Friday, June 10, 2011

Yang dilihat dan yang tersirat...

Apa yang dilihat pasti akan tersirat dalam ingatan. Ni nak citer  sikit tentang hal ni. Semasa ronda2 kat Cheras singgah kat salah sebuah warung dan tiap anggota keluarga mencuba makan yang berlainan untuk cubaan pertama ni, dan sangat mengembirakan semua yang diorder tu sungguh lazat. Masa nak bayar baru tau tokeynya adalah kenalan lama dan isterinya yang asal China telah memeluk Islam semenjak berkahwin telah mengetuai bahagian masakan didapur, patutla kuew teow goreng dan segala masakan mee chinese style sangat sedap. Gerai ni bermula dari petang sehingga 2 pagi dan siap2 ada karaoke. Sejak pada tu kalau memang selalu la kami kesitu kalau masa bosan2 makan nasi kat rumah.
Tapi kini aktiviti nak pegi warung ni terhenti semenjak ada perubahan dengan decoration warung ni.Sperti biasa masa menuggu makan yang diorder kami leka tengok telatah orang2 yang berkaraoke, tapi masa nak mula makan baru teperasan ada sikit peubahan deco2 kat situ dan ini mematahkan selera nak makan. Aku mula cuit En. D bertanya samada dia sedar tak apa yang aku tengok ni. Tapi dia hanya diam dan cakap nanti kita discuss lepas keluar dari sini. Sedaya upaya aku cuba makan sambil cuba nak hilangkan apa yang terbayang kat kepala ni. Lepas bayar terus balik dan dalam kete En. D pon mula buka suara cakap neper la tokey tu tak peka dengan decorationnya tapi tak sanggup nak tegur takut menyingung hati kawan. 
Nak tau apa???????Tuan punya warung dah deco 5 buah toilet bowl jenis duduk yang ditanam bunga dalam lubang tu dan diletak berbaris dekat meja2 pelanggan yang makan.....korang bayangkan lah apa yang aku pikir masa terpandang jamban tu masa makan tadi. Bagi tempat2 makan decoration harus la peka pada menda2 yang camni. Letaklah benda2 yang lagi mengujakan selera. Apa yang dilihat akan dicerap dalam minda, cuba je lah lihat kat ward kanak2 di Hospital dengan pelbagai warna ceria dan watak2 cartoon dan pelbagai lagi ini sebagai teraphy minda buat diorang. 
Maka semenjak dari hari itu tidak lagilah kami sekelurga kesana.


Kalau tengok tulisan kat toilet ni mesti la dah tau dari negeri mana tempat asalnya. Dari tulisan ni memang marah bebenar la orang ni. Apa yang terfikir adakah yang nulis ni tukang bersih tandas? atau orang yang nak menggunakannya.Kalaulah  aku terdesak gunakan tandas ni ia akan buat aku membatalkankan hajat dan cuba menahan sedaya mungkin sebab dah terlintas kat kepala pasti dalamnya lebih teruk dari tulisan yang dibaca tu.,,,,
Masa nak hantar An balik dungun lalu depan kedai ni, sekali baca bole tafsirkan 2 maksud yang berlainan tapi kedai ini maju disebabkan orang selalu ingat dengan iklan atas kedai tu.








No comments:

Post a Comment

Tulis la apa2 aje......