Wednesday, July 11, 2012

Menakutkannnn....

Benda yang menakutkan, menyeramkan. Kalau setakat hantu memang aku tak takut sebabnya, takde kes dalam surat khabar orang mati kena gigit hantu atau dicekik hantu. Ni yang menyeramkan ialah takut dengan anjing.
Binatang ni memang comel bila baru lahir kedunia ni tapi kecomelan tu beransur hilang bila makin membesar dan menjadi menakutkan bagi aku.
Sangat seriau dengan spesis dia ni. Pernah tertinggal bas sekolah dek takutkan nak lalu dekat jalan yang ada anjing baru beranak.
Hee kalau dia dalam pantang memang sifat dia sangat agresif. (maklum le naluri ibu nak lindung anak) Aruah nenek akan menjadi peneman sampai tiba ke tempat perhentian bas sekolah dulu. Dengan sebatang kayu dan segala tips diberi katanya kalau ada anjing yang macam nak kejar kita buat2  kutip batu dan acah nak lontar kat anjing tu. Masalahnya daripada aku bazir kan masa dengan terbongkok2 kutip batu tu lebih baik aku buat acara lari pecut 100 meter selamatkan diri.

Peristiwa dikejar anjing ni dah beberapa kali jugak terjadik pada aku, tahun lepas dengan membonceng motosikal untuk ketempat kerja. Melalui deretan kedai kebetulan sekor anjing berwajah bengis dan dari gayanya sah baru lepas beranak, satu hal anjing ni bila kita pandang dia terus je naik angin terus kejar.Spontan jeritan aku dah paling high pitch rasanya kalah Ziana Zain ngn Ramlah Ram masa tu. Masa tu rasa bila2 masa jer gigi tajam anjing tu akan mencengkam, tah bahgian mana lah yg singgah nya. Masa ni rasa nak berdiri ala2 stunt atas seat motor tu. Dah la jalan tengah sesak ngn kereta segala bagai, tak sanggup nak tengok anjing ni kat belakang dah.

Jiran depan rumah ada bela sekor anjing yang hanya berada dalam pagar rumah je.  Sesekali lepas sekejab keluar tapi mungkin sebab dah biasa dengan kami dan sebati bau yang dikenalinya dia langsung tak menyalak, tak seperti kalau orang yang tak dikenalinya. Brownie seperti yang dipanggil oleh tuannya. dulu tak tau nama kitorang panggil dia John, padan la bila panggil John dia buat muka blur je.
Pagi ni Brownie dah mula buat nakal, bole ke dia kejar aku bila dah bonceng motor, dengan lidah yang terjelir dan muka cam cam strest. apa lagi jeritan paling nyaring dah berkumandang dipagi hening. Mengikut En. D dia hanya nak gurau tu. Nak gurauuuuu....hish tak ku percaya la kalau dah namanya hanjinggg.
Bila dipikir2 balik , rasanya Brownie nak balas dendam sebab ada kala bila dia lalu depan rumah aku sembur dia ngn air masa nak siram bunga. Saja suke suke, sembur je....Haaa ni dia dah balas dendam pulak.....Anjing ni sangat menakutkan, lebih2 lagi bila dah baca berita anjing bole menyerang tanpa diduga dan ramai yang dah jadi mangsa anjing.



1 comment:

  1. takut kat anjing jugak! kalau dia ada mmg laju2 je jalan, sanggup pusing ikut jln jauh. hikhik..

    ReplyDelete

Tulis la apa2 aje......