Monday, May 23, 2011

Jalan jalan santai santai

Jadual aktiviti minggu ni sangat padat seminggu lagi majlis kenduri acu dikampong, dengan kesempatan yang ada minggu ni ke Sogo KL dengan Ann.Santai santai berjalan dua beranak. Sogo agak lengang. Bila dah acara belek belek tu terjadi maka pasti akan berkenan tapi sangat dukacita rupenya 'SALE' start esok (Isnin). Nak ikut kan hati beli jer hari ni sebab malas nak datang lagi, tapiiiiii bila dikira balik untuk  barangan yang pasti akan dapat less antara 50 ke 20 % keesokan hari je memang ralat, so pasti datang lagi.


 Offer kak Ann untuk ganti hand bag dengan cepat tawaran diterima.




Pusing, pusing , pusing ......huh cerewet rupernye !!!!......Akhirnya dapat juga beli hand beg dia harini dengan harga best buy kerana harga ni juga sama jika waktu sale esok. Dapat info dari salesgirl tu waktu sale ada beberapa barangan yang akan disimpan dan barangan dari stor akan dikeluarkan. Sebab tu banyak barangan yang kita tak pernah lihat masa waktu tak sale. Tapi harus hati2 sebab ada harga yang telah dibuat potongan tu dah dinaikkan harga so maknanya lepas less memang harga asal dia. Tapi pada yang kaki window shopping dulu akan dapat tau beza barangan ni.



Dah penat tawaf setiap floor Sogo terus ke food court, akhirnya pilih yang nih....Manhattan fish pilihan dibuat atas package for 2 yang dah di suggest kat menu, mudah tak yah susah memikir.






Tunggu makanan sampai.

Sebelum main dish sampai dah mula makan appetizer & mushroom soap, ini pun dah mula nak kenyang.



Dah mula nak berkira untuk tapau je, sebab dah kenyang dengan air, soup & appetizer.......So lain kali datang makan sini jika benar laparrrr, so akhirnya makanan ni minta dibungkus je.

No comments:

Post a Comment

Tulis la apa2 aje......