Friday, October 7, 2011

Bubur Lambok

Bila sebut bubur lambok mesti teringat akan keenakan bubur lambok Kg Baru. Setiap bermulanya bulan Ramadhan pasti akan ikhtiar untuk mendapatkan bubur ni, selalunya seawal 11.00 pagi bubur untuk dijual sudah siap untuk pelanggan setia di Kg Baru. Selalunya pertolongan  staf bahagian menghantar surat akan digunakan untuk mendapat bubur ni. Sambil hantar2 surat tu akan singgah jab kat tempat jualan ni. Disebabkan terlalu suka dgn bubur ni cuba search kat gooogle dan semalam ini lah hasilnya. Dinner keluarga semalam makan ni jer. Dan rasanya emmmm,...... sedap dan adalah ala2 kg Baru punya bubur tu, lebih2 daging yg berketul2 lebih nya dalam resepi tu.




Bahan2 sebelum ditumis. Minyak ghee menyumbangkan keenakan bahan ni bila ditumis.

Bubur dlam proses direnih. Kena kacau selalu dan api kecil agar tak berkerak.

Ada banyak ketulan daging2 empuk dalam mangkok ni
Ni resepi bubur tu pada yang nak mencuba.


Bubur Lambuk Kg. Baru 

Bahan-Bahan:
2 cawan beras [basuh dan toskan]
1/2 biji kelapa, diambil santan pekat
1/2 kg daging [potong kecil]
2 batang serai [ketuk]
2 s/b minyak sapi
3 s/b minyak
garam
air
bahan tumbuk

6 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

1 inci halia



Rempah tumis
1 ici kulit kayu manis

3 kuntum bunga cengkih

1 kuntum bunga lawang

2 biji buah pelaga



Bahan rempah [ goreng kering dan mesin halus]

1 s/t jintah putih

1 s/k ketumbar

1 s/k lada sulah

1 s/k lada hitam



bahan hiasan [mayang]

3 tangkai daun sup

2 tangkai daun bawang

Garam

Bawang goreng



Cara:

1. Panaskan minyak dan minyak sapi dan masukkan bahan tumbuk sehingga wangi dan    garing.

2. Masukkan rempah tumis, bahan rempah dan daging. Biarkan sehingga naik minyak.

3. Masukkan beras, serai dan air. Biarkan sehingga beras hancur dan daging lembut.

4. Bila dah beras nampak pecah, masukkan santan dan rasakan garam.

5. Bila sudah masak, hidangkan dengan bahan hiasan


Petang tadi beli cake oren ni dari seseorang (home made cake ni) untuk anak2 makan. Best cake ni bulu2 garfiel tu pun berperisa oren.
Garfiel muram jab lagi kak Ann nak  potong kepala dia ni...

Triffle puding pun ada. Buat puding ni untuk abah semalam.


Nak cerita sikit pasal bubur ni, semasa ada hayat aruah mak dulu selalu tengok dia menyediakan bubur untuk adik2 yang masih kecil dulu, memang dia seorang yang begitu mengambil berat tentang hal pemakanan  yang berkualiti untuk anak2 yang dalam proses untuk membesar. Dia akan mengikut setiap nasihat jururawat desa yang sentiasa memberitahu tentang diet bayi ni. Dan bila mak membuat bubur untuk adik2 ni sure lengkap dengan segala yang berkhasiat dan pastinya sedap. Mak akan buat sendiri bubur nasi dengan kiub2 kecil kentang dan isi ikan dan daging juga sayur2 yg diricis halus. Menu sentiasa bertukar agar adik2 tak jelak.Ikan bilis yang telah digoreng dan diblend halus pasti sentiasa ada untuk sesekali pertukaran menu. Dan dek keenakan bubur mak ni lah selalunya masa diberi tugas oleh mak untuk suap kemulut adik sangat dinantikan. Sebabnya kalau adik susah je nak bukak mulut sure sudu bubur tu kat mulut aku je.Tapi mak selalu akan buat ekstra bubur ni dan kami semua akan dapat makan kenyang. Disebab tu lah agak nya kesemua adik beradik ku sekarang semua sangat suke dengan apa je jenis bubur nasi ni. Seperkara lagi mak akan sentiasa simpan stok buah oren  kat rumah (masa tu tak de frigde kat rumah so abah akan beli sikit2 untuk 3 hari) sebab jus oren fresh ni mak akan perah  dan campur dengan glucose dan dimasuk dlm botol susu untuk adik2 minum.Haa sebab ni lah apa je yang ada rasa oren kami semua suke. Walau pun aruah mak dah lama tiada cara dia menyediakan makanan berkhasiat untuk anak2 akan tetap kami kenang dan mempraktikkan pada anak2 sendiri.

2 comments:

  1. ya Allah!! sedapnya bubur tu...dah la lapar ni...adoi la..

    kek tu pun cantik la...siap ngan bulu2 lagi tu...


    salam, tengs drop by my blog...awat tak follow sekali? huhu...

    ReplyDelete
  2. sedap nyaaa dikkk
    kalau ubuh sayur banyak2 sedap laggii dan lagiii :)

    ReplyDelete

Tulis la apa2 aje......