Tuesday, September 2, 2014

Raya 2014

Walau pun syawal dah berlalu tapi nak masuk jugak peristiwa raya tahun 2014 sebagai kenangan masa akan datang. Dengan keluarga kecil kami ini suasana raya tetap meriah.
 
 Suasana ni selepas balik sembahyang raya tapi satu keluarga tiada dalam suasana ini kerana beraya di rumah mertua.

Sebelum sembahyang menikmati sarapan dengan juadah raya.Rendang , ketupat, lontong wajib ada walau tukar dengan menu lain tapi pasti nak yang ni jugak tapi tahun ni ada lain sikit dengan tambahan rendang ayam dan rendang perut bercili padi masakan dari adik.

Tahun ni buat pertama kali abah pakai baju melayu cekak musang. Puluhan tahun dengan baju melayu teluk belangga as trade mark org Johor kali ni mencuba ini pulak. Bergaya dan dia sangat selesa dengan baju ni terutama dengan butang. Kalau baju melayu teluk belangga masalah nak lekat butang kat leher tu sebab menggunakan butang berkelengkang.

Ini keluarga Kak Nem dan En. Din. Seperti biasa kami susah nak bersedondong hanya perasan bila masing2 berbagai colour bila dekan nak raya.

Keluarga ni bertema polos. Warna sebenar amat ceria dan meriah jika diluar gambar. Adif as penghibur dan pemeriah suasana raya pasti dengan ragam tiap kali nak berfoto. Kalau taun lepas dia pasti enterfrem sesiapa je yang ready nak bergamba. Kali ni dengan cara free stylenya.


Keluarga ni pasti siap sedia dengan tema warna sebagaimana tiap kali raya. Comel nyonya melaka yang kecik tu.

Bila anak cucu dan datuk bergabung terhasil lah warna trafic light. Adif dengan posing muncung itik pulak kali ni.

Masih dalam suasana sesi foto lagi.Adif tengah usha keluarga pink pulak. Notty adif tapi ni lah yang menjadi suasana meriah.
Salam kak Ann dan pastikan camera ambik dia.
Free style from Adif, lepas semua yg senyum2 tu bergamba terus bising hal Adif algi.
Kena senyum je walau pun ada orang posing sambil minum dan siap bunyi cam itik minum...
Serbu atok bah selepas balik sembahyang raya. Siap tanya tok bah mana duit raya?
Raya kali ni semua keluarga pagi2 terus mengunjungi rumah mak nik (satu2nya kakak abah yang ada).Moga mereka sihat dan bahagia dalam menjalani kehidupan ini.
Ke rumah ibu saudara sebelah aruah mak. Warna2 ceria sedang beraya.

Rumah mak long, kakak sulung aruah mak.
Rumah mak uda kakak kedua aruah mak. Rumah ni memang sentiasa kemas dan sentiasa mengikut fesyen terkini kerana mak uda memang bagus dalam mebuat pilihan dan amat kemas dari zaman dahulu lagi.
Kini dia agak uzur dan pegerakan agak terhad. Moga mak uda dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia.

 Kini rumah kampung ini sunyi dan sepi setelah semua anak2 cucu abah kembali ke rumah dan tempat kediaman masing2. Moga Syawal akan datang muncul dan akan meriah seperti biasa.

4 comments:

  1. tak pe akak..walaupun raya dah lepas..kongsi je di sini sbg kenangan :-)

    ReplyDelete
  2. ye untuk kenangan JM. tia[p tahun bole refer tengok perkembangan masing2kan.

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Haneem, rindu nak baca entri baru Kak Haneem, Alhamdulillah dapat entri Raya pulak, lagi bagus. Seronok tengok suasana Raya meriah family Kak Haneem, your dad especially looks really good, Alhamdulillah he seems in good health too. Terliur baca juadah Raya Kak Haneem, dah lama tak makan semua tu!

    ReplyDelete
  4. W.Salam Rosa Noor, suasana raya memang seronok masa ni saja dapat jumpa ramai keluarga yg dari semua tempat semua cuti balik kampung. Alhamdulilah my dad dikurniakan Allah kesihatan yang baik begitu doa kami semua untuk nya dalam dia menjalani kehidupan harian kat kampung ni.Ohh kesian terlior makanan raya , tapi masih bole dibuat walau dimana juga kita merantaukan kalau cukup bahan2 asas untuk makanan tradisi ni kan. Semoga Rosa bahaga dan di rahmati Allah bersama suami dan anak2 kat sana.

    ReplyDelete

Tulis la apa2 aje......