Thursday, May 10, 2012

Beijing pt 1



 
''ALHAMDULILLAH'' adalah pembuka kata untuk kali ini. Sangat bersyukur sebab segala yang merimaskan settle. Bila gi melancung ni seolah segala problem dan kerenah peserta automatic terdelete dengan sendirinya. Tutup buku semua tu.
Hmmm penerbangan dengan penerbangan MAS pesawat MH392 selamat mendarat pada pukul 3.25 petang. Tiada beza waktu antara Malaysia dan Beijing. Trip selama 5 hari ni akan dimanfaatkan oleh kami seramai 42 orang yg terdiri dari staf ofis dengan anggota keluarga. En. D dan kak Ann antaranya.


Ambik kesempatan gambar kat sini semasa beberapa orang peserta lawatan ni yang menyegarkan diri di wash room akibat  tewas ngn mabok udara sebab cuaca buruk masa dalam perjalanan tadi. Dah rasa bagaikan naik roller coaster pulak.



Masih di sekitaran airport,terus meluru kat replika askar ''Teracotta Amy ''ni teruja sangat nak tgk patung2 ni tapi tour ini tak meliputi daerah Xi'an dimana terdapatnya khazanah Terracotta Warriors and Horse di Museum sejauh 50km dari bandar Xi’an. Tapak asal muzium ini ditemui oleh seorang petani pada tahun 1974 ketika ingin membuat perigi. Menurut cerita maharaja Qin telah mengarahkan rakyat membina ribuan patung askar batu ni untuk alam lepas matinya, tiap satu patung memiliki rupa yang berlainan. Hingga kini kubur maharaja ni tak ditemui dimana persedian untuk ini semua dirancang dengan teliti .Beberapa orang gundiknya juga ditanam hidup2 masa pengebumiannya agar terus menemani di alam mati. Eee x bole bayangkan camne situasi gundik tu masa tu.


Sepanjang jalan trrafic jem,,,hmm cam KL jugak.


Semasa mula menjejaki kota ni pelik gak tengok banyak benda2 putih cam bunga lalang banyak berterbangan rupenya itu debunga,dek sekarang ni musim bunga, suasana sekitaran penuh menda ni harap ia tak tersedut masuk hidung maka ada pulak yg balik malaysia hidung keluar bunga2 aneka warna. Mengikut penerangan tour leader ini bole mendatangkan alahan jugak pada pengidap asthma jika alah.


Entrance di Puppet castle untuk  tengok acrobatic show.

Kagum dengan show ni. Lembutnya tulang2 yang buat show ni. Diorang dah dilatih semenjak dari kecil lagi. Persembahan kali ini telah dinaik taraf dengan adanya elemen2 kung fu dan sebagainya.

Bas sangat panjang bole sambung agar lebih muatan. Dah mcm keretapi pulak.



Orang cina sangat obses dgn feng shui. Kedudukan bangunan diorang pasti utamakan feng shui. Bukan itu je di salah sebuah kedai barang2 kemas yang dimiliki oleh tauke Cina warga Malaysia kami tidak dibenarkan mengambil gambar dia kerana ramalan feng shuinya utk tahun ni mengatakan jika ambik gambar jugak segala untungnya akan disedut. So kena delete la gambar dia demi menghormati kehendaknya , tak caya pon, yang yang amat aku percaya dia lah yang dah menyedut feng shui duit kami masuk dalam peti besi dia. Nak katakan semua membeli barang kemas kat kedai ni. Tapi kami diberi tiap sorang dengan sebiji pendant jade katanya ni hanya untuk orang Malaysia je. Siap demo rambut jika dibelit dengan jade takan terbakar. Memang benar la dah buat experiment tu ngn rambut salah sorang dari group kami ni. Jade asli mengandungi bahan mineral yang tinggi dan menyejokkan.




Ni antara makanan kami. Telur dadar pasti ada tiap kali hidangan diberi. Makan jer jangan nak ingat2 kari ke masak lemak ke sambal belacan kt Malaysia. Sambil makan ni memang sangat2 membayangkan kalau la ada sambal belacannnn.......

Singgah tempat jade ni merupakan salah sebuah tempat government diorang tetapkan wajib pegi dengan kata2 semua diasini adalah jade asli jika yang dijual kat pasar2 tu tak terjamin keaslian. Tak beli pon kat sini sebab tak begitu meminati jade tapi seronok jugak tengok telatah pembeli. Jade yang dibeli disini akan diberi birth certificate untuk jaminan.

Andy tour leader kami beri penerangan tentang jade. Warna jade bole berubah, elok beli yang plain pastu bole tengok dia berubah dari masa kesemasa. Pelbagai bunyi jugak dihasil oleh batu jade bila diketuk.

Sibok2 jugak laa try macam2.

Mula tengok ingatkan place mate rupernya ni untuk alas kat bantal atau duduk. Huh bayangkan batu alas kat kepala .....tapi kalau dah ngantuk jalan jugak la.Katanya berbagai khasiat kalau tido ngn ni.
Jade dikatakan dapat membantu seseorang untuk menjadi relax dan bijaksana. Disebut sebagai batu yang mempunyai keseimbangan yang sangat baik, ia dapat menolong seseorang untuk menenangkan fikiran dan tindakan serta mengatasi kekurang idea dalam berpikir....(bagus nih tapi kepala ni asik mikir nak berjalannnn jer) Jade adalah perumpamaan dari perasaan cinta yang amat dihargai sebagai batu yang sangat unik.
Dipercayai mempunyai beberapa khasiat yang sangat berguna untuk tubuh manusia. Menurut lagenda seorang penjelajah Spanyol ke Amerika Tengah menggunakan telah menggunakan khasiat dari Jade untuk mencegah serta menyembuhkan sakit tulang pinggulnya serta ginjal.
Antara kegunaan lain untuk kesihatan ialah meningkatkan penyembuhan pada organ-organ vital. Jade Hijau dapat mengurangkan gangguan sistem pencernaan, membantu fungsi hati dan mengurangkan kerosakan pada mata. Jade Merah pula dapat membantu wanita menghindari penyakit seperti kecacatan pada organ kandungan.
Suke sangat tengok ni, sejuk mata memandang.

Oooo sebab tu kobis ni kita panggil kobis cina. Jade diukir jadi kobis.

Segala hiasan kedai jade ni dari batu jade , dalam sibok2 yang lain dengan acara tawar menawar kat meja display, round sekitar tempat yang besar ni berbagai hiasan batu2. Rasa nak petik je buah2 tu.

Kak Ann dengan ukiran unik.

 Takut jugak tersentuh kapal ni, lerai pulak satu persatu.Tak pasal2 dua beranak kena susun ni sekeping2.

Haiii

Do not touch. tapiii....

kat luar ada jual keledek bekar. Laa sedap yaamat !!!Yg atas basikal tu pembantu jualan (org malaysia)

Dibakar dalam ketuhar gini.


Yg berkopiah tu penjual keledek super sedap nih.


Amoi ni pon kemain lagi makan keledek yg berasap2 ni. Mungkin faktor sejok pon nyumbang kesedapan keledek ni.


Situasi kat atas ni bukan acara telek nasip ngn ahli nujum. Di Cristal house ni menjual batu kristal. Ikut kepercayaan cina sesiap yang usap kristal ball ni akan bernasip baik....lagiii kepercayaan diorang.Walau pun yang pegang ni tak taksup sangat ngn kepercayaan tu tapi semua keinginan nak usap tu takat nak bergambar je kan.






Hokeyyy kat sini aku suke !!! ada beberapa hasil tangkapan dibuat. Pelbagai batu cristal yang dengan ikatan white gold berharga sangat murah.
Baru perasan aku ni peminat batu amethyst sebab tiap kali pasti jatuh cinta ngn batuan berwarna deep purple nih.

Sambung next N3.




4 comments:

  1. Amboi..jauhnya akak berjalan..
    Betul tu g travel boleh release stress tau..
    Nampak sedap sungguh keledek tu!
    Cuaca sejuk sedap keledek panas2..sebab tu kat pantai timur ni pun ubi dan keledek banyak dijual di musim tengkujuh yg cuacanya sejuk.

    ReplyDelete
  2. TK, kalau dah jalan2 kat rantau orang segala yang pelik tu boleh diterima pulak. Cuaca memang memberi peranan dalam pemakanan kan.

    ReplyDelete
  3. Andy juga merupakan tour guide semasa JM ke Beijing pada tahun 2010...ehehe..baju yg di pakai jugak sama cuma gaya rambut je lain..ehehe

    ReplyDelete
  4. wahhh bestnye.... saya pun peminat batu amethyst...sangat cantik..!!!

    ReplyDelete

Tulis la apa2 aje......