Tuesday, May 22, 2012

Beijing pt 3


Kibaran bendera Malaysia di tanah China. Hari ni melawat Forbidden city dan
Tiananmen Square yg  juga merupakan dataran ketiga yang terbesar di dunia dan pada tahun 1976 tempat ini menjadi tumpuan jutaan penduduk China yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Mao Zedong.

Dah jauh2 dari negara nih bangganya berjalan dibawah kibaran jalur gemilang.


Medan Tianamen punyai sejarah berdarah yang amat menyedihkan pada rakyat china. Pada tahun 1989, para Mahasiswa pro-demokrasi telah mengadakan satu demontrasi terhadap Kerajaan. Dikatakan lebih 3 ribu orang telah meninggal (malah ada yang mendakwa jumlah korban melebihi 7 ribu orang)apabila kerajaan China menggunakan tentera untuk menamatkan demontrasi tersebut. Ada antara mayat yang bergelimpangan digilis oleh kereta perisai yang digunakan dalam menyuraikan demo tu.  Masa kat sini terbayang jugak la suasana tu,,,seram . Kalau kat Malaysia hanya pancut2 air je, ada sesiapa berani nak piket2 kat sini??? Hargai lah apa yang kita kecapi sekarang.





Rasanya ada roh2 yang terkorban kat medan ni sedang memerhati kitorang. Hmmmm....


 Pintu gate forbidden city ni berhadapan dengan medan Tiananmen je. Ni ramai semua nak menuju pintu masuk utama tu. Sebarang baner dilarang kat sini. Kalau nak cuba bukak baner, alamatnya kejab lagi akan dikerumuni oleh polis diorang,,,jawap ler.


Ini pintu masa mula nak masuk ke Forbidden city. Tersangatlah ramainya pelancung masa ni, kebanyakan adalah rakyat China sendiri.Hanya kibaran jalur gemilang je untuk menentukan group tak berpecah, pelbagai bendera juga mewakili tiap group.


Menuju pintu gerbang utama


Disalah sebuah pintu gerbang nak masuk istana ni ada pintu yang ada 9 bonjolan . Kononnya, kalau kalau kita drag tangan kita dari kiri ke kanan mula dari bonjol pertama hingga ke-9, umur kita akan panjang. Kepercayaan diorang laa , tapi kalau nak rasa drag tu cer pikirkan berapa juta orang dah menyentuh tu, pikirkan dari segi  kebersihan....

Masuk dalam kawasan istana, ada banyak bangunan lain. Masa dulu-dulu, pelbagai  bangunan untuk pengawal istana, gundik semua la. Jalan macam jambatan pun ada banyak. Yang paling tengah ialah jalan maharaja. Orang lain tak boleh lalu situ.  untuk maharani, untuk gundik dan pengawal dan pegawai. Kalau silap jalan jambatan, kepala kena pancung.


Pic ni nak tunjuk dataran batu kat depan istana tu. Sila abaikan gambar 2 orang pelancung yg berpimpinan tu. Bukan tu fokusnya. Citernya dek dah ribuan taun batu2 jalan tu pon nak mcm nak tenggelam ke tanah.

Perjalanan kami yang pertama menuju ke Forbidden City atau pun Istana larangan. Istana ni sangat besar. Agak-agak dalam 72 hektar.  istana ni mengambil masa 16 tahun untuk siap bina. Sejuta pekerja diguna untuk  bina istana ni. Macam mana bangunan istana ni sangat kukuh walaupun dah hampir seribu tahun lebih dibina???

Sebabya ialah, maharaja China sangat kejam. Pada masa dulu, dia buat pertanyaan terbuka kepada arkitek dan engineer . Dia kata, siapa yang boleh buat istana dia dengan sangat kukuh?? Ramai la yang offer nak buat. glamour la kan kalau boleh amik projek tu. Tapi, maharaja sambung lagi, " beta nak istana beta tak akan runtuh walau apapun yang terjadi. Kalau runtuh, serta merta kepala dia juga akan terpisah dengan badan"
 

jadi, dalam ramai-ramai yang angkat tangan tadi, tinggallah seorang yang  sanggup ambil cabaran tu. Sebab tu la istana ni kukuh dan megah berdiri sampai sekarang. 

Bilik2 Gundik Maharaja
Maharaja akan disediakan gundik yang berlainan setiap hari....haaa ni part orang lelaki suke kan....Gundik nya aje berjumlah 3000 orang. Gadis2 terpilih akan disediakan samada rela or tak untuk disembah to maharaja. Ikut kiraan dengan jumlah seramai 3000 tu, pusingan kedua hanya sampai bila dah 10 taun untuk round kedua ngn gundik petama,,,ni kira penderaan jiwa untuk gundik2 tu. Nak tau apa rahsia kesihatan maharaja???? Rakyat dipaksa mencari ubat dan makanan kesihatan yang terbaik di daerah Tibet. Kalau tak dapat ...potong kepala....tu je ayat yg dia tau yeee.

Cantik periok niiii, Ada banyak periok ni sekitaran istana.



  Dahulu periuk belanga ni gunanya untuk menadah air sebagai persiapan jika berlaku kebakaran. Bila musim sejuk, air dalam periuk akan beku maka kayu api akan sentiasa di bakar untuk memanaskan air di dalamnya. Kiranyanya ni macam pili bomba ler.

Ni tak perasan tah pintu gerbang ke berapa agaknya...Ni dah macam tugu sebenarnya dah penat berjalan.

Pokok kat  istana ni dah berusaia ribuan taun, dah berkereput le keadaanya tu.


Sebelum meneroka istana ni tak terfikir tentang betapa luasnya dia. Pintu gerbang je 9. Bangunan 800 buah dan bilik berjumlah 9000 bilik keluasan dalam 72 hektar...haa bayangkan. Masa nak melintasi dari pintu utama ke pintu hujung je sudah 2 jam 45 minit , nasip baik masa ni cuaca sejuk2 sederhana, kalau kat Malaysia dengan kadar jalan cepat dan jauh sebegitu mau meleleh peluh sampai ke lutut dibuatnya.  tu belum lagi menjelajah seluruhan nya. Kalau nak puas masa seharian diperlukan untuk melihat sekitaran ni.

Door knob pintu sangat unit dan cantik.





Forbidden city ni menjadi kediaman bagi 24 Maharaja semasa dinasti Ming dan Qing (1368 - 1644) Memang sangat kagum tengok betapa gahnya istana ni. Terusan air ni dibuat sekitar istana bagi menghalang pencerobohan dari luar dari jika ada gundik yang nak belot. Terancang sungguh. Tak puas nak teroka keseluruhan istana ni, harap ada peluang untuk kesini lagi.

Hish dah penat citer ni...Sambung nest N3.

6 comments:

  1. Jom kak neem kita g lagi..tak puas la jln ari tu..

    ReplyDelete
  2. 'penderaan jiwa untuk gundik' - i like!

    ReplyDelete
  3. jawa kecik ; kalau kita gi, seharian kena keliling istana ni je.kena gi tempat ubat sengseh jugak utk beli stok makjun PG....

    Anonymous ; gundik kena ambik ilmu maharaja bab potong2 apa yg patut.

    ReplyDelete
  4. teringin jugak nak pergi, haritu husband baru je pegi shanghai. tp yg menarik jln2 beijing kan!

    ReplyDelete
  5. bestnya baca cerita kak hanim nih.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alia ; kalau gi masa gi sana kagum bila tengok warsan lama diorang sangat terjaga hingga kini

      Delete

Tulis la apa2 aje......