Monday, January 16, 2012

Kapal Selam Melaka dan Ikan bakar

Minggu ni plan tanpa rancang terjadi dengan meyusuri Port Dickson telah masuk sempadan negeri Melaka.Kebetulan cerita tentang kapal selam yang ala2 besi burok ni ada kat Pantai Klebang.Tapi belum la resmi lagi  masih belum boleh masuk dalam kapal lagi.Suasana tempat kapal ni dah macam kat padang pasir sebab kawasan tu dulu pantai yang telah di kambus.


Dari jauh kecik je tapiii dan dekat besar rupernya. Tapi kalau siap nanti bole masuk kat dalam kapal ni tapi pasti la ada aircond kan kalau tak harus masuk kering keluar basah kuyup dek peluh.
Dahsyat jugak Melaka ni walau pun cenonit je negerinya tapi perlbagai tarikan ada. Pasti bangga orang Melaka dengar ni kan.
Dan aku dah tau dahhhh saper yang yang amat2 bangga tu.

 Nak jugakk rasa besi burok ni camana.

 Waktu nak balik ramai pulak yang berduyun2 datang tengok kapal ni walau pada mulanya hanya kami jer dan beberapa pengunjung yang datang.

Haa baca lah sendiri asal usul  cerita pasal kapal ni

 Kepada sesape yang minat atau tak minat baca jugak lah ni mana tau kot2 ada soalan pasal ni kot tetibe nak jawap soklan kuiz or temasuk dlm program who wants to be a millionaire ke...mana la tau


 Kalau besi ni terbiar rasanya mesti ada orang Melaka dah jadi jutawan segera jual besi padu ni.

 Kalau dah ke Melaka ni pasti singgah kat Jonker Walk .Pasti ada je yang nak dibeli dan Apit pun setia jadik pengikut mengiringi mak kan, sebab senang nak tunjuk apa yang dia nak.....he he he


 Fruit juice ni sedap dan soda dia macam air oren Long Chan dulu2.Dan perisa lemonade semestinya jadik pilihan.Minum 3 teguk pasti akan sendawa gas dia ni sampai perit hidung.


 Sure tak mabuk....

 Mesti akan ralit kalau kat kedai ni. Dan pilihan yang aku tuju dulu ialah wind chime dia. Comel2 dan unik. Dan semestinya dah dapat satu untuk koleksi. kat sini.

 Ni dia acara yang ditunggu2. Ikan Bakar dekat Umbai. hanya suke kat sini je dari dulu.Kali ni offer adik lelaki dan keluarga join sekali. Diorang memang dah menetap kat Melaka baru2 ni.

Selalunya bila masa pilih2 benda yang nak dimasak rasa macam tak cukup je tapiiii bila sampai rasa terkejut pulak dia jadik banyakkk. Ikan siakap tu dimasak sweet sour sebelah dan sebelah lagi dibakar. Tapi macam biasa la mesti tak habis makan dan beberapa makanan ni dibungkus.

 Nasi lemak sini tak boleh tanding. Kecik dan lemak dan sambal tu yang bestnya.

Udang ni sangat fresh, sepinggan ni untuk 3 orang je yang makan sebab yang lain tak suka udang ...hish memang rugi la tak dapat rasa nikmat udang ni.

 Sotong ranggup dan lembut isinya.

Ketam masak serai ni sedap sangat manis dan secukup rasa. 




Dan terima kasih pada penaja utama....

Setakat ni je cerita lawat2 Melaka. Nanti ada masa datang lagi.

8 comments:

  1. "Dahsyat jugak Melaka ni walau pun cenonit je negerinya tapi perlbagai tarikan ada." BANGGANYA!!!!

    ReplyDelete
  2. lalat gebu ; Takat bangga ngn Melaka tapi x balik memeriah melaka x guna jgak.

    fairy ; kali ni mak jimat duit sikit dari kena serah kat kedai t shirt kat jonker tu...

    ReplyDelete
  3. Yelah mak.. I poei sendiri yolah. Bwekkk

    ReplyDelete
  4. Org melaka balik melaka..mana buah melaka?

    ReplyDelete
  5. wah.jengjalan kat tempat kita tinggal yer..bumi melaka..hehehehe.. =D happy semuanya..

    ReplyDelete
  6. salam kenal...

    best dapat jalan2 cmni..saya tak da chance lagi...x bergaji, tak da masa lagi..=)


    disebalik tabir | AIR TANGAN

    ReplyDelete
  7. anonymous ; org melaka balik beli buah melaka je
    ikatankasihku ; saya kerap jugak ke sana, keluarga suami dari sana.
    cikgu Ma ; salam kenal. Nak jalan2 x semestinya jauh2 tpt yg hampir kita pon mesti ada yg menarik jika di jelajahi

    ReplyDelete

Tulis la apa2 aje......