Sempena cuti panjang tahun baru cina ramai yang bercuti berjalan2 dan ramai juga buat majlis kenduri kahwin, senang sebab cuti agak panjang. Turun ke Melaka meraikan majlis kahwin anak buah dari sebelah Encik D. Selamat pengantin baru muga bahagia dan kekal hingga akhir hayat khas buat along.Apa jua dugaan yang telah dilalui dan akan ditempuhi semoga menjadikan kita kuat dan tabah dan menjaga ikatan perkahwinan ni sebaik mungkin .
Ketibaan pengantin
Dah selamat menjadi suami isteri.
Gambar2 pengantin ni diambil dari satu sudut je sebab malas nak bangun2, sebab tu pengantin asyik pandang ke oficial camera je.
Jadi pengantin ni kena ikut je apa arahan dari cameraman. Layan....
Suasana menepek inai dimalam hari
Bunga pahar sekarang sentiasa mengikut aliran fesyen macam orang juga. Berbagai bole dipelbagaikan.Dari telur ayam dah ke telur itik.Dari pahar bercucuk ke pahar bergantung. Apa pun tetap dipanggil bunga pahar.
Katil pengantin ni selalu jadik tempat letak barang hantaran.Snap pic ni siap2 sebab kalau pada hari majlis esok sure susah nak ambik sebab mak andam or pak andam sibuk dengan urusan merias pengantin.
Hiasan meja pengantin pun turut ikut arus trend , bunga lawang dan kayu manis dah tak duduk dalam periok kari. Dah dok melaram kat main table.Kalau rasa2 nak masak kari malas nak kekedai beli rempah ratus ni, cekut je sikit kat atas meja nih.
Sebelum tetamu jemputan datang duduk jab kat kerusi pengantin ni. Kiranya pengantin baru ambik berkat pengantin lama ni dulu yee. Ibu dan bapa pengantin yang berdiri tu .Adik ipar (ibu pengantin perempuan) yang baju biru bercorak tu.
Tuan punya blog wajib kena dalam n3 ni kan. Kebetulan warna baju ngam dengan tema majlis ni.
Tuan punya blog wajib kena dalam n3 ni kan. Kebetulan warna baju ngam dengan tema majlis ni.
Sesi bergambar dengan anak buah ni diambil semasa upacara merenjis mawar. Biar la diorang ambik turn merenjis air mawar, aku dok santai buat acara sendiri. Sebenarnya aku ni amat mengelak kalau di suruh untuk upacara renjis2 tu.Malu dan pastu tak tau ingat step nak ambik benda apa nak direnjis ke tepek ke pastu malu nak tertonggeng2 kat petrakna tu hah. Rasanya hanya sekali pernah buat atas keterpaksaan semasa majlis adik pengantin perempuan ni 2 tahun yang lepas. Tu pun sebab diseret oleh tah sape.
Pengantin tukar2 baju dalam 5 lai persalinan. Hasil make up pak andam sekarang sangat mengagumkan, memang anugerah untuk kaum diorang ni kalau tang bidang touch up muka ni.
Ni pulak cendol khas untuk semua tetamu, Sampai sekarang teringat kat cendol ni, sangat sedap lemak manis dan isi cendul home made yang kenyal dan semerbak harum pandan.
Badget cendol ni ialah dalam 800 mangkok menurut kata tokey cendol ni , tapi rasanya bole jadik lebih dari tu. Rasanya aku je mengulang minum ni dah 5 mangkok menjelangkan nak abis majlis ni. Sangat sedap dok minum ni dalam cuaca suam2 ni.
Suasana tetamu mula datang.
Kalau tengok dua orang ni mesti dapat agak apakah pertaliannya kan. Adik beradik ler ni.Dua orang ni jugak merangkap sebagai bapa saudara pengantin perempuan.
Buah tangan untuk semua tetamu. Dalam ni kuih baulu.
Kalau tengok dua orang ni mesti dapat agak apakah pertaliannya kan. Adik beradik ler ni.Dua orang ni jugak merangkap sebagai bapa saudara pengantin perempuan.
Buah tangan untuk semua tetamu. Dalam ni kuih baulu.
Pengantin dengan cake kahwin. Cake ni turut kena ikut tema juga.
Selesai sudah majlis ni untuk along. Moga bahagia dan dirahmati Allah untuk kamu berdua.
Selit sikit citer ni, seminggu sebelum majlis kahwin tu adalah cuti yang agak panjang dari jumaat hingga Ahad kerana sambutan hari Wilayah. Ok bagi orang wilayah persekutuan je lah yang dapat cuti ni. Bila dah 3 hari ni kiranya dah mula kaki ni gatal yang berjalan. Menuju arah ke Kuala Selangor tanpa tujuan tertentu.
Dannnn akhirnya sampai ke Teluk Intan. Lepak jab kat tepi sungai ni.
Senget kan.
Dannnn akhirnya sampai ke Teluk Intan. Lepak jab kat tepi sungai ni.
Senget kan.
Baca la sendiri asal usul menara ni.Mana tau ada soalan am keluar kat mana2 kuiz nanti.
DAlam perjalanan tadi terjumpa gerai ni. Walau dah terlepas siap pusing lagi just nak try jugak. Ohh siap ada tanda JJCM dah sampai tu. Beli 2 biji.
Singgah jab kat rumah yang buat perusahaan kerepek kat Tanjung Karang.Murah kalau beli pack besar2 ni kalau dibanding dengan yang dah direpack balik.
Dah lama nak mencuba spesis binatang laut ni, kali ni dapat sebab bila dah malam hanya gerai ni yang ada tu pun dah siap2 nak tutup. Ni dipanggil Mentarang. Tokey ni sugest yang dibakar punya kalau nak rasa the original taste
Ni yang belum dibakar.Seakan kerang tapi ia besar dan panjang. Nak dapat yang elok jangan pilih yang besar sangat sebab isinya agak kecut, pilih yang sederhana sebab tu yang dah matang dan isi padat.
Pelbagai bole dibuat.
Ni isinya bila dah dibakar.Makan dengan bercicah kuah asam or sos. Dan rasanya sangat sedap dan manis, lebih sedap dari kerang atau kepah.
Sebelum balik semula ke KL singgah kat Pantai Remis untuk dinner. Agak lama tak kesini (Aroma Sea food) dah ada pembaharuan ada tambahan bangunan berdiding rotan. Cantik. Walau pun sangat ramai pelanggan tapi staf diorang efficient, tak sampai 3 minit dah ambik order. Sampai KL pukul 1 pagi. Warga Wilayah yang meraikan hari wilayah di Selangor.Sekian.
Rotiiiii...tq apit yang meraikan gaji pertama dengan membelanja seisi rumah makan roti Jusco.Moga diberkati. Amin...
thanks for sharing this lovely post kak haneem, dah lama tak tengok wedding melayu. teluk intan brings back memories too, arwah ayah grew up there before moving to ipoh.
ReplyDeleteRosa, walau pun wedding melayu dah banyak berubah dengan gaya moden tapi adat istiadat masih terjaga,tq sudi singgah moga ia
Deletedpt kembalikan nostalgia lama ye.Suasana sekitaran Teluk Intan sangat pesat dan cantik skrg.
Mentarang mmg sedap.. PG jom esok carik mentarang
ReplyDeleteKat Pantai Remis tak de mentarang kan ? Beli lebih2 bila balik kampung Tanjung Karang tu.
DeleteFirt time dgr mentarang ni dan x pernah mkn. Sedap eh klau ada peluang leh cuba :-)
ReplyDeletecik jarimanis ; harus cuba ni, sangat sedap. gerai jual mentarang ni banyak kat kawasan selepas k. selangor bole makan masa tu sebab diorang dah buat bakar siap masa tu.Dulu akak x cuba sebab kena bawak balik dan masak sendiri.
DeleteCkp dgn apit lepas ni blanje mak mouse utk laptop..sian mak terkial2 guna laptop tanpa mouse - akak PG
ReplyDeletemouse dia simpan dlm almari, mak x jumpa. fomula dah ingat daa. c = copy . v = paste. (bukan = p)...hehehe
DeleteThanx maklong,.smua pic cntik2..sape pngantin tu?cm knl je..hihi jd famous jp..ape2pn so sweet..i likes..for apit nti lehla blnje along mkn lak..hihi mentarang tu nti nk ajak pklong blnje lak pasni..hihi lehkn pklong??
ReplyDeleteMasa sgt cepat berlalukan, mula jumpa pegantin pompuan lebih krg 20 taun silam ia masih budak nomot dn comel dan peminat lipstick makeup dlm bag maklong, skrg da jadik isteri orang. Dtg je KL anytime paklong bawak cari mentarang tu
DeleteCantik along, congratulations, weii nak menepung tawar mmg no2 sbb spongebob terserlah, apittt belanja roti jee mai sini belanja chilis
ReplyDeleteCantik along, congratulations, weii nak menepung tawar mmg no2 sbb spongebob terserlah, apittt belanja roti jee mai sini belanja chilis
ReplyDeletetak mampu weiii ,sekali chilis bersamaan seminggu gaji apit
Deletewak pon dh penah sampey teluk intan jugakk.,ahHHKs
ReplyDeleteOk Wak,,teruskan jalan lagi
DeleteCantik warna tema biru ni...
ReplyDeleteSalam kenal dan saya follow blog awak juga...
TQ rozita,salam kenal dari saya jugak
Deletetermengah2 saya membacanya macam lari marathon maaalum eh tadi kat melaka awat der kat perakni.. ooo cutipanjang macam2 ceritakan...
ReplyDeletetahunni mmg nak ambil gambar kat pis malaysistu..
cho zila, dek cuti panjang x sempat nak cite yg perak dulu majlis melaka kiranya yg latest la.tq singgah
DeleteNak tanya... cendol tu sedap ke? Area melaka ke? Ada tak contact no org wat cendol tu? Leh email kat sy if ada simpan contact no.. ingat nk sponsor utk majlis kawin ank sedara kat melaka area - ctdanwisy77@gmail.com
ReplyDelete