Thursday, November 29, 2012

Goreng pisang tandok


Pisang tandok ni memang sedap untuk dibuat apa saje terutama digoreng atau pun pengat. Sekarang ni hujan hampir setiap petang sebab dah dimusim tengkujuh.Makan goreng pisang panas memang menyelerakan, tu nasip baik le Malaysia tak de salji, kalau tak lagi laa sedap segala apa yang makanan  panas dalam suasana saljikan. Nak sebut goreng pisang atau pisang goreng? Apa je laa janji tau apa yang dimaksudkan ye. Kalau dikampung abah memang ada tanam pisang ni, tapi bila bawak balik setandan, bayangkan camna nak menghabiskan, dah tu masak tu sekali gus pulak.Selalunya akan diagih pada jiran dan selebihnya rakan2 pejabat. Tiap sorang dapat la dua atau tiga tandok, untuk sekali goreng memang mencukupi sebab besar dan dapat berpuluh hirisan.

Dapat pisang ni semasa lalu di pasar tani. Beli 2 biji yang berharga RM4.00 maknanya sekilo beratnya.

 Petua nak dapat tepong yang ranggup menyaluti pisang ni ialah dengan memasukkan sesudu margerin ketepong gandum tu. Campurkan air secukupnya hingga menjadi beter yang tidak terlalu cair atau kental.Jangan lupa secubit garam.


 Mengoreng dengan menggunakan kuali besi pasti akan mendapat gorengan cantik dan serata.


Dannnn ni lah hasilnya......

Sangat sedap dimakan semasa minum petang .Ranggup dan manis bersari pulak pisang ni.

9 comments:

  1. Kak..saya suka pisang tanduk...my peberet..saya suka pisang tanduk goreng yg pisangnya betul2 masak..manisnya..lama betul saya dah x mkn.

    ReplyDelete
  2. Ya TK ,Pisang tandok memang antara pisang yg sangat sedap utk dibuat apa saja, walaupon dibuat kerepek.

    ReplyDelete
  3. sedapnya! rindunya kat malaysia bla tengok pisang goreng ni! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap sedikit sebanyak yg ada di blog saya dapat ubat rindu kat tanah air.

      Delete
  4. Wahh awat kita tak tau ada pisang tanduk yang diagihkan pada rakan pejabat ni? Atau kita tak masok dalam list tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik anon : tiada senarai tertentu masa diagihkan , cuma siapa je yang datang waktu ada pisang ni rezeki orang tu la.So selalu2 le dtang jenguk k.

      Delete
  5. next agihan jgn lupakan cik anon tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betol tu.. next agihan untuk cik anon ni ha..

      -mentari korea-

      Delete
  6. Kak hanim, boleh je kalau nak mkn pisang grg dlm suasana salji. Jom g i-city.

    ReplyDelete

Tulis la apa2 aje......