Friday, December 21, 2012

Nasi Arab

Saya adalah peminat tegar nasi minyak. Insiden pada satu malam minggu dengan tujuan keluar2 cari makan ringan disebab rasa agak kekenyangan bertukar arah bila nampak restoran ni.

Nasi Arab. Berasnya panjang2 dan kurus. Dengan pilihan lauk ayam dan kambing disertakan juga hirisan cili hijau yang rangup. Sangat sedap dimakan kering sebegini. Walau tujuan tadi nak cari yang ringgan je tapi tetiba sebegini bila membayangkan nasi minyak. Nasi sangat sedap walau pon tak dapat nak menghabiskan. Portion ni sebenarnya untuk 2-3 orang. Tapi kami berlima pon tak dapat nak abiskan.


  Roti tempayan dan hirisan daging kambing.

Banana shake...hmmmm kurang sket sebab ada rasa macam kelat2 mesti pisang tak cukup masak ni. Ni mesti supervisor tak turun dapur ni. Sebaik je air ni disedut dek jururasa tu dah terkulat2 dengan ulasan air ni rasa pisang tanduk yang lom masak.

 Ni antara set disamping nasi tu. Sambal rasa mint tu ok nak stabil kan rasa daging kambing tu tapi air kuning ni.....dimana pernah rasa ya...Ohh semasa dalam pantang dulu. Air kunyit.Pasti ada khasiat nya tu.

Restoran ni ada kat seksyen 17 Shah Alam.

Kat Arab sana makan sambil berbuai ke? Sebenar ada dua pilihan untuk tempat duduk ni. samada dengan berkerusi meja atau dengan buaiyan yang ni kat bahagian luar restoran.  Kebiasaan orang Arab akan baring utk lelap sekajab sebaik sahaja selesai hidangan makan tengahari. Dengan duduk kat buai ni setelah kenyang memang mata rasa ala2 kuyu dah. Tapiii harus ingat jangan sesekali berbuai bila salah seorang sedang menyudu ke mulut , jawapnya kelain le pulak pegi nya sudu tu.

Dalam perut dah bercampur baur dengan segala nasi, ayam dan kambing, singah kesini untuk meneutralkan tekak ni.....Nyamannnn

3 comments:

  1. Salah seksyen ler, d'arab ni kt seksyen 7, kt 17 cuma ada psr tani & psr mlm jer..bila nk blanje kitaorg :-)

    ReplyDelete
  2. Alamak silap le, semua yg bermula ngn 7 ada sumber2 makanan best, ok akan belanja u ols nasi jawa kt seks 70 nanti.

    ReplyDelete
  3. mana dtgnya seksyen 70..kt bulan? kt bintang?..ni nk kena blanje 70x ni

    ReplyDelete

Tulis la apa2 aje......