Tuesday, September 6, 2011

Raya Raya (Pt I)

Cepatnya Ramadhan berlalu dan Syawal pulak menjelma kini.permulaan Raya 2011 ni agak lain sikit dari selalunya.Tiga hari sembelum Raya ke Dungun menjemput Kak Ann  dulu dan mengambil kesempatan ni untuk terus ke Kelantan menjenguk keluarga Norman Ahman (Abang En D) yang telah beberapa lama cuti sakit akibat penyakit kencing manis.Dalam keluarga digelar Pak Ngah Leman oleh anak2 buah. Ikut perancangan pulang ke Kampung di Segamat sehari sebelum Raya, so kena buat perancangan yang teliti sebab semua adik2  beraya di rumah mertua masing2 mengikut giliran.Walau pun berjalan jauh  ni perancangan rapi untuk menyedia juadah di kampung siap diatur.

 
 Lepas jemput Kak Ann di Uitm Dungun, meneruskan perjalanan Ke Kelantan pulak.Dari Kuala Terengganu perjalanan mengambil masa dalam 4 jam.Berjalan masa berpuasa ni senang je tak perlu nak makan2 dan perut pun tak lapar macam waktu tak berpuasa.Ini lah keberkatan orang yang berpuasa.  Selepas lalu kat kawasan Tanah Merah terdapat se ekor anak kucing nak melintas jalan yang sibuk. Atas dasar kemanusian, berenti kereta dan Kak Ann turun untuk hantar anak kucing tu kat rumah yang berhampiran.

 

Cuba pujuk kuching ni jangan nak gi tengah jalan, siap bagi makanan lebihan nasi goreng masa sahur pagi tadi.

Tapiiiiiii..... sicomel ni laju mengejar kak Ann masa nak masuk dalam kete.

Hishhhh ,,,,demi keselamatan, ambil keputusan bawak masuk kete. Dan bertambah lah anggota keluarga dalam kete ni. Punya jinak dan manja siap tidor lena dalam aircond yang sejuk ni.
Sampai di Kota Bharu dalam kol 4 terus check in hotel ditengah2 bandar.Azam hotel ni hampir dengan kawasan pasar Siti Khadijah,,,,saja ambik yang dekat2 ni agar mudah untuk aktiviti shopping2 esok.

Masa check in si Chomel ni kena sorok dalam beg porch Apit sementara nak lalu depan lobby registration. Pandai dia dok dendiam dalam porch tu. Sampai dalam bilik acara beri makan dan lap badan dan mata dia yang comot tu. Bersiap ke rumah Pak Ngah Leman untuk berbuka disana dan diorang dah masak lauk rendang ayam kampung yang dipelihara belakang rumah.Offer Pak Ngah untuk pelihara si chomel ni tapi di tolak sebab rumah dah banyak kucing.


En. Nordin Ahmad & En. Norman Ahmad. 

Dalam perjalanan pulang dari rumah Pak Ngah ternampak rumah ni yang baru dibina. Cantik. Ambil keputusan lepaskan kucing comel dekat rumah ni. Banyak jugak rumah yang berhampiran dan biar senang dia nak cari makan nanti. Okkk bye,  bermastautin lah dia di kampung Salor ni. Walau pun 
kak Ann & Apit sedih nak lepaskan tapi tiada pilihan lain. Kalau dekat KL sure lah dia kena duduk kat rumah di Taman Bukit Kuchai ni...

 Sebelum kembali ke KL sempat beli2 sikit kat bazar Buluh Kubu.Agak lenggang sebab kebanyakan orang dah mula buat persiapan untuk masak2 sebab raya hanya 2 hari lagi.Pelik dengan minah yang berkasut bertumit tinggi 4 inci ni,meronda kesana sini setiap kedai sabail berbual ramah dengan setiap peniaga. Membayangkan keselamatan yang tipis kalau dia tergelinchir dengan ketinggian  kasut dia tu, sure tergolek.

Sabtu tengahari bertolak balik ke KL.Waktu ni jalan menuju ke Kota Bharu dari KL jem yang teruk.Warga Kelantan mula kembali bercuti, nasip baik kami dari bertentangan arus traffic jem. Ni pemandangan dari Kuala Krai. menuju ke Kota Bharu.

Rehat sekejab dan waktu berbuka lagi satu jam.

Patrol pam hampir Kuala Lipis. Berbuka disalah sebuah gerai ditepi kjlan menuju ke K. Lipis.. Sampai KL 10 malam. Esok perlu balik kampung Segamat pulak.

Beli tulang lutut lembu untuk buat soup gearbox. Sempat masak rendang dan hidangan untuk berbuka di hari terakhir bulan Ramadhan ni. Soap lutut dapat dinikmati masa berbuka setelah direbus selama 4 jam. Sangat sedap.

Hari ini Raya dah...walaupun hanya keluarga ku serta acu & wife menyambut Raya kali ni, ia tetap meriah dan bah sangat senang hati, semua beres.Walau masa yang suntuk untuk menyedia juadah tapi dah siap order satey & kuah kacang sebalum balik semalam. Lemang ketupat pun ada dari pemberian dari adik ipar.

Sangat shahdu tengok suasana rumah yang terang dan dikelilingi pelita raya, walau tidak ramai anak2 dihalaman ni Apit tetap gumbira dengan aktiviti meletupkan mercun sorang2.

Suasana di pagi Hari Raya sebelum tetamu datang. E eh....api pelita hidup lagiii walau dah siang.



Semoga bah dikurniakan kesihatan yang baik. Rumah yang dihuninya seorang diri ni amat sunyi dan kini riuh dan meriah bila anak cucu kembali beraya di kampung.

Apit dibagi tugas oleh Tok Bah untuk isi duit2 raya nak bagi pada kanak2

Ni keluarga ramai dari kakak Abah. Tetamu awal yang kami terima. 

Semoga ikatan silaturahim erat dan kembali berjumpa di tahun hadapan.
Pada hari Raya pertama dan ketiga tidak kemana2 hanya melawat kubur arwah mak dan  duduk rumah sambil layan tetamu. Sementara Raya kedua rumah dah meriah dengan ketibaan adik2 dan anak2 buah yang kembali beraya kat kampung ni pulak. Tapi Raya ketiga En. D mula usul plan untuk berjalan pulak sambil o.t.w. utk antar Kak Ann kembali ke Dungun balik. Okkk semua tu dalam Raya (pt II) nanti. Selamat Hari Raya untuk semua.

3 comments:

  1. huhuhuh... nape x ckp lalu raub ,, leh singah umah berbuka huhuhuh

    ReplyDelete
  2. oihh sadisnye kisah kucing comot kak ann... meh sini ambik lagi 2 ekor bwk pi kelantan... dah x larat nihhh... pagi raya posing 2 org pun menjadi tapi taun i x de bunga daisi... taun depan kita pose lebih2 golek2

    ReplyDelete
  3. Amir ; Nanti boleh singgah bagi je address, selalu turun naik melalui Raub tu.Tq atas pelawaan utk berbuka tu.

    Nerry ; Ni kali kedua bawak kucing duk hotel. Raya kali ni sucess sbab perancangan teliti dah prepare sebab tau x ramai anggota kluarga ada masa raya,nasip kak Ann ada utk urus pinggan mangkok yg dah guna sebelum masuk bilik dan kuar lagi bila org dah x de.

    ReplyDelete

Tulis la apa2 aje......