khamis 21 April lepas waktu kerja bersiap untuk melawat kak Ann kat Dungun. Tujuan untuk jenguk2 dia yang sedang menjalani peperiksaan disamping menyampaikan taklimat khas sebab minggu ni lepas je abis exam dia kena balik Kl menjalankan tugas baby sitter (baby tua dah) apit dan abang Naim sementara mak ngn abah melancong jab. Selepas solat maghrib menuju ke Kuantan kerana Encik D dah berada disana dari hari Selasa lepas. Merentas kegelapan malam bersama abang Naim & Apit, walau pun pelbagai cerita ala ala cerita 'jangan pandang belakang' didengari tapi Alhamdulilah setakat ini tiada musibah yang terlihat atau berlaku setelah beberapa kali jugak travel bertiga beranak macam ni. Disebabkan tiada cuti khas minggu ini jalan memang sunyi hanya sesekali je kereta yang ada. Selamat sampai Kuantan pada pukul 11.30 malam dan bermalam di hotel Kuantan. Pagi selepas sarapan di Balok terus menuju Dungun yang mengambil masa dalam 2 jam.
Duk kat sini sementara menunggu masa untuk check in kat hotel Uitm kol 12.00. Sambil makan nasi kerabu dah mula beri taklimat pada Kak Ann. Bangun pagi2 nak prepare breakfast untuk abang & apit, masak nasi dan kemas rumah .... dan....dan....sesekali order piza contact nombor kt fridge (tapi jangan pulak tiap hari main order je....) hah tu pesanan yang harus diingat nanti....
Sabtu lepas check out agak lewat dari waktu yang sepatutnya sebab masih golek2 dan rehat lagi,,,huh hotel rugi sikit dah la check in cepat dari sepatutnya keluar pun lewat beberapa jam tapi selesa sebab tak ramai customer yang berada waktu ni.
Menuju ke Segamat untuk menjenguk abah yang ada kat kampong tu.Selamat sampai pukul 10.30 malam walau pun dah terlelap sekejab dalam kereta tadi tapi itu berguna untuk stamina sebab sampai je kat rumah tu terus capai penyapu dan mop lantai al maklum rumah yang hanya dihuni oleh abah sorang je tiada pengurus yang menjalan tugas orang perempuan. Jika ada aruah mak dulu sampai je tilam dah terhampar untuk cucu terus je tido dan makanan dah sedia terhidang........kenangan silam yang tak akan kembali lagi.Tapi kami telah dapat menyesuaikan keadaan lepas kehilangan mak hampir 5 tahun kerana tiada yang kekal di dunia ini. So hargai lah apa yang ada.
Petang Ahad kembali semula ke KL, dalam perjalanan, singah tempat ini gerai yang terletak di sebelah sungai dekat Rembau.
Pelbagai menu ada dan tempat sekitar amat nyaman ditepi sawah dan sungai.
Cendol madu dengan ice cream,sangat sedap lemak dan manis gula kabung yang wangi.Pelbagai makanan jugak ada satey, otak2, rojak tauhu dan jugak makanan western fish & chips pun sedap.
Satey dan otak2.
Laksa penang jugak tak mengecewakan walau pun ia hasilan orang Rembau,,,sedap
Kuih udang & tauhu dan diteburi tauge segar yang ranggup tanpa dicelur....mmm...sedap, sedap... (2 kali tambah untuk ini)
Lepas kenyang test abang Naim untk snap pic ni...ok jugak la objek semua masuk
Alhamdulilah semua makanan habis dimakan dan harga sangat berbaloi
Tidak jauh dari tempat makan tu melalui kedai jualan barangan antik, dari dulu hairan ngn kedai ni tak tau siapa customer sebab tak pernah nampak orangnye tapi pasti tuan pemilik kedai ni memang sangat meminati barangan lama sebab banyak benda2 kechil yang betul2 lama didapati.
Pasti melalui kedai ni bila lalu Pekan Rembau sebab kedai ni betul2 tepi jalan saja.
Sampai KL petang dan malam semua tak makan apa sebab dah sangat kekenyangan kat gerai cendol madu tadi.
.
Salam kjg balas Haneem...waaaah jalan jauh ke Dungun sana eh...sambil2 jenguk anak, sambil makan2 eh...best tuh! Macam akak dulu pun ke Arau nak jenguk Najwa, tp jalan tetap jalan..haha
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeletejln2 kesini sambil balas kunjungan...sedapnya mknan yg di order tu...kecur melihatnya.