Monday, April 16, 2012

Merdeka !!!!!!!

Hujung minggu ni menuju ke Segamat Johor menjengok bapa di kampung.Sambil tu beberapa majlis kenduri kahwin sedara mara perlu dihadiri . Bila ada kat rumah kampung ni aktiviti berkemas tu memang wajib dibuat memandangkan penghuni tetapnya sorang je. Kali ni operasi megemas dan menyusun atur semula alat2 pinggan mangkuk tinggalan aruah mak. Almari yang sedia ada sangatlah uzurnya dan sangat2 patut diganti sebab hampir nak roboh. 
Keluarkan semua pinggan mangkuk, senduk, sudu dan segala bagi untuk dicuci sebab rasanya cik lipas cik tikus dah buat tempat main kejar2 dan nyorok celah2 pinggan tu.


Mencuci segalanya diadakan diluar ni sebab mudah dan luas. Tukang cuci ni dah sakit2 pinggan nak menghabiskan cucian ni. Tapi tugas tukang angkat lagi teruk sebab kena bangun dan duduk banyak kali. Kalau kenduri dulu sure keje basuh dengan bilas ni direbut sebab nak elak dari tugas angkat2 dan susun, bole jadik tegang urat dibuatnya. Tapi nasip baik sorang bibik mengetuai tugas2 ni ha. Kalau yang membantu tugas ni belot cik bibik kena teruskan sampai sudah ye..

Setelah bersih dan kering, acara menyusun atur menyeronokkan. Masa ni macam2 koleksi dijumpai.Salah satunya gelas2 comel ni. Ini hadiah semasa yang mak dan abah dapat masa majlis kahwin diorang dulu. Ni adalah tiap satu koleksi yang ada. Antaranya koleksi cawan dan piring jade. Ni dibeli dalam tahun 1970 an. Masih ada 3 dozen dalam keadaan baik.


Piring kuih. Kalau gi raya dulu2 orang pakai ni utk piring kuih . Koleksi ni ada dalam 1 dozen  dan dalam simpanan kami di KL.Ada pelbagai colour.

Gelas merdeka tahun 1957 ada dalam 8 biji, mungkin dulu ianya 1 dozen. Walau pun gelas ni tidak digunakan tapi ia telah berpuluh taun dalam almari.

Mangkuk nasi bunga kangkong warna hitam.

Pinggan hidang bunga apa ni tak dapat dipastikan.
Terdapat hampir 30 keping pinggan hidang perlbagai corak dalam simpanan. Aduh buat apa banyak2 ni sekarang kenduri kendara dah guna catering yang serba mudah. Tapi dulu masa kenduri simpanan2 ni memang digunakan sangat.

Rasanya ramai yang tak tahu tentang benda ni. Batang macam besi ni digunakan untuk menghancurkan susu tepung. Susu tepung lactogen dulu2 akan bagi set besi ni dan sebuah selinder kaca untuk proses menghancurkan ketulan2 susu tepung yang agak payah nak hancur bila dituang air. 

Balang kaca ni bukan la selinder asal yang digunakan tapi tugasnya camni la.Selinder asalnya mungkin dah pecah sebab tak dapat dikesan.Bila air dan susu dimasukkan besi tu akan ditekan atas dan bawah untuk hancurkan ketulan. Ukuran selinder tu lebih kurang size je dengan kesesuaian besi tu. Ini adalah yang digunakan oleh mak dulu untuk bancuh susu adik kedua aku. Tapi lepas hujung tahun 70 an benda ni tidak dikeluarkan lagi dan susu kini bertambah baik kerana tidak berketul2 macam dulu punya.

Setelah selesai tugas menyusun atur harap rumah baru untuk pinggan mangkuk ini akan dimanfaatkan untuk puluhan tahun lagi dan dapat menampung berat beratus2 keping pinggan2  kaca yang menjadik penghuni dalam nya.

3 comments:

  1. Kak, saya suka pinggan antik! !!! Kat rmh mak mentua ada sikit2 lg pinggan antik mcm tu
    Nostalgia betul bila tgok balik pinggan2 mcm tu
    Besi tu x pnah tgok kak!

    ReplyDelete
  2. TK, antara koleksi yg ada ialah piring kuih lama dulu tapi akak dah simpan kat rumah KL. Orang dulu2 beli banayk2 pinggan mangkok sebab takde servis catering cam sekarang, tu laa sampai nak roboh almari menampung kaca2 tu.

    ReplyDelete
  3. Pinggan hidang bunga api tu...dulu banyak kat rumah mak saya, gelas2 lama yang color coklat, hijau dan bagai2 lagi termasuk piring kuih, mangkuk lauk, telah saya sedekahkan disurau berhampiran rumah. Kerana orang sekarang buat kenduri guna servis catering. Nak simpan dirumah saya pun dah penuh dgn hadiah2 masa kawin dulu.

    ReplyDelete

Tulis la apa2 aje......