Monday, February 13, 2012

Empangan pecah Kuala Kubu / Fraser Hill

Cuaca Kuala Lumpur minggu ni tersangat panas, keluar rumah pukul 12.00 ketika matahari membahang. Terfikir nak carik tempat yang boleh menyejokkan. Dengan sedikit bekalan makanan dan pakaian menuju ke Kuala Kubu .Sungai Empang pecah pernah didatangi dulu2 semasa anak2 masih kecil2. Tempat masih tak berubah malah bertambah baik dan bersih.

Mengikut sumber(Arkib Negara Malaysia) nama Empang@Ampang Pecah ini wujud dengan satu kisah lagenda Buaya Putih kira-kira pada tahun 1883 dimana kedegilan seorang pegawai Inggeris yang bernama Cecil Ranking telah menembak seekor buaya putih yang kononnya dianggap oleh penduduk kampung sebagai “penunggu” (spirit guardian of the river) di situ. Akibat dari kedegilan beliau membunuh buaya tersebut maka berlaku satu banjir besar dimana telah memusnahkan empangan yang dibina oleh penduduk dari batang-batang kayu dan ditambak dengan tanah merentangi Sungai Kubu, iaitu anak Sungai Selangor. Panjangnya empangan itu kira-kira 1.6 kilometer dan lebarnya melebihi 91.4 meter. Tragedi pecahnya empangan itu juga dikenali sebagai 'Sejarah Kuala Kubu'.      


Kuala Kubu dibuka pada kurun kelapan belas oleh orang-orang Melayu dan mereka merupakan perintis kepada kegiatan melombong bijih di daerah itu, sehingga dapat membina empangan besar untuk kerja-kerja mendulang bijih. Daerah itu juga pernah menjadi kubu pertahanan Raja Mahadi dan Syed Mashor menentang angkatan perang Tengku Kudin dalam Perang Saudara di Selangor pada tahun 1867-1874. Usaha-usaha untuk membangunkan semula Kuala Kubu telah dibuat dan pada tahun 1931.
Kajian ni ehsan dari Mr Google.


Aliran air sungai yang sejok dari gunung.Air ni laju sebab melalui empangan yang pecah tu la agaknya.


Sampai je terus makan. Suka kat sini sebab kereta boleh sampai kat tepian sungai.Ni sebab malas nak jalan jauh2 angkut barang2 kalau picnic kat air terjun.Suasana sangat berangin dan air dingin sangat2.


Abang Naim berendam kat tepi2 ni sambil kunyah2 biskut.

Kat tebing sungai pulak aktiviti mengunyah bijirin kesukaaan hamster ni.Entah kenapa mengila ngunyah ni sekarang patut la hamster suka, sedap dan mengasyikkan walau pun x kan mengenyangkan.

Dek terlalu asyik, mengelunsur pack ni jatuh dari ribaan terus ke sungai....Hambikk kau.
Tapi masih ada stok lagiii...

Kat sini memang sangat nyaman, sangat berangin dan air sejok,lupa kejab kepanasan kat KL. Teh panas siap menunggu bila dah gigil kesejukan.


Masih nak cari sejuk lagi, meneruskan perjalanan ke Fraser Hill, dengan tujuan hanya untuk makan dan cari soup panas. Sampai ke puncak pukul 7.00 petang. Bila dah kenyang, sayang pulak nak tinggalkan sejuk2 kat sini. Dengan tiada perancangan tu ambil keputusan menginap kat Shahzan Inn untuk malam ni.

Dari Kuala Kubu perjalan dalam masa 1 jam untuk sampai ke puncak.

Banglo Pekan, kat sini boleh ambil package bilik saja.Rate RM280.00.Hiasan dalam ala Inggeris.Cantik, view mengadap padang golf.





Pemandangan dari balcony bilik. Kabus masih tebal sebab hujan malam tadi.



Sebelum balik, dok jab kat sini


Sangat banyak spesis bunga ni disepanjang jalan masa turun bukit, so aku dah cabut beberapa batang pokok ni kot2 bole hidup kat rumah nanti. Nanti bole tengok hasilnya.


8 comments:

  1. Suka sangat kuaci, memang leka dibuatnya!!! Sungai tu nampak lebar, cetekkah airnya?

    ReplyDelete
  2. Sungai tu agak lebar jugak, paling dalam aras pinggang je, ok la yang penting airnya dan kawasan sekitarnya bersih.

    ReplyDelete
  3. seronoknya berpiknik bersama keluarga..., bersih je sungai tu... mmg layan kalau makan kuaci...yumm

    ReplyDelete
  4. Hi. Hanis, berpiknik ni terjadi sebab cuaca kat KL tersangat panas minggu lepas, kuaci tu memang sedap sangat lemak manis masin je kat kulit dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak suka mkn kuaci sbb susah nak kopek pas tu tak kenyang pun...nyampah....huhu...

      Delete
  5. Hahaha tau wahida u memang x suke yg kena kupas2 kulit kan terutama kulit udang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...kak Zai pun suka makan kuaci hehehe..

      Kalau tak silap itu bunga orkid ,cantik.

      Delete
  6. Salam kak zai, spesis okid hutan tu,terlalu banyak kat bukit masa nak turun dan nampak nya senang hidup kat rumah saya sekarang.kat kg dulu dinamakan okid buluh.

    ReplyDelete

Tulis la apa2 aje......