Thursday, June 13, 2013

Hydrengea @ Bunga Zaleha

Agar blog ni tak terus tidur atau lenyap bagi segar sikit dengan cerita bunga. Hampir 3 bulan tidak update sebab kehilangan mood berblog dan berbagai kesibukan. Bunga Hydrengea ni juga dikenali dengan nama bunga Zaleha masa dekat kampung dulu2. Tak tau apa kena mengena nama tu dengan bunga ni mungkin jugak si Zaleha ni suka tanam bunga ni. Ada juga yang panggil bunga 3 bulan dek kerana bunga ni boleh tahan sampai 3 bulan bila ia berbunga. Blog ni pun dah macam riwayat bunga 3 bulan ni jugak.

Suka sangat dengan bunga ni dan dah beberapa kali cuba memelihara sebaik mungkin. Segala tips dan penjagaan rapi dah bagi tapi tetap gagal nak memelihara bunga ni. Walaupun beli dengan keadaan berbunga kesudahannya berakhir dengan pasu dan ranting saje. Rasa nya tiada keserasian aku  dengan bunga ni.

   Mac 2013
Menghadiri kursus Ikebana anjuran jabatan.Menghambil kesempatan posing dengan bunga ni.
Mengikuti demo gubahan bunga Ikebana. Hanya beberapa orang saja yang ada memandangkan demo ni tak terikat dengan waktu tertentu, walau hanya ada beberapa orang pun demo dijalankan juga.
Pakar Ikebana ini didatangkan khas dari Jepun untuk buat pelbagai gubahan. Ikebana ni ada perlbagai seni tapi tak tahu lah nak terang secara terperinci. Sayur2 dan buah juga boleh dibuat gubahan. Botol juga bole dibuat sebagai base untuk gubahan.


Dapat Tips berguna dari demo ini :Potong batang bunga yang nak digubah dalam keadaan berendam dalam air untuk ia tahan lama. Jika tidak dipotong dalam rendaman air, angin akan meresap dahulu ke batang tu dan ia tidak bertahan lama. Pernah dengar petua agar masuk kan panadol dan berbagai untuk tahan lama tapi semua tu tak menjadi. Ikut petua ini dari segi scientific ia masuk akal la juga.

Simple dan cantik tak perlu banyak bunga tetap menarik.Boleh berjimat kalau camni.

Cantik dan simple.Dari pandangan berseni bole buat huraian meluas dengan gubahan ni.

5 Mei 2013
PRU 13 bagi rakyat Malaysia. Menunaikan tanggungjawap sebagai rakyat untuk memilih pemimpin yang dirasa bole memimpin. Gambar diambil oleh Adif
Disebabkan nama untuk mengundi didaftar di Johor maka balik kampung disamping tu boleh kemas rumah abah.Pengalaman pertama Adif yang turut sama masa mengundi, sambil sepanjang jalan sibuk menyanyikan lagu2 rayuan undi yang kerap didengarnya dari radio dan tv.


25 Mei 2013
Melawat sepupu yang sakit di Johor Tenggara,Johor Bharu .Abg Umar merupakan anak buah kepada abah dan ia kini menghadapi dugaan dari Allah selepas baru sahaja kematian isteri dan kini diuji dengan serangan strok  pula. 

Semoga Abg Umar sembuh sepenuh nya dapat menjalani kehidupan harian seperti biasa. Amin...

Dalam perjalanan pulang ke Segamat hampir 4 jam sangat meletihkan. Tapi dengan jualan2 yang ada dalam perjalanan ni sangat mengoda dan pastinya acara membeli tak dapat dielakkan.
..menu yang dah pasti selepas perjalanan ni pastinya gulai masak lemak keladi. Goreng keledek dan sambal belachan ulam petai.Sekian....

6 comments:

  1. Ha'a lah...lama betul kak Haneem tak update blog kan

    Sama lah mcm JM..dah mula malas nk update sejak dua menjak ni heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarimanis ; penyakit malas melanda ni memang pekara biasa pada sesiapa pun, awak jgn x update sebab byk pekara menarik dalam blog jarimanis tu.

      Delete
  2. salam kak haneem! good to have you back, rindu! i love reading your blog...simple and honest and touching...keep on blogging okay!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Rosa Noor, tq sudi singgah sini. Insyaalah akan update sekali sekala. Tak ada apa yang special nya blog saya ni.

      Delete
  3. ler.. mmg dh bersawang blog ni.. ok la camni, buat cerita pendek2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mummy Tetam ; Miow miow ni tgh sapu sawang ler,,kalau jauh bejalan panjang la citer, pendek jalan pendek citer. Jab lagi saya singgah umah mummy ye.

      Delete

Tulis la apa2 aje......