Friday, March 15, 2013

korea PT 1

ANYEONG HASEYO (ucap selamat in Korean).......Jejak ke bumi Korea pada subuh pagi 1 Mac 2013.Perancangan bersama teman2 sepejabat yang dibuat sebaik sahaja selesai bercuti dari  Beijing tahun lepas. Macam biasa sukar nak lelap sepanjang perjalanan dalam flight dan hanya lihat kiri kanan tengok semua lelap dan lentok dan ada yang berdengkor tidur,,hish senangnya kalau macam diorang aku ni kalau nak tidur hanya bole lelap bila baring saja. Semasa memilih korea ni untuk sebagai destinasi untuk jalan2,langsung tak buat reserch apa yang ada apa yang istimewanya Korea ni, nak katakan die hard ngn Korean drama pun tak jugak la, tapi masa musim korean fever drama 'winter sonata' terjebak la jugak.Hinggalah disaat nak berangkat masa tour agen beritahu persiapan yang patut dibuat kerana cuaca ketika kami kesana masih sejuk, baru masing2 teruja dan kelam kabut dengan pakaian yg patut diguna nanti. Masa tu adalah musim peralihan untuk spring.Tapi walau musim salji dah berlalu saki bakinya masih ada.

Pada mulanya tak nak pakai jeket masa nak keluar Inchon Airport kononnya nak rasa camana yang dikatakan sejuk tu, tapi agent tour Korea kami ni menasihatikan pakai jugak katanya cuaca diluar amat sejuk katanya. Tapi sebaik saja keluar dari pintu airport, angin amat kuat dan teramat sejuk. Dengan cuaca -1 dan ditambah angin sejuk tu,..tanpa glove tangan dah mula kebas dalam masa tak sampai 3 minit....hambik kau...
Masa ni teringat N3 Rosa blogger greetingsfromengland.wordpress. bertajuk Frozen world....aduh dapat rasa apa yg dikatakan sejuk walau pun ni tak takat frozen tapi sangat membataskan pergerakan.

Acara lawatan diteruskan pagi tu jugak tanpa check in hotel. Ni seramai 30 orang kami dengan tak mandinya hanya jeket luar saja tanpa inner heat tech tanpa penebat sejuk bagai sangat tak selesa.Ni tempat pertama kami lawat Presidential Blue House.Rasanya semua yang dalam gambar ni berdiri sambil terketar2. Memang tak banyak gamba diambil sebab semua tak nak tanggalkan glove tangan, dengan glove tangan ni susah lah sangat nak tekan button camera dan beberapa kali jugak dah camera hampir nak terlepas tangan.
 
Walaupun matahari memancar tapi rasanya langsung tak rasa ia membantu nak memanaskan kami ni. Ini semasa melawat sekitar Kyongbok Palace, sangat luas dan hanya sebahagian je yang diterokai.
Walau sejuk acara bergamba ...wajib (paksa sesiapa agar gagahkan diri bukak glove nak ambik gamba) siapa lah yg malang tu
Hadapan National Folk Museum
Hidung dah mula pedih bila banyak bersiar kat luar dengan angin sejuk ni...haaa ada dah tutup idung, yg tak tu tabahkan diri aje laa.

Disalah sebuah jalan kat Iteawon, selepas lunch, senyum sejuk ni...
 Menyusuri Cheoggyecheon stream anak sungai yang mengalir ditengah kota Seoul. Sangat bersih dan dikatakan amat cantik jika datang waktu malam sebab dipelbagaikan sungai ni dengan lighting yang pelbagai warna.
 Cameraman ni sangat bertabah diri buka glove utk dapat aksi kami yang berbagai2 ni hah...thanks arnuar banyak dapat gamba hasil dari camera dia ni.

Makan tengahari makanan Pakistan di salah satu restoran kat Iteawon.Kenapa suka bergamba dan dok lama sikit kat patung ni,,,,haa sebab ada heater kat belakang patung ni..
Sangat menyelerakan masa makan ni,rasa mcm kat Malaysia je. Cuaca sejuk makanan panasss....heaven...Banyak restoran halal sekitar Iteawon termasuk gerai2 kebab merata2.

Selesai tour day 1 ni check in di Mannu Hotel.
Day 2.Suasana ni dalam bilik jiran sebelah ,,,,,Bersiap pakaian yang lengkap untuk berperang dengan cuaca dingin kat luar....dek ketebalan baju  dah kena orang lain pakaikan stokin...

Hari ni ke Everland Theme Park, semua dah santai dan selesa pakaian dalaman masing2 , pengajaran dari hari semalam.

Naik ni untuk turun kebahagian bawah theme park ni.
Cuba jugak snap pic masa ride ni walau cik nor dah remind suh dok dendiam jangan gerak banyak2 sebab gerun ngn ketinggian dan halangan yg tak berapa nak halang kalau apa2 yg jatuh....hehehe

Masa ni terfikir jaring ni bole tampung ke kalau orang yang jatuh atau barang kecil jatuh.
Sekitar theme park lagi.







Mamat korea macho baju merah tu dan yg wanita bersun glass tu tour leader korea kami disni.Gin and Gina
Comel, semua stroller kena tutup agar tak sejuk.
Lunch disalah sebuat Thai restoran...tom yam terbaik, licin semangkok kena hirup. Terkenang dengan cerek kat atas meja ni, cantik sangat ada pelbagai warna(biru ngn merah cun sangat)...hmmm tak dapat pulak carik masa shopping aritu..

Ada class untuk cuba buat kimci.
Semua dah disediakan hanya  lumur2kan sos kimci tu kat kobis.
Merasai kimci yang pelbagai tu. Ok jugak la rasanya tapi dah lidah biasa ngn belacan ...apa2 pun belacan tetap dihati..
Antara pelbagai kimci untuk dicuba..kimci fish cake, kimci sotong, kimci kobis dan kimci toofu.
Suasana ni semasa memilih baju han-bok . Ambik je mana yang nak pastu posing lah sebanyak mana pun.

Mencuba Korean traditional costume ' Han-Bok'
Hanim ,Arnuar, Aidi as pengelola trip korea ni dan jugak beberapa trip sebelum ni hanya kami bertiga dah merasai pelbagai rasa ,masam manis dan ada sikit getir... dalam nak memuaskan hati tiap individu, hanya takat ni je la yang mampu diusahakan dan tak mudah nak memuaskan hati tiap sorang. Tapi walau apapun semua anggota trip ni terbaikkk..apa juga pengalaman pahit manis tu menambah pengalaman berguna utk masa akan2 datang.


Nak baju yang tak nampak tangan pun adaaa.
Dengan rakan2 yang dah dikenali puluhan taun,,seronok sakan dah macam pelakon purba dah ni.
Bandar Seoul yang tenang
Dengan harapan akan datang lagi nak tengok pokok2 ni masa tak bogel pulak...Ok sambung next N3 Korea pt 2 untuk day 3-6 nanti..byee

14 comments:

  1. sgt suka entri ni :)
    -jawa kecik-

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. cik jarimanis pon dah terlebih dulu ke Korea ni kan...memang best kan.

      Delete
  3. Looks like a truly wonderful trip kak haneem, thanks for sharing! Dapat jugak merasa cuaca sejuk, Korea normally much colder than England! Siap berbungkus pakai banyak layers kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rosa Noor; Tu laa nak sangat merasai camna sejuknya haaa adoi benar bagai pepatah ' sejuk hingga ke tulang ' Pernah dengan jugak kata2 dari rakan yg pernah ke England dan Korea sungguh sejuk mungkin sebab dikeliling gunung2 tu. baju dah berlayer2 pun masih terasa jugak. K. singgah lagi ye.

      Delete
  4. Seronok tu dapat bergaya dgn baju korea. Bestnya dapat jejak kaki ke negara orang.

    ReplyDelete
  5. wow! Korea.
    Jauh berjalan, luas pengalaman kan :)


    Kunjung balas & tq

    ReplyDelete
  6. best nyer......*flamer*

    ReplyDelete
  7. Salam akak...kalo nak shopping bawarm800 jer cukup tak? Tak la shopping sangat..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Angela Ann ;Bole je, tapi sikit je la yang dapat, nanti tengok sana macam2 berkenan tapi barang diorang berkualiti beter bawak lebih sket agar tak nyesal pada yang tak mampu menahan slera membeli la.

      Delete
  8. Theme park ni macam best je.. sure danish dgn lina excited kalau pergi

    -angah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Theme park ni bagus terutama utk kanak2 sebab ada tempat cam safari bole tgk binatang yg dilepaskan dn tgk dari jeep, amat luas kena sehari kat sini baru puas.

      Delete

Tulis la apa2 aje......