Tuesday, June 21, 2011

Singgah jab kat sini.....



Akhir cuti sekolah 12 Jun 2011 balik dari kampung untuk ke KL dengan melalui jalan Kuala Pilah sebab nak elak jamed yang dah semestinya kat highway Seremban tu. Walaupun jauh sikit tapi lancar. Dalam perancangan nak singgah makan tengahari kat restoran makanan kampung kat pekan Kuala Pilah. Tapiiiiii hampa je restoran tu tutup dihari Ahad ni. Hissh  sepatutnya hari camni la kena bukak sebab ramai orang yang lalu lalang balik kampung.Jam da hampir pukul 2 patutla perut makin lapar dan terbayang macam2 yang enak2,,,, tetiba masa hampir nak ke Ulu Bendul ternampak restoran ni. '' Restoran Warisan'' nampak dari luar cam best je, tanpa bincang2 lagi En. D terus  masuk kawasan parkir. Weiii lapar sangat ni hampir kat pukul 3.00 ptg rupenya

Keadaan memang selesa dan nyaman, depan restoran ni terbentang sawah padi dan gunung2 dan boleh jugak makan kat bawah tu menghadap sawah yang masih lagi berfungsi. Tengok dari menu memang menyelerakan keutamaan adalah masakan Negeri Sembilan. Dalam keadaan tersangat lapar rasa macam nak order segala yang dibaca tapi,,,,,harus ingat tu nafsu je. So order nasi putih untuk 4 orang, lauk sotong masak kicap petai, tom yam seafood, ikan siakap sweet sour, sayur goreng asparagus,kerabu mangga sambal belacan dan ulam ulaman, air laici minang (walaupun dah ada air sirap, order air laici sebab tengok air orang sebelah meja punya air ni cukup mengujakan, wana kuning2 dan buah laici yang montel2 kat dalam tu) order la jugakkkk


Tengah tunggu masakan dihantar, sambil tu dapat agak harga yang akan dibayar, tapi hanya satu je tak dapat agak sebab harga ikan tu ditulis mengikut harga pasaran terkini. Dari environment sekitaran dan siap dengan iringan muzik traditional Negeri Sembilan dapat agak harga akan luar biasa la sikit sebab segala keselesaan ni jugak berbayar walaupun tidak diberitahu.




Asparagus nya panjang tol sampai bole menjolok tekak

Makanan tidak mengecewakan dan sedap terutama sotong masak kicap petai.Tapi sambal belacan kurang pedas

Ni salah satu sudut yang sangat aku suke, bila tengok ni macam berada kat rumah kampung, suasana macam tengah makan ubi rebus waktu hujan2 petang. Dari menu yang dilihat ada jugak disediakan ubi rebus,kuih udang dan jugak lempeng kelapa cicah sambal tumis, kalau la tak sebab dek kekenyangan dek makan nasi, dah pasti menu aku order jugak.

Sudut laman restoran ni serumpun pokok bunga kantan, ada banyak lagi pokok herba lain untuk masakan Melayu ditanam kat sekitar laman.
Lepas makan bole turun kat laman depan sawah, bila perut dah kenyang angin sawah pulak bertiup sepoi ,,,,,,,eeee mata macam nak tertutup pulak. kat sini ada ambin kayu boleh duduk cam kat kampung.



Cuba2 meniti titi buloh.
Tengok2 sawah ni yang pokok padi baru nak berbuah


Haah ni tiba masa nak bayar. En. D bole lah senyum2 lagi masa nih. Jumlah semua makan yang dimakan di atas ialah RM188.00 sahaja......ha... ambikkkk kau. walau pun senyum manis kat cashier tu bila dalam kete check balik apa yang buat sampai harga sebegitu,,,rupernya ikan siakap sekor tu berharga RM88.00.....wow selalunya kalau makan ikan sebesar ni kat tempat ikan bakar harga paling mahal dalam 30 hingga 40 je.....ok la anggapkan harga yang lebih tu keselesaan yang disediakan kan....mahal weii


Tengok signboard balik.....kata harga offer.....erkkkk....

Tengok balik kat notis board diorang,,,,,Oooo dah dapat liputan dari rancangan '''jalan2 cari makan''....tapi agak2 lah kalau nak letak harga pun.Walau pun  dah dapat agak harga yang akan kena tak lah sampai sebanyak ni. Lain kali kalau singgah gak kat sini makan ubi rebus pulak....

No comments:

Post a Comment

Tulis la apa2 aje......