Thursday, July 26, 2012

Cantiknya Jacaranda

 Suasana sekitar kampus sebelum Ramadhan menjelma sangat cantik dengan musim bunga jacaranda ni. Entah kenapa bulan ni semua bunga ni gigih mengeluarkan bunga terasa macam berada kat Jepun dengan bunga sakura nya.Mungkin musim panas dan hujan sesuai sangat untuk pokok ni mengeluarkan bunga.





 Memang cantik bila lalu kat parkir kereta dibawah pokok ni tapi kereta akan mandi bunga waktu nak balik.Puas pulak nak buang bunga2 yang bertaburan hingga penuh atas bumbung kereta..Bunga ni memang lebat tapi sangat mudah gugurnya.




Seminggu sebelum Ramadhan dengan beberapa rakan2 sekerja tahun 80 an lunch di Armada Hotel meraikan persararaan awal Jainah .

Begitu pantas masa berlalu dari mula bertugas dan melalui zaman remaja tahun 80 an kini sampai masa seorang demi sorang rakan2 mula membuat pilihan sendiri untuk meneruskan kerjaya sendiri.





Beberapa hari sebelum puasa juga rakan2 ofis bermuafakat jamuan makan lagiii. secara pot luck. Bila dihimpun, masyaallah mewahnya dan lazat2 belaka.

Mee kari yang buat teringat sampai kini dari mak Ila.

Dan ini....dari aku laaa senang jer tak yah susah payah masak. Hulur duit jer.


Lontong dan laksa kedah pun ada. Haaa siap promosi tuan punya lontong lagi kat situ.


Antara desert yang sedap . Lazat dan cair dimulut.




Cake berlapis caremel puding dan kuih koci

Pulut kuning dimakan dengan sambal tumis dan rendang ayam.


Air fruit cocktail dan segala bagai.


Serawa durian pon adaaa.....cecah roti. mmmmm


Walau pon semua menyumbang sorang sedikit, kakak kat pic ni ni lah tulang belakang bila bab2 makan kat ofis ni. Dari air tangan dia jugak lah yang menjadikan lemak kat badan ni subur.Thanks to Kak Kiah atas kerajinan dan keikhlasannya selalu menyediakan kami makan. Sebut je nak makan apa pasti tak mengecewakan.



2 hari sebelum puasa,makan lagiiii ...sekali lagi dengan beberapa orang rakan ke restoran Periok Sungai Buluh menjamu selera. Asam pedas ikan merah dan beriani kambing, specialty restoran ni. Ohhh asam pedas terbaik bole kecur air liur ingatkan ni.



Mmmmm air bandung float ni nikmat dan lazat.


Sirap bandung float ni memang sedap. Dah dihirup hingga titisan akhir airnya.


Beriani kambing mengancam. Selamat menjalani ibadah puasa.

Tuesday, July 17, 2012

Jamak dan Qasar - Cara mudah difahami


 Sesuatu untuk dishare bersama. Rasanya ia tidak susah tapi selalu terlupa sebab jarang untuk digunakan.


Jamak & Qasar versi yg mudah difahami.

Makna Jamak ialah dihimpunkan
Makna Qasar ialah dipendekkan


Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Taalla".
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)

1.Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.
Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taalla".

Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)

2.Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.
Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"
Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taalla".
 
Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-

Jamak takdim dan diqasarkan (di pendekkan)

1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.
Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Taalla".

Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Taalla".

Jamak takhir dan diqasarkan (di pendekkan)

2.Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.
Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"
Dahulukan sembahyang isyak.
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Taalla".

Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Taalla".

Untuk manfaat bersama.....
Selamat menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia ini.


Wednesday, July 11, 2012

Menakutkannnn....

Benda yang menakutkan, menyeramkan. Kalau setakat hantu memang aku tak takut sebabnya, takde kes dalam surat khabar orang mati kena gigit hantu atau dicekik hantu. Ni yang menyeramkan ialah takut dengan anjing.
Binatang ni memang comel bila baru lahir kedunia ni tapi kecomelan tu beransur hilang bila makin membesar dan menjadi menakutkan bagi aku.
Sangat seriau dengan spesis dia ni. Pernah tertinggal bas sekolah dek takutkan nak lalu dekat jalan yang ada anjing baru beranak.
Hee kalau dia dalam pantang memang sifat dia sangat agresif. (maklum le naluri ibu nak lindung anak) Aruah nenek akan menjadi peneman sampai tiba ke tempat perhentian bas sekolah dulu. Dengan sebatang kayu dan segala tips diberi katanya kalau ada anjing yang macam nak kejar kita buat2  kutip batu dan acah nak lontar kat anjing tu. Masalahnya daripada aku bazir kan masa dengan terbongkok2 kutip batu tu lebih baik aku buat acara lari pecut 100 meter selamatkan diri.

Peristiwa dikejar anjing ni dah beberapa kali jugak terjadik pada aku, tahun lepas dengan membonceng motosikal untuk ketempat kerja. Melalui deretan kedai kebetulan sekor anjing berwajah bengis dan dari gayanya sah baru lepas beranak, satu hal anjing ni bila kita pandang dia terus je naik angin terus kejar.Spontan jeritan aku dah paling high pitch rasanya kalah Ziana Zain ngn Ramlah Ram masa tu. Masa tu rasa bila2 masa jer gigi tajam anjing tu akan mencengkam, tah bahgian mana lah yg singgah nya. Masa ni rasa nak berdiri ala2 stunt atas seat motor tu. Dah la jalan tengah sesak ngn kereta segala bagai, tak sanggup nak tengok anjing ni kat belakang dah.

Jiran depan rumah ada bela sekor anjing yang hanya berada dalam pagar rumah je.  Sesekali lepas sekejab keluar tapi mungkin sebab dah biasa dengan kami dan sebati bau yang dikenalinya dia langsung tak menyalak, tak seperti kalau orang yang tak dikenalinya. Brownie seperti yang dipanggil oleh tuannya. dulu tak tau nama kitorang panggil dia John, padan la bila panggil John dia buat muka blur je.
Pagi ni Brownie dah mula buat nakal, bole ke dia kejar aku bila dah bonceng motor, dengan lidah yang terjelir dan muka cam cam strest. apa lagi jeritan paling nyaring dah berkumandang dipagi hening. Mengikut En. D dia hanya nak gurau tu. Nak gurauuuuu....hish tak ku percaya la kalau dah namanya hanjinggg.
Bila dipikir2 balik , rasanya Brownie nak balas dendam sebab ada kala bila dia lalu depan rumah aku sembur dia ngn air masa nak siram bunga. Saja suke suke, sembur je....Haaa ni dia dah balas dendam pulak.....Anjing ni sangat menakutkan, lebih2 lagi bila dah baca berita anjing bole menyerang tanpa diduga dan ramai yang dah jadi mangsa anjing.