Thursday, September 4, 2014

Si Puteh Comel



Entah dari mana datangnya pada bulan Ogos baru ni secara senyap dia menjadi anggota keluarga kami.Walau pada mulanya agak takut2 dan duduk menyuruk dibawah pasu2 bunga dan tidur kat bawah kereta. Kebetulan Kak Ann yang sedang cuti semester 2 bulan ada ketika cik Puteh ni muncul. Bila diberi makan dan dibelai2 mula lah ia jinak .Setelah 2 hari baru perasan ada sesuatu yang ganjil dengannya. Terdapat bonjolan dekat pusatnya bila ditekan ia masuk dan keluar semula.
Bermula dari ini lah kak Ann merayu untuk dibawak ke klinik untuk check up. Tapi memandangkan aku ni bukan la kalangan pet lovers sangat hmmm buat tak dengar je la dengan alasan dia ok je bole makan minum tu kan.

Tapi dalam beberapa ekor kucing yang pernah jadi peliharaan dari dulu si Puteh ni antara yang agak berdisiplin jugak. Hanya duduk kat porche sahaja dan tidak akan masuk ke rumah. Ok ini dah bagus sebab rimas kalau kucing yang bekeliaran dan suka panjat meja makan macam pernah antara yang dipelihara satu masa dahulu.

31 Ogos 2014 sesuatu yang pelik dengan si Puteh ni jalan yang tak stabil macam nak jatuh , mengiau kuat dan lesu dan lagi suspen tetapat cairan darah kat punggung.
Kali ni rayuan kak Ann bertambah kuat untuk dibawak ke klinik. Atas dasar kemanusian pada 1 Sept. bawak ke klinik haiwan di Jalan Kelang Lama. Puas juga mencari kelinik ni sebab hari ni kebanyakan tutup sebab public holiday gantian cuti hari merdeka. Rezekinya di klinik ini .


Kerana tiada cage si Puteh ni dibalut je dengan selimut atas pangkuan Kak Ann. Selimut ni selimut baby yang ada dalam simpanan. Ini dah macam anak Kate Middelton baru kuar spital gayanya.


Setiba kat di klinik si Puteh ni bertukar karektor menjadi agresif hingga mencakar2 dalam pangkuan kak Ann, ikut kata pengasuhnya kerana bau sekitaran klinik dan juga adanya patient2 yang berbagai specis kat situ menjadi dia begitu. Lepas register terus masuk kereta untuk menenangkannya sementara tunggu turn.
Suasana kat klinik haiwan ni menakutkan jugak,al maklum patient2nya bole buat apa je kemungkinan, gigit boleh, kejar boleh (terutama ada sekor anjing Rod wailer yang aggresif sambil jelir2 lidah tu ha) dan akhirnya duduk kat bahagian luar klinik sambil tunggu giliran.
First time register kucing kat clinik rupenya lebih kurang macam register anak juga. 
Ruang nama dengan rasminya di beri nama : "Button" (memandangkan hernia kat pusat tu dah serupa mcm butang)


Pengasuh "Button"teliti dengan instruction Dr Zamzi untuk penjagaan seterusnya.Untuk hernia yang dihidap bole buat operation kena tunggu dia besar memandangkan dia masih kecil.Anggaran operation  dalam RM200.Setakat ini Dr hanya suruh tekan hernia tu kedalam , seram jugak nak buat gini.
 Hernia ni akan bahaya kalau ia banyak terkeluar dan jika usus tu berbelit, kalau begitu kena buat emergency operation.Insyallah kalau ada rezeki lebih akan usahakan opereration di Button jika sampai masa yang sesuai.
Dr. Zamzi mengatakan yang darah yang ada dipunggung Button sebab bisul yang pecah, bisul yang terjadi sebab dek gigitan sesuatu.
Charge untuk rawatan si Button hari tu Rm80.00 dengan ubat luka, antibiotik da juga telah disapu dengan ubat kutu. Hmmmm si Button ni kira antara yang bertuah la sebab kali pertama anak bulu yang pernah ada di hantar untuk rawatan.
Berselera makan makanan yang diberi Dr. sampai 2 kali tambah sedap hingga menjilat sudu....

Bila makan terlalu kenyang sampai ketat perut button kat perut tu makin keluar.
 
 Sedang tunggu pengasuh bagi ubat. Hari kedua dah pandai tak nak bukak mulut bila nak disuap ubat.
sibulu tebal ni antara pesakit di klinik. Sesak nafas dek bulu tebal agaknya.
Kini "Button" dah semakin sihat, untuk 3 hari kena makan antibiotik.Ni kemain selera makannya,semoga sama2 kita menikmati rezeki apa yang ada dalam keluarga kami ini.

18 comments:

  1. insyaAllah bila kak hanim dan kak ann membela si puteh ni, akan bertambah la rezeki kak hanim sekeluarga..

    ReplyDelete
  2. hai button. button ni boboi ke gugurl? nanti senang2 kita g lawat button ye.. geram nak tonyoh ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh lupa nak citer pulak, Button ni boboi, tapi takat ni lom pandai ngurat lagi

      Delete
    2. bila umur dlm 7 8 bulan nanti button mesti nak mating..

      Delete
    3. pasrah. dah lumrahnya gitu. mesti baka bulu puteh tu akan banyak kat bukit kuchai nanti.

      Delete
  3. comel si putih,
    kesian tengok muka dia
    moga murah rezeki tuan blog :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn, moga si puteh ni meluaskan lagi rezeki kami.

      Delete
  4. kak Haneem..semoga Allah murah rezeki pada akak kerana tak care pada binatang perliharaan amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM. mudah2 doa diperkenankan Allah utk sama2 share rezeki dengan
      si puteh ni.

      Delete
  5. Jagala button sebaiknya..
    - Mummy atam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah mummy atam,akan jaga si butang ni sebaik mummy jaga atam.

      Delete
    2. jgn skali2 simpan impian untuk hantar button melanjutkan pelajaran ke universiti tau..

      Delete
    3. Ye ler mummy atam, tapi kalau dia dah bosan duk bkt kuchai bole je kalau dia nak buat phd kt UM

      Delete
  6. Comelnya si button ni... Semoga button cpt sihat dan dpt happykn keluarga kak hanem.. Semoga Allah limpahkan lagi rezeki yang berganda buat kak haneem sekeluarga... Aminn...

    ReplyDelete
  7. Insyaallah Alia, moga2 dengan rezeki dimurahkan untuk share sama2 dengan si Button ni, besar sikit nak kena gi buat operation hernia dia tu pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaaAllah kak...semoga semuanya berjalan dengan lancar... ;)))

      Delete
  8. salam kak. bila nak update cite pasal button ni. teruja sangat nak tahu perkembangan si comel tu.

    ReplyDelete

Tulis la apa2 aje......