Thursday, February 20, 2014

Kenangan Rumah Usang

Hampir seratus tahun rumah usang ini namun ia masih teguh dan tegap ditapak asalnya. Tinggal dirumah ini sebaik sahaja lahir di awal 1960 an dan ini adalah rumah aruah datuk sebelah abah. Selepas aruah nenek meninggal pada penghujung tahun 1970 an rumah ini terbiar sahaja .

Rumah limas Johor ini dibina agak tinggi dari aras tanah bagi menggelakkan dimasuki air ketika musim banjir. Rumah Limas beranjung kedepan.Saban tahun rumah ni pasti kena banjir sampai  2 meter dari aras lantai tu, Rumah ni sebelah rumah abah tinggal kini iaitu atas bukit untuk mengelakkan banjir  dan rumah usang ni bawah bukit.

Pada puncak bumbung dipasang kayu tajam yang dipanggil tunjuk langit. Pernah terfikir apa kah fungsinya , tapi rasanya hanya hiasan saje.

 Puncak bumbung dipasang kayu tajam yang dipanggil tunjuk langit.

 
Bila tengok jejaring ni sangat mengamit kenangan silam.Ukiran atau jejaring yang ada pada setiap tingkap, bukan sahaja berfungsi sebagai hiasan tetapi juga untuk memudahkan cahaya dan udara masuk ke dalam rumah.
Setelah arwah datuk meninggal nenek (kami panggil mak tua)masih nak terus tinggal disini walau pun anak2 menawarkan rumah masing2 untuk tinggal bersama. Bersama2 sepupu ambil giliran menemani nenek tidur kat rumah ni pada sebelah malam. Rutin ini berterusan hingga lah kami masing2 meneruskan kehidupan bila masing2 berkerja dan tidak tinggal di kampung lagi hingga akhirnya arwah nenek meninggal dunia di rumah abah yang baru.

Masa bercuti baru ni menyusuri balik rumah ini dan semestinya kenangan masa zaman kanak2 dengan sepupu masih segar dalam ingatan. Di tangga batu ini dulunya tempat bermain-main. Walaupun tiada lambakan permainan seperti sekarang tapi dengan bermain berkejaran , main sorok2 main pondok2 sudah sangat menyeronok dan itu sangat bermakna.Kalau waktu tu musim buah pastinya nya sekeliling rumah ni bergayutan buah rambutan , buah limau bali  dan limau oren kulit hijau bole dipetik dan dimakan berapa banyak yang hendak, bole ajak kawan main2 sambil panjat mana2 pokok yang bole dipanjat...tak kira lelaki perempuan masa tu pandai pulak memanjat.
Ini adalah bahagian anjung rumah masih kukuh. Mengikut abah kayu rumah ni berjenis kayu Penak, dan katanya spesis ni dah tak ada lagi kat hutan. Masa tinggal kat rumah ni tak perlu satu kipas pun macam kini tapi sekitar rumah terasa sejuk.

Masih terdapat almari lama dimana sebelah dari pintu cermin yang telah pecah tetapi kayunya masih utuh.
Masih teguh untuk dikunjungi oleh  generasi ke 4 keluarga keturunan Allahyarham Hj Hamid bin Mahdi

Betapa kayu dinding ini tidak tekunyah oleh anai2 hanya ia boleh buat laluan sahaja.

Ruang bahagian tengah rumah
Pernah beberapa kali tawaran untuk membeli kayu rumah ini dibuat, tetapi ia hanya sepi begitu sahaja bila dikaji rumah ini dipasang dengan menggunakan pasak tiada berpaku dan kos untuk membina kembali agak rumit dan perlu kepakaran tukang kayu yang berkebolehan. Dan kami sekelurga pun tidak dapat nak mengandaikan berapa kos jika untuk menjual kayu jenis ini. Walau apa jua ia merupakan antara memori manis keluarga yang pernah mendiami rumah ini.

10 comments:

  1. Replies
    1. Ia dapat mengimbas kenangan silam pada penghuni yang pernah duduk sini.

      Delete
  2. Boleh bayangkan betapa cantiknya rumah ini suatu ketika dulu. Sayang tak mudah diperbaiki. Rumah2 lama di England over 100 years old, including mine. Still in good condition, tapi general maintenance works needed from time to time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rosa Noor ,rumah ini sangat berseri masa berpenghuni dulu, walau pun ia teguh tapi dah suram dek faktor masa dan kurang penjagaan,memang perlu kos dan perhatian berterusan jika nak dibaik pulih.

      Delete
  3. Haa'a lah kak haneeem masih teguh lg umah ni masih tahan kayu2 nya x d mamah usang klau d baik pulih cantik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM. patah gigi anai tu kalau cuba2 nak musnah kan kayu ni.

      Delete
  4. Sayangnya terbiar begitu saja.. klu buat homestay pon ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. MT. Insyaalah mana lah tau salah seorang anak2 Hj Manaf berminat cuba nak buat rumah ni as homestay. kalau jadik, datang segamat booked duk sini lama2 k.

      Delete
  5. membaca entry ini mengamit memori semasa hidup di rumah pusaka . sedih , sayu , berbaur rasa mengetar jiwa. memori lama tetap indah utk dikenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Nieda, semua rasa tu amat dirasai terutama bila melangkah masuk dalam rumah tu. Rasanya kebanyakan yg pernah mendiami rumah dikampung halaman pasti punya rasa yg sama.

      Delete

Tulis la apa2 aje......