Thursday, May 17, 2012

Beijing pt 2

Wah bagai tak percaya pada 29 April 2012 telah menjejakkan kaki kat Great Wall ni, kalau masa sekolah dulu hanya baca cerita dalam buku sejarah je dan langsung tak berangan pon nak jejak ke sini. Paling benggang masa nak menghafal dinasti2 ngn nama maharaja tu.Tak lengkap kalau ke China tak singgah sini.
 
Dalam perjalanan  tour leader Andy bercerita tentang maharaja2 cina dan keistimewaan setiap dynasti dan dalam kepala ni pulak membayangkan situasi zaman tu.
Memang banyak cerita negara berusia 5,000 tahun ini.
Malaysia baru 500 tahun - dari zaman kerajaan Melayu Melaka pon dah banyak tak ingat cerita, ni kan 5,000.

Tembok Besar China..
The world's wonder.....
  Dinasti Qin/Chin zaman Shih Huang Ti (kini digelar Qin Shi Huang atau Shi Huang Di) dia ni yang buat  tujuh negeri disatukan dan dinamakan China. Emperor ini yg satukan Great Wall of China.

Dan dia juga menghidupkan hanya satu bahasa rasmi saja hingga hari ini, yg kita kini panggil Mandarin.
(Qin = kita pronounce Chin. Dalam Mandarin 'Q' tu kamu sebut 'Ch').
Selalu konfius ngn sebutan dan ejaan nih.

Dia adalah maharaja yang dengan hebatnya menakluk hampir keseluruhan negera China, yang semasa itu berpecah kepada beberapa dinasti maharaja yang lain..
Qin Shi huang (Shi Huang Ti) adalah sentiasa diingati sebagai maharaja yang telah membina Tembok Besar China dan mempunyai pahlawan-pahlawan tanah liat (terracotta warriors) dan kuda yang diukir dari tanah liat untuk membantunya memerintah selepas kematiannya (menurut kepercayaan mereka






  Great Wall telah dibina pada zaman Dinasti Qin hingga Dinasti Ming. Ia terbahagi kepada beberapa seksyen dan secara keseluruhannya, bahagian tembok yang paling mendapat perhatian ialah Badaling, diikuti Mutianyu, Jinshanling, Simatai, Juyongguan, Jiankou dan Huanghua.
Yang kami lawat ni adalah Juyongguan.Tiap satu semua miliki keistimewaan tersendiri. 
Bahagian tembok ni dah dijaga demi kepentingan perlancongan, kalau yang tak di benarkan melawat adalah yang sangat bahaya dari segi keselamatan dimana ada yang tidak punya tembok kiri dan kanan, hanya tangga je,,,jawapnya kalau sibok bergambar2 tu terus jer melunsur ke gaung.


Sempat posing kat entrance gate tiket ni sebab ada salah faham tentang kiraan tiket. Sebahagian dah lepas masuk, kami tersekat kat sini sementara tour leader menyelesaikan hal ni.....kalau sendiri nak selesai takan settle sampai esok pon sebab kekangan bahasa bak  itik ngn ayam.



Ni sampai second watch tower pon dah bernapas ikut mulut .......


Dinasti Qin amat dikenali untuk memulakan Tembok Besar China yang kemudian dilanjutkan oleh Dinasti Ming. Sumbangan-sumbangan utama Qin yang lain termasuk penyatuan kod undang-undang, bahasa tulisan dan mata wang China.



 8,851.8 KM adalah ukuran panjang great wall ni dah termasuk segala cabang2nya. ( ini dikatakan hasil kajian terbaru yang menggunakan teknologi termaju). Sebelum ini panjangnya dianggarkan kira-kira kira-kira 6,400 km. Dalam congakan kepala yang tak berapa teror mengira ni, kalau naik kete dari KL ke Kelantan lebih kurang 600 km dalam keadaan menyandar selesa dah kira pinggang ngn muntot dah kebas2, ni pulak ngn ukuran panjang great wall dengan naik tangga lagi tu. Rasanya 3 tahun baru abis daki kot.



Kat sini adalah antara yang dibuka untuk kunjungan pelancong dan sentiasa dibaik pulih antaranya hand railing besi ni untuk kemudahan  naik tangga tu, tangga2 adalah tidak sama ukuran ada antaranya satu anak tangga bagai ukuran 2 anak tangga utk dipijak. Mangga2 yang tergantung tu adalah antara kepercayaan diorang selalunya pasangan yang baru kahwin akan lock mangga tu dan buang kunci kat bawah agar takan dijumpai, maknanya kunci chenta laaa....tapi kalau dah frust ngn pasangan tu gi la carik kunci kalau jumpa bukak la dan kahwin le lain (agaknya....)

  Mongul Khan jajah dunia daripada hujung Mongolia sampai ke lautan Mediterrean tapi miss nak jajah China yang betul-betul di selatannya? Sebabnya satu - Qin Shi Huang..maharaja yang bijak.
Dengan tembok ini la prevent orang-orang Mongul daripada menjejak kaki even seinci pun ke tanah China.....tapi pengorbanan disebalik pembinaan ni sangatlah sadisnya. Buruh dikerah samada rela atau tidak , ia juga dinamakan sebagai kubur terpanjang dunia, banyak jiwa terkorban kat sini. Pembinaan 20 tahun lamanya.
Menung jugak bila memikirkan ribuan tahun dulu  tanpa alat2 moden bole diorang buat ni dari gunung kegunung.
Psst... kat dalam watch tower tu ada bau hancing jgak,,,,ni mesti kes dah tak menahan lepas naik tangga tu...

Ni kat dalam watch tower....sambil tahan bau hancing ni)

Takat ni jer la yang upayanya. nun jauh bawah tu tempat bas. Ni dari tingkap watch tower kedua.

Posing duduk sini sebenarnya sedang melepaskan kepenatan mendaki tangga tu.



Kiranya ni gerai barang lima hengget le.

Serasi sungguh singa ngn yang bergambar ni.


Rasanya dia ni suka kat sini sebab kecomelan singa dah macam kucing.Huh jangan plak ada perasaan nak cuba pelihara singa lepas ni.

Di kawasan tunggu bas beberapa gerai jualan cederahati. Kalau jual kat pasar malam tak pandang pon menda2 ni. kalau kat tempat orang rasa nak membeli segala menda.




Jika nak melawat Beijing perlu elak kan bulan Oktober kerana bulan ni rakyat China mendapat cuti public holiday 10 dan kebanyakan warga China dari berbagai pelusuk ni datang melancung. Adakala nya hampir 5 juta akan keluar dan akan memeriahkan trafic jam yang dah sedia ada. Pernah pengalaman seorang bloger yang sampai ke grreat wall pada 12.00 tgh malam dari perjalanan  pukul 11.00 pagi. Masa sepatutnya jika tiada halangan hanya 2 jam sahaja, so sesiapa nak datang melancung tu buat la perancangan teliti.

Sangat rugi jika sampai kat great wall ni malam hanya nampak lampu je, sebab view siang hari sangat cantik.





Sambung next N3

7 comments:

  1. Mcm tak habis je citer ni..bila nk smbong lagi? - komen dri Perth :-)

    ReplyDelete
  2. ish org perth ni cibuk je.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa ni? Org Perth tak cibuk la..sonok amat cuti2 kangaroo

      Delete
  3. Mana citer pompuan cantik Andy tu..

    ReplyDelete
  4. Wahai orang Perth - byk pt lagi ...Tunguuuuu..

    Cite pompuan cantik tu panjang nar biar la org yg mendengar tu simpan kt memory sendiri....(citer sebenarnya,masa Andy citer tuan punya blog tertido so hanya dengar pt sedih je) Tapi citer kt blog ni budak sekolah bole buat rujukan ye.

    ReplyDelete
  5. Yo la..tak sangka kak hanim rajin buat research ye..dpt jugak timba ilmu sejarah ni :-)

    ReplyDelete
  6. seronok jugak bace citer tentang cina.. dah lama tinggalkan zaman sekolah, zaman dipaksa belajar tentang sejarah.. la ni rasa seronok pulak bila mengimbau sejarah2 lama. terima kasih kak hanim kerana bukak blog ini :)

    ReplyDelete

Tulis la apa2 aje......