Monday, September 21, 2020

Cuti cuti Pulau Pinang dan Ipoh (PKPP)

 


26 - 29 Jun 2020 kami  menjejaki Pulau Pinang setelah hampir sebulan sekatan PKP dijalani hampir 62 hari dengan planing yang singkat. Betolak sebelum subuh dan sebaik tiba terus menikmati sarapan pagi.
Bermalam semalaman di apartment penginapan. Sebelum check in, singgah sekejab di pantai Batu Feringhi. Ronda ronda di Georgtown , gambar gambar sikit di lorong lorong yang telah dilukis tu. Cantik dan memang jadi tumpuan untuk pelancung. Abang Naim lah orang yang sangat teruja untuk posing posing ni.
Malam selepas maghrib ke Padang Kota. seperti biasa lah juadah perlbagai,,pasembor pasti dalam list order.
Hanya semalaman tidur di keesokan check out .
Singgah Batu Kurau untuk cari durian yang kebetulan sedang musimnya.
Bermalam di Ipoh dek keletihan dan kesesakan jalan raya disana sini sebab cuti sekolah ni.
Perjalanan percutian ikut flow,tidur di Ipoh tidak dirancang tapi sebab dah letih. Maka selesailah cuti yang singkat ni tanpa planning  yang beria sangat.




Entah kenapa aku hanya ikut apa yang orang order. Roti banjir yang viral katanya. Tapi tah celah mana sedapnya.aku geli tengok keadaan roti ni berlumak dengan kuah. Seketul peha ayam yang besar dan disimbah kuah. Sudah pasti peminat roti banjir suka ni. Roti telur goyang antara tarikannya. Cuba juga lah walau dalam hati menggatakan telur dengan roti tu tak lah ngam sangat, tapi its ok pada penggemarnya. Maybe dah set in mind roti tu sesuai ngn kaya dan jem,,dan telur half boil sesuai makan dengan kicap atau lada sulaH. Hish hish susah jugak nak hijrah kan tekak ni rupanya. 

Lepak lah kejab kat tepi laut ni mengimbau masa anak anak ni kecik dulu dah berada disini juga. Pantai tetap begitu hanya keadaan masa dan keadaan pengunjungnya berubah .
Pose yang abang Naim sangat suka ini..Menari dengan kuching katanya. 


Rumah persinggahan Abu Siti Georg Town ni sangat cantik dan besar. 2 bilik .  sangat luas. 4 katil queen size dan satu double double decker. Peralatan dapur pun ada.


 Teringin nak rasa nasi kandar Hameediah, secara kebetulan lalu disini dan terus singgah memeriahkan perbarisan menuju juadah. Agak bernasip baik kami antara yang awal, lepas membeli perbarisan sangat panjang. Sistem mematuhi SOP lepas PKP ni. Tapau je untuk makan santai santai di apartment. 





Kedai ni segala tentang kuching.


Happy dia bila duduk depan ferry ni waktu nak balik

Terjumpa gerai tepi kampung dalam  menuju ke Batu Kurau . Buah Cepu. Sedap makan gitu dan jugak buat gulai lemak ikan bersama buah ini.
Naim dengan kopi hitam ikat tepi..Di salah satu bangunan di bandar Ipoh

Mee Rebus Ramly terbaik. Wajib cuba ni kalau ke Ipoh. Makan dan pack untuk bawak balik juga.


Abang Naim dan makanan favaroite nya roti Canai bertelur.


                                                            
                                   Sedap ni. 

Di pusat pengumpulan buah durian di Kuala Kurau Perak. Buah dikumpul dan dijual ikut longgokan. Tanpa timbang ia ikut conggakan penjual . SAtu longgok dalam RM 50 terdapat dlam 8  tau 9 biji. 





Sekian saja coretan kali ini . Last gambar ni masih abang Naim posing dengan perlbagai gaya ikut objek sekitarnya.

No comments:

Post a Comment

Tulis la apa2 aje......