Tuesday, September 27, 2016

Bercuti ke Chiang Mai Thailand

28 Ogos 2016 tarikh yang dah dipilih untuk melihat negara ni pulak. Kiranya tak de lah beria benar nak kesini tapi group rombongan chek kiah yang tak dapat join tour masa tour India dulu request untuk pegi sini,,,janji berjalan katanya...Ok kita mulakan apa yang ada kat sini .
Sampai je airport Chiang Mai dah nampak banjaran gunung di sekitarnya...nampak nyaman. Tour start dari pagi tu jugak tanpa check in hotel terus ikut agenda itenerary ke Temple Doi Suthep. Bukan lah semata nak masuk temple kat sini,,tempatnya seperti Bukit Bendera Penang, kena naik ketapi bukit untuk ke puncak sini,,kat puncak tu ada temple besar Budha,,tapi tidak lah kami masuk kedalam tu sebab kat bukit tu ada view point bole nampak seluruh Chiang Mai. Dalam perjalanan ke bukit ni hujan mencurah turun kebetulan rupenya bulan ni musim hujan monson.Tiada ribut tiada petir hujan tetiba turun dengan lebat, View pemandangan seluruh Chiang Mai agak terhad dek kabus.
Selepas turun dari bukit tour guide kena ubah jadual dek ujan yang turun dimana sepatutnya melawat Royal Garden,,dah ujan apa nak digarden kan so seterusnya untuk hari ni ke 3 D Art Museum.
Memandangkan kebanyakan kami ni dah berada di airport KLIA sejak pukul 3 pagi pastinya badan dah lemau. Check in hotel sebelum itenerary seterusnya.
Belakang tu lah Emprees Hotel.Sebelum pergi ke museum 3 D ni
di ruang loby hotel Emprees yang bertaraf 4 star
Kagum tenguk seni ukir di tiang besar ni. empat batang tiang ni diukir dengan penuh teliti dan berseni.Kita ni nak melukis pun lom tentu menjadi inikan pulak mengukir di tiang kayu ni.
Ukiran tiang gergasi ni kat bukit yang ada temple tadi,,,sini tempat tengok pemandangannya..Dahsyat orang yang ukir tiang tu,,dari kayu jati dan ukiran sampai ke siling.
Sebelum meneruskan tour untuk hari pertama ni,,kami check in dulu. Dapatlah segarkan badan mandi mandi, solat dan rehat kejab...tapi tak dapat nak lelap mata takut terbabas. Walau mata kelat tapi dek teruja dengan apa yang nak diterokai dibumi Chiang Mai ni. bilik sangat selesa dan luas, view depan hotel pun tenang.
Selama 4 hari sebelum tour breakfast dari hotel ni. Tapi hal makanan ni agak terhad sikit sebab makanan non halal juga dihidang. Butiran yang tidak halal tu jelas ditulis ditiap bekas hidangan.  Seperti biasa bila berada disituasi begini anggota trip ni dah tau apa yang sepatut diambil dan tidak. Hanya cereal , roti dan telur aje lah untuk alas perut.
Tiada masalah untuk lunch dan dinner sebab dah ambil muslim pakej dimana restoran tahap halal telah dipilih oleh TG.
Tempat kedua dilawat untuk ari pertama ni ialah Museum 3D. Agak luas tempat ni mempunyai 2 tingkat lantai untuk berbagai trick disetiap gambar.
Ini lah pertama kali menjejak kat museum 3 D ni walau di Malaysia dah ada tapi belum lagi mencuba. Rupenya rezeki pertama kat sini. Memang menarik dan ada objek yang bila tenguk kita tak tau apa hasil akan dapat dalam gambar. Tenguk je gambar ni Kak Neem dah jadik kecik dan Kak Ita yang kemetot dah jadik cam giant. Masa lalu kat sini hanya nampak meja empat segi kat hujung dinding dan satu tiang se akan kaki kerusi bahagian depat kat ruang ni. Dalam terpikir apa nak buat out TG ajar sorang duduk kat ujung dan yang depan berdiri  kat tiang kusi tu...dan point utk ambil gamba satu tempat yang dah ditanda...Dan owhhh hasilnya menakjubkan,,betapa pintar dan kreatif orang yang mencipta ni.


Yang ni duduk je kat bangku tu rapatkan kepala kat dinding...dan berambut afro lah kami.
Dah sampai venice dah ....Nampak real sangat
Dah macam dalam frem gambar
Bila sampai sini blur sket nak buat apa ni, hanya dinding dan cermin. TG ajar setengah badan di himpit ke cermin tu dan angkat kaki dan renggangkan kaki...Tu lah hasilnya.....seakan terapung. Magic dengan smart trick. Gambar saya tak menjadi trick ni sebab angkat x renggangkan kaki....oh hu hu...
Bila lalu sini pun tak tau apa nak digayakan...hanya ada bangku dari buluh.... Baring menelangkup dan....gini jadinya bila dah rotate pic ...
Jangan silap posisi bila telangkup tu,,,,maka jadik lah gini....bear tu pun pening kot ada pula manusia yang manjat menyonsang...
Antara yang nampak sangat real
Di salah satu gerai ada jual benda yang pelik kalau kat negara kita dan ni jadik kudapan bagi diorang. serangga goreng ranggup antaranya Cengkerik, lipas , ulat sagu dan belalang kunyit.Terasa macam nak muntah bila lalu sini dek bau aroma yang agak pelik ni.
Memang banyak lah objek untuk di gayakan kat museum 3 D ni,,berbaloi sangat ke sini.
Welcome drink sebaik tiba di Khum Kantoke.Air serai yang agak manis.
Untuk Dinner first day ni kami di Khum Kantoke Cultural Night Show. Seakan pusat budaya ,,sambil makan ada cultural show. TG dah beritau makanan yang akan kami nikmati malam ni adalah makanan masak cara tradisional kalangan orang bukit dimana pertanian punca utama mereka.
Pertunjukan hasil kesenian adik2 manis ni menyambut kami di entrance
Lepas makan show ni bermula memang best tapi disebabkan badan dan tenaga dah lemah sebab keletihan dihari pertama ni..sebulat kata semua nak balik tanpa sempat habis tenguk show ni...Mata sangat mengantuk sebab tak cukup tidur.
 Ini lah dinner kami,,,rasanya agak tidak ngam ngn selera kita sebab langsung tak pedas, tapi dah diberitau awal tadi ini makanan tradisi mereka di kawasan bukit ni. Perut lapar tapi selera pulak kelaut dengan hidangan ni.Ada samkbal belacan tapi langsung tak pedas.
Sambil makan dimeja tu dua orang gadis akan berdiri duduk dibelakang tiap orang secara bergilir...sumber duit diorang ni. Sekejab je potret dah siap print siap frem. Tak lah mahal hanya dalam RM10.00 tiada paksaan kalau nak beli kalau tak katakan tidak.
 Begini cara diorang bergambar ni,,,rasanya kalau dah begini sure ramai yang beli gambar ni ,,kenangan kan. Yang bagus dah siap frem.
Hari kedua tour hari ini ialah ke pusat pertunjukan gajah. Untuk sampai kesini agak jauh dalam 2 jam perjalanan dari pusat bandar. Kat sini memang seronok tenguk aksi Che Jah ni,,,usia gajah yang buat show ni  paling muda 5 tahun dan paling tua 13 tahun. Mereka ni amat pintar. Buat buat berbagai aksi. main bola sambil tendang buat back kick ngn kaki domok tu,,,dan yang paling mengakumkan bole melukis dengan lukisan yang sempurna..wahhhh
Comelnya che Jah ni letakkan topi atas kepala kita. Kalau kita bagi duit,,pandai dia terus hulur hulur belalai tu pada tuan nya.
Kiss dari Che Jah....kuat sedutan belalai dia...
Pandai dia lukis lebih lawa dari lukisan aku ni....
Antara hasil dari lukisan Che Jah,,,boleh beli dengan harga lebih kurang RM 100 atau RM 80.00
Naik Che Jah keliling kawasan melalui bukit dan jalan tepi hutan,,,seriau dan geli perut bila dia naik bukit dah kita dok kemain tinggi atas dia.Tour ni dalam masa setengah jam juga.
Besi tajam ni diguna oleh gembala gajah, dengan ni lah diketuk kat kepala gajah tu bila nak beri arahan ,,,bab ni kesian sangat
Opsss ni adalah najis Che Jah. Penerangan dari TG masa dalam bas tadi. Beza gajah dan lembu pasal hal buangan ni ialah,,najis gajah tiada berbau sebab dia makan hanya tanaman seperti tebu dan bila makan makanan tu terus ke perut . Gajah hanya punya 1 perut sahaja so dia tidak akan simpan lama,,,selalunya bila makan terus membuang,,belum sempat nak busuk dek segala enzim pencernaan. 
Lembu pulak punya 4 petak perut.  Makanan akan melalui sampai beberapa petak tu dan tinggal beberapa lama juga ....dek proses ni lah taik lembu busuk sebab pencernaan tu.
Lepas acara naik gajah tadi dah siap ada gambar kita yang dah siap difremkan...Specialnya frem ni dibuat dari najis Che Jah . Ia dah diproses dengan merebus dan letak segala antisepti bagai dan dikeringkan. So warna asal frem tu adalah warna asal najis tu dan siap ada serat2 yang dimakannya. Unik kan. Gambar dan frem hanya RM15.00 je
Apa yang dikerumun ni....kat tempat kem gajah ni ada jual kudapan seakan kacang, yang disanggai je dalam kuali
Ia dipanggil Thailand Almond...masa cuba makan ni kacang ni panas lagi lepas keluar kuali,,kemain lagi mencuba dan sedap pulak. Berebut lah membeli sampai habis satu tong ni dek group kami,,tapi bila sampai Malaysia rasanya dah macam tak sedap pulak dan pahit2 sikit,,,apa sebab sedap ari tu,,,lapar kot...sampai sekarang kacang ni ada kat rumah.
Terjumpa pulak keterangan tentang hal kacang di kat kawasan makan ,,,hoho berkhasiat rupenya,,,penawar beberapa penyakit patut lah,,,patut lah ada rasa pahit2 lemak .
 Berakit lebih kurang setengah jam,,tanpa life jaket dengan arus yang deras jugak tapi rasa yakin dengan keselamatan.Air warna coklat,,,kata TG air di sini tiada tercemar dek camical sebab sana tak ada kilang,,yang ada kat air sungai ni hanya taik gajah jer lah.
Lepas naik gajah naik kereta lembu pulak.
Rumusan tentang ni dah terpikir masa naik gajah tu,,,macamana orang dulu boleh travel sana ni naik gajah,,,amat tak selesanya,keadaan seperti terhanguk hanguk dan badan boleh berputar dek ikut hayunan kaki gajah ni, berkereta lembu pulak memang tidak selesa,,dah terbiasa lahir je naik kenderaan yang bertayar angin bila naik kereta lembu ni rasa bergetar isi perut dek hentakan roda yang keras tu terutama bila lalu jalan yang tak rata. Tapi pengalaman ni mahal bila ingatkan zaman dulu dimana ini adalah pengangkutan mereka.
Sambil berakit disebelah gajah2 yang bawak pelancung,,merentasi sungai untuk ke bukit.

Hari ke 3 melawat ke Royal Garden. Luas tempat ni ,guna tram untuk ke tempat yang dikehendaki.
Mercu tanda di Royal Garden, dalam ni bukan temple,,terdapat gambar maharaja dan ukiran tradisi mereka.
Rumah Ros. Tempat ni sejuk sebab ada hawa dingin.Bunga yang tak tahan panas subur dalam ni
Dengan TG kami
Terbelek2 nak pastikan bunga ni real ke tak...Its real...


Sabun berbuntuk buah dan berbau buah...pasti sambil mandi terliur dengan bau buah ni
Tempat terakhir ni lawat ke Ban Tawai Wood Carving Village. Terbaik sini iaitu perkampungan yang menguashakan kerja kerja kayu,,perabut dan segala ukiran dari kayu,,dek terlampau kagum lupa nak ambik gambar sebab banyak sangat kedai dalam perkampungan tu usaha kraf ni.

comel kraf kat Ban Tawai Handicraf ni,,murah

Sudut bergambar di pusat handicraft ni
Murah sesangat niii....
Pokok ni dalam usia 700 tahun. Buluh buluh yang di keliling tu nak suport kekuatan pokok ni
Melawat Wiang Khum Kam, sebuah perkampungan yang wujud beratus tahun lamanya.nya. Dengan menaiki trem keliling kampung ni,,,
Masih memelihara tinggalan bebrapa temple lama mereka,,berusia 700 tahun.Terbaik diorang menghargai sejarah lama ni.
Chiang Mai ni terletak dikawasan utara pergunungan Thai. 700km ke utama Bangkok.Sejarah bermula pada tahun 1296 oleh Maharaja Mengrai.Maharaja ni lah yang mempertahan nengara ni dari serangan Burma dengan membina parit parit di sekeliling bandar ni.
Sepanjang beberapa hari kat sini tak pernah nampak seorang pun pengemis . Bandar yang tenang tak de trafic jam. Beberapa hari kat sini reward untuk diri sendiri merasa urut ala Thai.Terbaik la lepas penat tour disudahi dengan urutan satu badan... 

21 comments:

  1. wahhhh bestnyaaaa......teringin pulak nak naik kete lembuuu....hehehe...

    ReplyDelete
  2. seronok nya , kalau berjalan ke mana pun tak apa asal dapat makan angin

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul nieda,,,asal nama berjalan ni sume best

      Delete
  3. depa tak letak kat lantak eh spot yang sepatutnya kita driri untuk gambar terbaik kat 3D muzium tu?

    bunga yang pepel tu bunga apa?
    ros?

    sejuk tak chiang mai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. spot utk bergambar tu ada,,,akak je yg tak perasan pada mulanya sibuk nak membayangkan apa yang jadi bila dah siap posing. Chiang Mai ni cuaca agak nyaman tak lah berpeluh sangat kebetulan masa pergi aritu musim hujan kena adjust tour jugak masa ujan turun.Bunga pepel tu Ros. Thanks sudi jenguk blog ni Dr singa.

      Delete
  4. Replies
    1. Berbaloi jugak di Chiang Mai ni,,,suasana tak sesak dan banyak tempat menarik,,,ni pun terlepas tempat yg ada warga long neck tu.hu huu

      Delete
  5. berapa eh total pakej masa pg ni ? including flight ticket tak?

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum, nak tanya Best ke pergi Chiang Mai / chiang rai? Coz says akan ke sana selama 6hari Dsana bersama anak bulan September ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam wani, ikut pengalaman saya bercuti disini seronok jugak sebab ada berbagai aktiviti dan suasana yang agak tenang tidak serabut,pada yang kaki shopping barangan kraf sangat berbaloi.Aktiviti dengan gajah tu sangat seronok. Selamat bercuti.


      Hanem Manaf

      Delete
  7. boleh tau tak guna travel agency apa?

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Boleh tak saya dapatkan contact tour guide?

    ReplyDelete
  10. saya nk tanya, kenderaan trem tu ape..?

    ReplyDelete

Tulis la apa2 aje......