Friday, December 28, 2012

Tahu apa kah ini?

Rasanya ramai yang tak berapa nak kenal dengan buah ni. Ada rupa macam tomato, buah pinang dan jugak pisang kaki. Ni lah yang dipanggil buah cepu kalau kat Johor. Mungkin lain negeri lain panggilan nya.Buah ni kalau muda hijau warnanya dan amat sedap dimasuk kedalam gulai ikan sungai masak lemak terutama ikan baung.Rasa masam buah ni dan lemak gulai ikan akan menjadikan rasa sangat sedap.

Buah yang sudah ranum . Ada dua jenis buah ni samada masam atau manis. Tak tau la apa yang menjadikan faktor rasanya begitu. Adakalanya rasa masam2 manis. Tengok ni pun dah rasa kecur air liur dah.

Semasa berhenti makan di Kuantan terjumpa pokok besar ni. Tapi baru perasan ini terdapat buahnya yang agak pelik. Dari salah seorang yang ada disitu beritau ini lah pokok gajus.

Wahh tak sangka kacang yang sangat2 aku suka terutama bila ngunyah2 depan tv  begini rupenya.Kacangnya dibahagian bawah buah tu.

Friday, December 21, 2012

Nasi Arab

Saya adalah peminat tegar nasi minyak. Insiden pada satu malam minggu dengan tujuan keluar2 cari makan ringan disebab rasa agak kekenyangan bertukar arah bila nampak restoran ni.

Nasi Arab. Berasnya panjang2 dan kurus. Dengan pilihan lauk ayam dan kambing disertakan juga hirisan cili hijau yang rangup. Sangat sedap dimakan kering sebegini. Walau tujuan tadi nak cari yang ringgan je tapi tetiba sebegini bila membayangkan nasi minyak. Nasi sangat sedap walau pon tak dapat nak menghabiskan. Portion ni sebenarnya untuk 2-3 orang. Tapi kami berlima pon tak dapat nak abiskan.


  Roti tempayan dan hirisan daging kambing.

Banana shake...hmmmm kurang sket sebab ada rasa macam kelat2 mesti pisang tak cukup masak ni. Ni mesti supervisor tak turun dapur ni. Sebaik je air ni disedut dek jururasa tu dah terkulat2 dengan ulasan air ni rasa pisang tanduk yang lom masak.

 Ni antara set disamping nasi tu. Sambal rasa mint tu ok nak stabil kan rasa daging kambing tu tapi air kuning ni.....dimana pernah rasa ya...Ohh semasa dalam pantang dulu. Air kunyit.Pasti ada khasiat nya tu.

Restoran ni ada kat seksyen 17 Shah Alam.

Kat Arab sana makan sambil berbuai ke? Sebenar ada dua pilihan untuk tempat duduk ni. samada dengan berkerusi meja atau dengan buaiyan yang ni kat bahagian luar restoran.  Kebiasaan orang Arab akan baring utk lelap sekajab sebaik sahaja selesai hidangan makan tengahari. Dengan duduk kat buai ni setelah kenyang memang mata rasa ala2 kuyu dah. Tapiii harus ingat jangan sesekali berbuai bila salah seorang sedang menyudu ke mulut , jawapnya kelain le pulak pegi nya sudu tu.

Dalam perut dah bercampur baur dengan segala nasi, ayam dan kambing, singah kesini untuk meneutralkan tekak ni.....Nyamannnn

Saturday, December 15, 2012

Hand bag lagi


Hand bag dimana2.Sekali tengok mesti tak tau mana nak dipilih. Sebenarnya tak ada masalah dengan beg yang sedia ada ni,tak koyak, tak kecik, tak besar, tak sempit ,,,semua ok  tapiiiii bila tengok saja beg yang berlambak2 ni dan offer yang ditulis besar dan siap dimerahkan lagi tu, sangat la lemah semangat ni.


Sale setiap hujung tahun sangat lah meriahnya. Suasana di Sogo KL. Barang kalau dah dilonggok dan dilambak begitu memang tak nampak cantiknya. Sebab tu yang sedang memilih tu belek letak, belek letak.....dan bole jadi terus balik tanpa membeli pon dek penyakit rambang mata sebab bila dalam keadaan sebegini semua tu nampak tak cantik.

Sesi kaum wanita sedang buat pertimbangan....beli ke tidak, ok ke tak ok, cantik ke tidak,,,tapi bila tenggok offer jatuh sampai 70% tu selalunya mesti kuasa membeli tu menang. Tips nak dapat pilihan tepat jangan bawak suami atau teman lelaki sebab kalau tanya pendapat sure sekali tunjuk diorang angguk setuju ,,,,,sebab utama mesti diorang sangat rimas dengan suasana camni dan cepat2 nak settle pemilihan.Pemilihan hanya bole dibuat oleh yang nak memakainya sahaja...ingat tuuuu..

Kalau tak dapat yang besar yang comel2 ni pon menggoda juga.

Bila dalam keadaan bersusun kemas atas rak sure nampak semuanya cantik dan berkenan.Tapi tak lama je beg2 ni akan diofferkan dan ditimbun banyak2 macam pic diatas.Dan mesti dapat penyakit nampak semua tak cantik.

Dalam senyap2 dah dapat yang berkenan, tu dalam cermin tu dah dapat hasil tangkapan di hari Jumaat ni.

Maka bertambah lah lagi koleksi.......

Friday, December 14, 2012

Pedang Warisan Temurun

Telah puluhan tahun khazanah ni terperuk dalam simpanan keluarga baru ni ada inisiatif dari salah seorang adik lelaki aku untuk pamerkan dibahagian ruang rumah. Sebelum ni benda2 ni hanya berada dicelahan almari sahaja tanpa seorang pun memperdulikannya.Tak sangka ramai pulak kalangan orang yang bertandang berminat dan cerita disebalik khazanah ni dicerita secara lisan oleh abah yang mewarisi semua ni dari zaman datok dan moyangnya. Walaupun dari kami adik beradik telah mendengan cerita disebalik pedang2 ni  secara lisan dari aruah datuk dan abah sekarang baik lah dihuraikan melalui blog ni untuk pengetahuan anak cucu Hj Manaf seterusnya.

Ada banyak tinggalan dahulu dari rumah lama aruah datuk antaranya tombak , tawak, dan satu tin duit syiling dari zaman queen victoria .Tapi hanya pedang dan sundang ini yang kami ambil untuk simpanan dirumah kini.

Pedang Jenawi ini adalah anugerah dari Sultan Johor Pertama iaitu Sultan Sir Abu Bakar Ibni Daing Ibrahim (diputerakan pada 3/2/1833 -  mangkat pada 4/6/1895) kepada arwah datuk kepada abah. Hubungan dengan kalangan istana Johor dengan arwah datuk secara langsung adalah kerana hobby memburu binatang hutan oleh Sultan dan moyang sebagai Penghulu yang mentadbir kampung masa itu.Pada masa itu tejalinnya hubungan rakyat dengan Raja ni. Dan dalam salah satu kunjungan ke istana baginda telah menanugerahkan pedang ini pada arwah datuk abah iaitu Hj Mahdi.


 Kerana tiada penjagaan teliti, karat telah memenuhi mata pedang ni, antara karat tu terdapat tompokan hitam, mengikut tukang besi ini menunjukkan unsur darah jika terkena besi.
Pedang ni berunsur Rom dan agak berat, mungkin sesuai dengan tenaga orang dahulu yang besar dan gagah. Cara mengunakan pedang ni adalah dengan libasan dikedua2 belah matanya .
Pedang ini telah digunakan semasa perang saudara Jementah dan telah meragut beberapa nyawa.

 Perang Saudara Jementah atau lebih dikenali sebagai Perang Jementah adalah perang saudara yang pertama di negeri Johor. Perang ini tercetus pada tahun 1879 di Jementah, Johor akibat rasa tidak puas hati Tengku Alam, putera gahara kepada Sultan Ali atas penyerahan daerah Muar ke bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Tragedi berdarah tersebut menjadi yang begitu penting kerana:
  • Perang adalah perang saudara pertama berlaku di negeri Johor.
  • Perang ini telah melibatkan puluhan pahlawan dan pendekar yang handal.
  • Tamatnya perang ini merupakan satu daripada faktor pembukaan Muar (Bandar Maharani).
  • Perang ini membawa beberapa kesan penting dalam sejarah Johor khususnya mulai tahun 1880 iaitu setahun selepas tamatnya perang, 'Kesang' menjadi jajahan Johor hingga ke hari ini.

Hulu pedang ni juga digunakan sebagai cawan untuk minum, maklum la kalau dah namanya berperang takkan nak guna cawan macam nak berpicnic so kegunaan ni untuk kesesuaian semasa.

Ini pulak dinamakan Sundang. Sundang tidak digunakan untuk menikam seperti keris, ia lebih kepada menetak dan melibas. Saiz matanya agak besar dan lebih berat berbanding keris biasa. Hulu sundang juga lebih mirip kepada hulu pedang berbanding hulu keris



Sundang ialah sejenis senjata tradisi yang digunakan oleh orang-orang Bugis dan Sulu. Senjata ini lebih sesuai untuk melibas, tidak sesuai untuk menikam.

Harap generasi seterusnya dapat memelihara warisan ini sebaik mungkin.Sundang ini juga telah meragut beberapa nyawa semasa perang saudara Jementah.

Kebiasaannya Badik mempunyai rekabentuk yang bermata sebelah, lurus dan tajam.

Hj Manaf dengan koleksi yang ditinggal oleh datuk dan moyang nya.
Disebalik tabir sebagai penyimpan warisan temurun ni ada berbagai kisah mistik bagaikan misteri nusantara tetapi hanya tuan punya waris ini sahaja la yang mengetahui misteri yang kalau diceritakan mungkin sukar nak diterima antara realiti dan khayalan.
Bila dikaitkan pedang, keris, badik yang berasaskan besi pasti zaman dahulu si pandai besi/tukang besi tidak akan membuat keris sesuka hati saja. Untuk tujuan mempertahankan diri pasti sipandai besi akan mengiringi pembuatan senjata ni dengan ramuan dan bacaan tertentu untuk semangat senjata. Ini lah antara kelebihan orang dahulu.

Tuesday, December 4, 2012

Musim Buah Kembali Lagi

Dah sampai masa sekampung diwarnai merah kuning ijau maroon oleh berbagai buah tempatan yang cukup masa untuk tunjuk hasil untuk tuannya. Hampir semua penghuni kampung pasti akan ada pokok rambutan ni, dek buah ni masak serentak tiada peraih yang nak ambil buah ni untuk dijual. Kalau dulu harga borang sekitar 40 sen sekilo. Musim tengkujuh sedang berlaku membuat buah ni kurang untuk menjadi idaman buat kudapan petang2 hari.



Rambutan gula batu ni hasil tanaman abah dari benih yang dibeli dari ekspo UPM, hasil keluar tak berapa lama jugak. Sangat manis dan buah yang besar dan bulat.



Pokok pulasan ni pulak dah berusia puluhan tahun mungkin dah hampir 60 tahun tapi masih gagah mengeluarkan hasil. Amat jarang dijual dekat bandar.Nak ikut kan isi buah pulasan yang berwarna maroon ni lebih sedap dari rambutan.

Pokok dukong ni jugak rajin berbuah dan sangat cantik isinya. Tak susah nak ambil buah ni hanya petik segugus berpuluh biji ada pada gugusan tu.



Yang sdihnya buah ni tak akan habis dimakan , tapi ia jugak menjadi rezeki sang monyet dan keluarganya yang sama2 menikmati rezeki dibumi Allah ni.


Adakah durian ni masih menjadi raja buah?Kalau dulu hanya setahun sekali dapat menikmati buah ni kini sepanjang tahun akan jumpa dari berbagai negeri yang ada buah ni dan pasaran amat mudah didapati.
Durian D24 ni amat lemak dan manis, isi sangat tebal dan padat, 3 ulas rasanya dah kenyang untuk dimakan.
Jika di Johor dipanggil santan durian, ada juga panggil serawa. Sangat sedap dimakan dengan pulut. Walau dah puas makan durian tu begitu sahaja tetap akan buat serawa ni dan dimakan sedikit demi sedikit secara berulang2.


Buah hampir mencecah tanah.



Buah2 ni dalam proses untuk diagih kepada jiran dan rakan2 pejabat.

Thursday, November 29, 2012

Goreng pisang tandok


Pisang tandok ni memang sedap untuk dibuat apa saje terutama digoreng atau pun pengat. Sekarang ni hujan hampir setiap petang sebab dah dimusim tengkujuh.Makan goreng pisang panas memang menyelerakan, tu nasip baik le Malaysia tak de salji, kalau tak lagi laa sedap segala apa yang makanan  panas dalam suasana saljikan. Nak sebut goreng pisang atau pisang goreng? Apa je laa janji tau apa yang dimaksudkan ye. Kalau dikampung abah memang ada tanam pisang ni, tapi bila bawak balik setandan, bayangkan camna nak menghabiskan, dah tu masak tu sekali gus pulak.Selalunya akan diagih pada jiran dan selebihnya rakan2 pejabat. Tiap sorang dapat la dua atau tiga tandok, untuk sekali goreng memang mencukupi sebab besar dan dapat berpuluh hirisan.

Dapat pisang ni semasa lalu di pasar tani. Beli 2 biji yang berharga RM4.00 maknanya sekilo beratnya.

 Petua nak dapat tepong yang ranggup menyaluti pisang ni ialah dengan memasukkan sesudu margerin ketepong gandum tu. Campurkan air secukupnya hingga menjadi beter yang tidak terlalu cair atau kental.Jangan lupa secubit garam.


 Mengoreng dengan menggunakan kuali besi pasti akan mendapat gorengan cantik dan serata.


Dannnn ni lah hasilnya......

Sangat sedap dimakan semasa minum petang .Ranggup dan manis bersari pulak pisang ni.

Friday, November 2, 2012

Homestay Kuala Terengganu


Kali ini entah untuk yang  keberapa kali dah dalam taun ni datang sini lagi Kalau selalunya dengan tujuan jengok2 kak Ann di Dungun, kali ni misi utama mencari bilik untuk disewa bagi kak Ann yang menjalani praktikal di Airport K. Terengganu. Waktu ni adalah hari kedua suasana Raya Haji, perjalanan bermula dari Kampung di Segamat Johor. Sebelum ni dah google untuk cari homestay disekitar daerah Gong Badak sebab dekat dengan airport untuk bermalam selama 2 hari untuk urusan cari bilik untuk anak ni.. Berkenan dengan homestay Nur Kasih dan terus booking.

 Bersama rakan kak Ann, Mastura kami menginap disini. Memang selesa denan harga RM140.00 semalam, rasanya berpatutan dan lengkap dengan segalanya. Tiga bilik 2 bilik dan air fully furnished.


 Disebabkan selalu check in kat hotel je,rasa cam rumah sendiri pulak bila duduk kat sini. Amat selesa.

Ruang tetamu di homestay ni.

 Misi keluar mencari bilik untuk disewa oleh budak2 ni bermula pagi Ahad. Dengan beberapa contact yang dapat through iklan kat Mudah.com. dan rekomen dari beberapa orang. Dah tentu lah yang harga murah tu dicari dulu. Pic atas ni adalah suasana  rumah yang nak sewa bilik RM100.00 sebulan.Dah nampak pun pagar airportnya.Dekat dan murah tapi suasana dalaman tak memuaskan. Tanpa perabot langsong, hanya beralas tikar getah je. Demi menjaga hati tuan rumah beritahu yang kami akan confirm kemudian sebab nak berbincang dengan seorang lagi rakan budak2 ni.

 Terus ke pilihan kedua, dengan penuh harapan agar ini ok. Owner homestay tunggu kat entrace airport dan kami mengikuti nya dari belakang.
 Debaran hilang dan rasa lega bila mula tengok homestay ni. Hmmm rasanya keputusan dah dibuat dalam hati ketika sampai ni.

 Alhamdulillah bila tengok kak Ann dengan Mas dah senyum2 tu, sure ni lah tempat dipilih untuk menetap selama 3 bulan. Hanya 2 bilik je yang owner ni open untuk monthly rental.Fully furnished dengan rental seorang RM170.00.

Bilik selesa dan bersih atach bathroom tv dan segala peralatan untuk minuman juga disediakan.

Ruang santai di tingkat 2 homestay ni. Pemandangan luar adalah suasana kampung , jarak sangat dekat dengan airport dan rasa keselamatan terjamin dengan rumah owner kat sebelah je bangunan ni.


Puas hati lah kan ,,,,pencarian berakhir.

Sedang dalam urusan pembayaran dengan owner homestay Cahaya

Haa ni part yang paling best, owner ni jugak adalah pengusaha mencanting batik, siap ada bengkel kat belakang rumah. Ruang pamer ni kat ruang bawah homestay ni. So apa lagi ambik kesempatan ni untuk jualan di ofis..... ibarat sambil menyelam minum air kan.

Cantik design diorang harga pun berpatutan.

Selepas settle urusan masuk barangan budak2 ni, acara memilih dilakukan. Ambik 20 helai untuk permulaan. Tak susah untuk buat pilihan sebab semua cantikkkk.

Akhirnya kaftan ni selamat dipamer pulak  kt ruang ofis pulak, sekejab je sebab beberapa jam je semua habis. Sangkut jab kat kabinet failing.


Dah lama nak carik restoran D'Muara ni, ramai yang cakap sini makanannya bagus.Tapi punya laa susah nak carik walaupun tau tempat nya dibawah jambatan yang menuju ke Seberang Takir. Hasil gigih kak ann  mengoogle akhirnya dapat juga cari dengan kesabaran En. Din yang memang pakar bab cari tempat walau dimana. Rasanya pihak restoran kena lebihkan signage terutama waktu nak menuju sini, Dah beberapa kali kami terlepas dari jalan masuk ni, Ada signage nya tapi agak kecik, gelap dan tak berapa nak tarik perhatian.


Restoran ni betul dibawah jabatan dekat dengan perkampungan Losong. Ruang makannya adalah atas rumah traditional Terengganu. Posing dulu sebelum naik rumah restoran ni.

Hidangan air jus dengan bergelas besar tiba agak cepat.

Disebabkan malam tu agak kenyang, tak la order banyak hanya Siakap stim limau , sotong celup tepong dan kerabu mangga. Sedap, walau pun makan dengan perut kenyang. Kalau tak sure ketam jugak menu wajib ada.


Rakan Kak Ann yang sama praktikal pun join sekali. Diorang senyum dengan berdebar sebab esok nak mula hari pertama praktikal. Hissh tak habis dengan debaran dari misi mencari tempat tinggal sampai kan nak hadapi hari pertama praktikal. Membelakang gamba ni adalah sungai sungai dan masjid kristal.


Serius abang Naim tunggu hidangan sampai.

Dalam perjalanan balik ke KL. singgah jab kat Dungun beli segala yang segar kat sini. Dah pasti sotong tu dah selamat dalam fridge kat rumah. 

Cantik tengok ni tapi tak tau nak buat masak macamana. Perjalanan balik lancar. Nasip baik tak balik Ahad sebab denganr cerita jem teruk sepanajang jalan dek warga kampung balik dari cuti raya haji.