Friday, June 21, 2013

Cerita Panas

Panasnya !!!....hampir sebulan cuaca kat K.L ni sungguh merimaskan. Kiranya cerita pasal cuaca panas la kali ni. Bertambah dengan keadaan bercerebu akibat pembakaran terbuka negara jiran. Ye lah takan diorang nak bakar masa musim ujan pulak. Harap kerajaan Malaysia dapat bincang baik punye dengan Indonesia agar masalah tak berulang akan datang. Dengan suhu tak kurang dari 35 C ni membuat bill aircond rumah meningkat untuk bulan ni. Kalau aircond kat bilik sangat jarang diguna sebab partner sebilik alah dengan suhu sejuk aircond kali ni tak pulak. Tak bole lena tanpa aircond dah. Haba dalam rumah dah macam oven rasanya.

Rasa nak gi tempat sejuk mcm kat atas ni, Kundasang kat lereng gunung Kinabalu mengamit  rasa. Amat nyaman masa ni. Dengan sejuk2 tanpa perlu jeket amat selesa. Kalau lah tiada batasan dengan lautan pasti hujung minggu dah tiba kesini dah.Rasanya walau pun sekarang panas mungkin dengan pokok2 yang banyak suhu tak seteruk KL.
Bayang kenyamanan suasana ni dalam melayan cuaca yang merimaskan sekarang.Semuga K.L tak masuk peringkat  darurat jerebu macam 2005 dulu.

Suasana kat atas ni bukan jerebu , tapi pemandangan depan rumah dekat kampung satu ketika sekitar pukul 7 pagi, masih berkabus sejuk.Haa kalau nak kesini bila2 saja bole tapi keadaannya sekarang sama je macam K.L sekarang.
Rumah abah kat kampung ni memang nyaman dan sunyi dengan disekitarnya pokok2. Sebelum nak tidur malam kena siapkan selimut siap2 sebab selepas 3 pagi hingga subuh memang sejuk,tanpa selimut pasti secara tak sedar badan mengerekot macam udang.Stok selimut peninggalan aruah mak memang mencukupi untuk semua anak cucu bila balik kampung. Bole guna seorang satu selimut kalau nak.

Lupakan cerita cuaca panas, ni nak kabar cerita yang sedang panas dipasaran sekarang. Sebab kat rumah panas pergi ke IOI Mall untuk sejuk2 badan dan tengok cerita Thailand berjudul ' PEE MAK PHRA KHANONG' ni kat GSC. Memang dari dulu suka jugak layan cerita Thai ni, sangat best. Bagi 5 bintang untuk citer ni. Cerita seram komedi ni terbaik.Bole buat ketawa sampai keluar air mata, sedih dan khayal dengan love story diorang.Walaupun adakala tak sempat nak baca subtittle dek ketawa tapi dapat menghayati semuanya dan paling suka tengok memek muka pelakon yang pakai toncet atas kepala macam sup bunjut tu.  
 Ni hah heroin dalam cerita tu bernama Davika Hoorne. Hamboiii cantiknya dia ni tanpa make up. Ni wajah masa sesi interview, lebih cantik dari dalam filem sebab maklum la, nama pun cerita hantu, mesti la tak menyerlah sangat dek lighting yang suram2.
 Ni hero nya pulak merangkap suami kepada Davika tu dalam filem. Tapi dalam filem diorang tak la berkeadaan gini sebab cerita tu mengimbau cerita zaman dulu maka cara zaman dulu lah diorang siap dengan gigi warna hitam macam makan sireh.Pada yang tak tau nak tengok wayang cerita apa pergi la tengok cerita ni, pasti tak rugi sambil bole sejuk2 badan dalam panggung. Yang paling best ianya happy ending,,,siap bahagia walaupun sorang manusia dan satu lagi hantu...Cerita ni lebih kurang cerita NANG NAK dulu tapi pengarah pandai buat jalan cerita yang lebih kurang sama tapi tak serupa....eh camana tu???? walau masa menonton rasa macam nak menyamakan dengan NAK NAK tapi olahan pengarah pandai buat penonton tak duga apa yang nak berlaku...Ok sape2 yang nak tengok pegi cepatttt...

4 comments:

  1. Cerita panas?..ingatkan hot story hihihi..rupnya citer musim panas..oh yaa..betul tu kalau di kg nyaman dan sejuk je sbb byk pokok tak perlu pasang aircond. Kt umah JM cuma ada kipas..tdo mlm tak pakai selimut dh..

    ahaaa..dh lama JM x masuk wayang..bila kak Haneem kata citer ni best leh la g tgk..kalau seram komedi ok lah..JM ni kalau tgk citer seram rugi jek asyik tutup mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM : Saje buat gempak biar nampak cam hot story,,hehe memangnya kita semua tengah mengalami hot satu Malaysia ni hah. Ok gi cepat tgk PEE MAK ni. Weii walau citer ni komedi tapi scene yang menyeramkan tu buat jantung bagai nak tercabut jgak dan kerusi pun bergegar dek terkejut.

      Delete
  2. panasnya kak haneem...hopefully hujan lebat lepas ni...

    ReplyDelete
  3. Hi. Rosa Noor, Alhamdullilah jerebu dah semakin hilang dan hujan sesekali dah turun.

    ReplyDelete

Tulis la apa2 aje......