat jururawat desa yang sentiasa memberitahu tentang diet bayi ni. Dan bila mak membuat bubur untuk adik2 ni sure lengkap dengan segala yang berkhasiat dan pastinya sedap. Mak akan buat sendiri bubur nasi dengan kiub2 kecil kentang dan isi ikan dan daging juga sayur2 yg diricis halus. Menu sentiasa bertukar agar adik2 tak jelak.Ikan bilis yang telah digoreng dan diblend halus pasti sentiasa ada untuk sesekali pertukaran menu. Dan dek keenakan bubur mak ni lah selalunya masa diberi tugas oleh mak untuk suap kemulut adik sangat dinantikan. Sebabnya kalau adik susah je nak bukak mulut sure sudu bubur tu kat mulut aku je.Tapi mak selalu akan buat ekstra bubur ni dan kami semua akan dapat makan kenyang. Disebab tu lah agak nya kesemua adik beradik ku sekarang semua sangat suke dengan apa je jenis bubur nasi ni. Seperkara lagi mak akan sentiasa simpan stok buah oren  kat rumah (masa tu tak de frigde kat rumah so abah akan beli sikit2 untuk 3 hari) sebab jus oren fresh ni mak akan perah  dan campur dengan glucose dan dimasuk dlm botol susu untuk adik2 minum.Haa sebab ni lah apa je yang ada rasa oren kami semua suke. Walau pun aruah mak dah lama tiada cara dia menyediakan makanan berkhasiat untuk anak2 akan tetap kami kenang dan mempraktikkan pada anak2 sendiri.