Orang lain semua dah lepas,,berenti posing pulak ,,,tak akur ngn undang2 tak bole berfoto..tapi kejab jer bukan duk lama pun just nak nampak belakang tu Malindo Air kalau tak lupa pulak. Tak banyak gambar kali ni sebab tetiba tangan ni tah camna terdelete galery,,,aduhhh nangis...
Kalau sebut Bandung sure ingat shopping,,,ni tempat pertama pegi,,hambikkk kau kain sampai tak nampak dinding dan sampai ke siling kedai. Yang tukang jual kena panjat timbunan kain ni,,,biasa lah customer ni apa yang jauh tu nampak cantik, maka merangkak dan memanjat la peniaga tu ikut kan kehendak customer,,,,bila dah ambik tak kenan pulakkk,,,eeee sabar kan.....
Sila kan pilih..... Biasanya orang perempuan ni sure akan pilih colour yang cantik dan yang penting design sulam tak nak serupa dengan kebanyakan orang dah pakai.....corak dan warna lagi pelik lagi suka. hikss....
Antara tempat yang pergi dalam trip ni ialah Ladang strawberi,,,,besarrrr buah nya,,,hanya sebiji je yang tegak kat belakang tu. Semua dah kena petik,,,buahnya nan ado......kiranya lawat ladang putik strawberi je.haduhh...dah tau buah nya tak ada nape dibawak...anggap tour agent lupa nak nk check hal ni kot....
![]() |
Bersama dengan tour agent yang dah beberapa kali guna khidmat travel dia ni,, |
Ni bijik kopi dari musang tu yang dah dibersih dan di jemur tapi belum diproses untuk kisar .
Sementara orang lain pegi tengok2 cara dan tempat musang tu I dok santai2 kat tempat cafe tu hah, malas la nak gi dengar dan tengok,,,busuk kat tempat musang tu. Dapat la merasa kopi Luwak yang kemain mahal ni hasil belanja seorang kawan,,,hmmm tah ler tak tau nak discribe kan sedap or tak sebab I bukan peminat kopi,,,,,rasanya rasa kopi laaa.**** tak bole jadi duta kopi kalau gini*****
Rasanya ada antara kawan2 ni yang rindu dengan kucing,,,,,tengok musang untuk lepas rindu miow..pak cik tu kemain lagi bermesra dengan musang siap bagi panjat satu badan. Rasanya lepas ni dah sebau la dengan musang tu.
![]() |
Dia ni memang bole jadik duta kopi luak..banyak hasil tangkapan |
Salah satu tempat destinasi yang pegi ialah tempat yang agak baru...floating market. Disekeliling tasik dengan konsep pelbagai makan jual atas boat.
Sedap makan itu ini,,,sampai lunch yang disediakan kan oleh tour agent ni semua dah macam tak berapa nak lalu dek kenyang makan segala yagn kat floating market ni.
Sedap ni,,,macam rojak buah.
Pisang cheese sedap sini,,,guna pisang tanduk memang la terbaik,.
Keluar pegi tempat ni pukul 12.00 tengah malam sebab nak makan lagi..Berdepan dengan hotel.Lapaaa lagiii.
Pelanggan yang ada hanya kami berdua,,,tapi sedap nasi goreng seafood sini.rekaan dalaman cantik ada sentuhan ala Belanda dan Indonesia.
Ni makanan last kami di restoran Alas Daun. Sangat sedap dan unik. Ayam bakar yang enak sekali .walau nampak sikit tapi sangat mengenyangkan.kiranya camni la cara dulu duluan di sesuatu kawasan di Bandung...yeayy tak yah cuci pinggan kan....
Menghayati sepenuh perasaan makan kat sini.Air jus yang sedap sekali. Terkilan tak dapat minum jus durian belanda,,,kehabisan la pulak,,,tapi jua guava pun terbaik. Sekian la acara berjalan untuk tahun ni,,apa yang tak ada ialah gamba di pasar besar tu,,,tempat wajib untuk bertawaf la kalau ke Bandung...semua dah terdelete.tapi cukup la apa yang ada ni as kenangan.
opsss sebelum abis cite sejarah sikit pasal bangunan ni..Namanya Gedung Sate . Pelik nape tour guide beria benar nak bawak sini,,apa peliknya takat tempat jual sate...ooooh sebenarnya citer sejarah gedung tu gini......
Gedung ini adalah sebuah bangunan bersejarah yang ada di pusat kota Bandung. Disebut sebagai Gedung Sate karena gedung ini mempunyai ciri khas yang unik, yaitu ornamen 6 tusuk sate yang ada di atas menara sentral. 6 tusuk sate ini melambangkan 6 juta Gulden yang dipakai untuk membangun gedung berwarna putih ini pada masanya. Gedung ini sangat terkenal tidak hanya di kota Bandung saja, melainkan juga sudah terkenal di Jawa Barat dan Indonesia.
Gedung yang dibangun pada tahun 1920 ini sampai sekarang masih berdiri kokoh dan berfungsi sebagai pusat pemerintahan kota Bandung. Gedung yang disebut-sebut sebagai ‘Gedung Putih-nya Bandung’ ini sekarang telah menjadi salah satu tempat wisata di Bandung yang paling banyak dijadikan tempat berfoto-foto. Hal ini dikarenakan arsitektur yang sangat indah dan megah serta unsur sejarah dan budaya yang dimilikinya......
ooohhhh bukan la tempat jual satey ye...
![]() |
So I nak bergambar jugak la depan gedung sate niii |