Friday, September 23, 2011

Pak Ungku "" The Rennaisance Man"

Ungku Aziz : The Rennaisance Man” telah dipilih sebagai tema pameran pertama bagi mengenang jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh Y.M. Profesor DiRaja Ungku Abdul Aziz dalam pembangunan dan perkembangan Universiti Malaya untuk menjadi universiti yang terunggul di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
Pameran yang berlangsung dari 22 September – 22 November 2011 ini boleh diakses oleh pengguna menerusi pautan http://ummemory.um.edu.my atau melihat sendiri pameran tersebut di Galeri Perpustakaan.


Antara staf Perpustakaan Universiti Malaya yang menjayakan Pameran yang diadakan. Ramai lagi yang terlibat tapi tiada dalam gambar.







 Bagi warga kampus UM dahulu melihat keadaan pak Ungku berjoging sekitar kampus adalah tidak asing lagi. Dengan usia sekarang beliau masih lagi mengamalkan beriadah  dengan berjalan santai.


Bakti dan jasa yang dicurahkan oleh Pak Ungku dari dahulu hingga kini.


Tandatangan yang tidak berubah dari dahulu hingga kini. Sewaktu aku mula bertugas di Universiti Malaya tahun 1983 Pak Ungku sedang menyandang jawatan Naib Cancelor Universiti Malaya ketika itu.Hampir setiap hari pasti akan berselisih jalan kerana Pejabat yang sama aras di bangunan Canseleri U.M. Kini masa makin berlalu dan Pak Ungku masih berupaya menabur baktinya lagi.

Ruang pameran di galeri Perpustakaan Universiti Malaya.


Masih cekal dan berupaya menyumbangkan buah fikiran dan jasa pada masyarakat dalam usia emas 87 tahun kini.

4 comments:

  1. pak ungku masih sihat...alhamdulillah..
    mmg banyak jasa dia ni...


    salam kenal..terus follow sini...

    ReplyDelete
  2. Thanks wahida. salam kenal jugak.

    ReplyDelete
  3. memang banyak kenangan dgn dia sbb dia canselor utk Cosmopoint International College kan :)

    ReplyDelete
  4. salam kenal, follow sini...

    org lama, penuh pengalaman di dada

    ReplyDelete

Tulis la apa2 aje......