Tuesday, March 6, 2012

Songket Warisan Bonda

Ehem ehem...bayangkan masa tengok gambar pengantin ni diiringi dengan lagu Di Renjis renjis dipilis....Ini adalah gambar masa majlis persandingan abah dengan aruah mak. Aruah mak telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 2006 dan kini abah menjalani hidup sendirian, moga dia dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia dengan caranya walau aruah mak telah tiada disisinya kini. Pakaian yang dipakai masa majlis kahwin ni masih elok lagi dalam simpanan. Dan masa balik kampung baru2 ni telah mebuka sebuah peti simpanan pakaian ni dan semuanya masih berkeadaan elok walaupon telah berusia puluhan tahun.


Majlis ni dalam tahun 1960. Kalau songket ni tiada pasti kita yang dapat agak warnanya. Dan warnanya adalah seperti dibawah ni, merah pulasan.
Sila abaikan taik lalat kat tepi bibir mak tu. Sebenarnya kalau dulu mak andam akan buat taik lalat palsu sebagai pemanis pengantin. Tapi kalau sekarang lagi banyak yang palsu kan???






Pada 1996 sekali lagi songket ni digunakan oleh adik setelah aku menggunakan juga pada majlis berinai tahun awal 1990.


Peti ni telah berusia hampir seratus tahun.Ini adalah peninggalan aruah moyang. Dperbuat dari kayu cendana. Baju2 yang disimpan dalam peti ni akan berbau harum dek kayu peti ni.


Peti ni digunakankan untuk menyimpan baju2 songket dan kain tenun peninggalan aruah mak. Kalau dulu mungkin peti ni digunakan untuk travel kot?


Ini lah baju yang dipakai oleh pengantin di atas. Warna masih terang dan berkeadaan elok.


Bahagian leher dengan jahitan ' tulang belut' yang halus buatannya.

Bahagian kain dengan tenunan bentuk kipas.


Baju ni pulak dipakai masa majlis berinai kecil. Dipangil kain brocket.Warna silver.Size baju ni lebih kecil dari size S sekarang.



Baju songket bunga tabur ni telah digunakan masa majlis kahwin aruah nenek dalam tahun 1920 an. Hmmm lamakan? Pesaknya agak lebar, mengikut fesyen masa tu.


Jahitan tulang belut dilehernya amat cermat dan halus.
Tapiii bahagian lehernya sangat kecik. Rasanya orang dulu2 berleher sangat jenjang tak macam orang sekarang akibat banyak makan KFC kot....

Leher sangat kecik.

Baju ni pulak dipakai masa nak gi kemajlis2. Mengikut2 kata2 aruah mak dulu baju ni dinamakan kain siang malam, sebab berkilat2. Kain ni dah ada kerosakan sikit kat benang yang macam dawai tu.


Songket kain sampin lelaki berwarna hijau zamrud.

Ni baju Melayu lelaki. Kain tenun, sangat lembut dan ringgan dan berkilat. Tak pasti dari jenis tenunan apa.


Ini pulak  kain tenun dan songket aruah nenek digunakan dalam tahun 1920 an.

 Poket dihadapan baju.Buju kurung poket depan ni masih digunakan semasa ditahun 70 an, kemudian diubah menjadi poket ditepi kat bahagian pesak. Tapi kini fesyen berubah langsung tiada poket. Tapi banyak kemudahan dengan adanya poket ni terutama nak letak saputangan atau duit syiling.Kalau dibuat sekarang pasti ia agak ganjil dilihat.

Semua koleksi pakaian2 ni disimpan dengan elok di kampung. Dan tak tahu sapa pulak yang berminat nak pakai baju tu bila ada majlis2 akan datang. Yang pastinya kalau sesiapa yang boleh masuk leher baju songket bunga tabur tu amat bertuah. Siapa la si leher jenjang kelak.........

24 comments:

  1. I'm very impressed.. dah berpuluh tahun baju-baju masih lagi cantik.. ini barulah namanya warisan terpelihara :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aloloo cebu lalat !!!! : TQ,I like!! aku offer ko utk cuba salah satu darinya kalau dah tiba masanya k.

      Delete
  2. betul tu warisan zaman berzaman... masih cantik dan elok lg... akak pakai la dan ambil gambar...boleh buat kenangan juga...

    ReplyDelete
  3. betol tu Hanis MY.. patot akak Haneem boleh bergaya dengan baju-baju ni dan jangan lupa rakam, untuk kenangan.. pastu boleh la diturunkan pada anak perempuan tunggalnya :-)

    ReplyDelete
  4. songket dulu-dulu kebanyakan bunganya tidak penuh kerana yang pakai songket penuh ni kebanyakan golongan babgsawan...diantara motof gunga songkaet dahulu seperti awan larat, pucuk rebung, lawi ayam,tampuk manggis dan air mulih

    ReplyDelete
  5. Kak Hanim.. like very2 much! jaga dan simpan semua warisan ni elok2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majlis kawin tahun 60an..sgt meriah dan mewah, setaraf majlis Yusri & Lisa Surihani gitu.. Kan lagi elok klu gambar kawin tuan punya blog ni dipaparkan skali kt sini.. SK

      Delete
  6. pengantin awal tahun 1990 - phewiitttttt!
    jom vote pulak untuk gambar songket yang diperagakan dek tuan punya blog!

    ReplyDelete
  7. kagumnya masih simpan elok dlm peti baju tu. memang menjadi warisan ni nanti.:D

    ReplyDelete
  8. Songkek, tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Masih cantik bajunya.

    ReplyDelete
  9. Hanis MY , Cebu lalat : Nak pakai dan ambik gambar ngn baju2 tu...hmm akak ni malu2 kucing utk tu.

    Anonymous : Insyallah pakaian tu akan dijaga sebaik mungkin. TQ

    Cebu lalat & SK : Gamba pengantin tuan punya blog ni x perlu la nak tunjuk, nanti korang ingat ' majlis kahwin Yusry ngn Erra Fazira pulakkkkk'...kih kih..

    Asmara @ i amsterdam : Tq singah kat sini , Insyallah akan menjaga sebaiknya agar jadi warisan keluarga kelak.

    ReplyDelete
  10. WAh! antiquenya. Saya memang peminat songket. Ramai anak murid saya mak2 or kakak2 dorang penjahit songket. Kalau beli di rumah dorang dapat murah sikit. Kalau dah sampai butik jadi ribu-ribuan gitu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ TK ; Saya berminat nak tengok cara menenun songket. Bole bagi address kat mana nak carik tempat mereka yang buat songket ni?

      Delete
    2. Kak, nanti saya mintak no phone anak murid saya tu dulu..Then saya contact akak.

      Delete
  11. cantik giler tgk songket merah tu kak...sgt unik dan klasik sgt...
    alangkah bestnya kalau saya dapat menyarungnya...

    ReplyDelete
  12. Tq wahida, No problem kalau nak mengayakan songket tu, termasuk yg lain2 tu.

    ReplyDelete
  13. wah kak
    kenangan dan khazanah lama nie
    masih simpan , leh pijinjamkan ke muzium nie kak ..
    cantik2 kan .. kalau pakai macam gadis desa gituu ;)

    ReplyDelete
  14. Salam kenal,

    Teruja melihat koleksi pakaian2 lama..ada yg hampir 100 tahun..tentu seronok bercerita pd anak cucu nanti..

    ReplyDelete
  15. Ieda : kalau muzium nak pinjam boleh je, sure dorang ada cara terbaik dari segi penjagaan.

    Salam kenal utk nohas : sekali sekala kalau semua berkumpul cucu2 aruah mak saya dah mula mengayakan koleksi peninggalanan nenak mereka ni.

    ReplyDelete
  16. salam puan,
    saya amat berminat utk menyewa pakaian songket milik keluarga puan utk majlis perkahwinan saya April 2013 nanti yg berkonsepkan tradisional dulu-dulu.Mohon hubungi saya utk perbincangan lanjut sekiranya pihak puan berminat utk menyewakan ya. depravo2000@yahoo.co.uk -nana.Terima kasih

    ReplyDelete
  17. Salam puan.T'makasih kerna berkongsi halama di atas.Baik untuk pengatahuan anak sekarang.Pasal kocek baju di depan tu...sekarang di singapura dah mula ada yg memakai baju kurung dengan kocek di depan...Dunia berputar...Fesyen yg dulu sudah menjadi fesyen yg baru pada anak2 sekarang....T'rimakasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.Salam .Terima kasih atas kunjungan ke blog ini.Ditahun 70 an saya masih lagi menggunakan kocek dihadapan ini, memang pelbagaian guna dengan kocek ni. Sungguh benar dunia fesyen sring bertukar jika dulu saya bila dilihat mereka pakai skirt labuh, rupenya fesyen terkini dinamakan skirt midi, tak nampak plak rasa ketinggalan zaman, begitu jugak dengan kaca mata hitam besar yang kembali semula kini.

      Delete
  18. Assalammualaikum kak. Classic nya kain songket tu semua. Boleh ke saya sewa untuk majlis perkahwinan saya kalau akak tak keberatan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat bukak tengok komen ni.Buat masa ni akak belum lagi buat songket ni untuk sewa .Tak tau lah akan datang macamana. Insyallah akan difikirkan untuk sewa tu akan datang

      Delete

Tulis la apa2 aje......