Wednesday, October 17, 2012

Roti Canai

Sesekali dipagi minggu pasti terpanggil untuk pegi restoran mamak ni. Walaupun agak jauh dari rumah tapi tarikan amat kuat untuk kesini . Yang dekat dengan rumah pun banyak tapi nak gi sini jugak. Tarikannya adalah roti canai yang sedap, tak berminyak, garing. Rasanya tiap kali order pasti tiap angota keluarga dengan pilihan yang sama tiap kali kesini. Bagi aku ghee tosei sini amat sedap, garing dan wangi bau gheenya. Sebenarnya aku ni memang peminat apa je makanan yang berasas minyak ghee. Hee ni bukan nak promote kedai mamak ni ye.

Kenapa kedai mamak disukai ramai?? Paling utama masuk jer cepat akan dapat layanan, Oder pun cepat dapat. Mana taknya baru sebut menu order ...siapppp kata simamak, walaupun dia belum gerak untuk kedapur  secara psikology, hati dah senang dengar perkataan siappp nya tu kan. order tak perlu tulis kat notes dengan menghafal bersungguh2 tiap apa yang diminta. Jarang jugak lah silapnya rasanya kalau silap pun yang sikit2 je, kalau ditegur tentang kesilapan tak de la diorang buat muka ketat. ok jer

Salah sorang anak mesti order 2 roti telur tiap kali kesini. Sape laa agaknya ye,,kari kambing pasti ada untuk dicecah.Telur rebus setengah masak pun order kat sini, alasan, mamak punya telur rebus setengah masak amat memenuhi citarasa,tak keras tak cair.
 Pengalaman di pagi minggu masa nak order nasi lemak digerai makcik dekat rumah amat merimaskan, masalahnya tokey tiada tukaran wang kecil. Adoiii rimas betul walaupun kita faham masalah diorang tetapi peniaga harus peka tentang wang tukaran ni. Bila terpaksa hulur wang besar, peniaga terus buat muka ketat seolah marah sangat dengan situasi tu dah macam salah besar sipembeli.Tapi cuba kekedai bangsa asing jarang pembeli rasa bersalah sebab diorang pasti sentiasa siap bersedia dengan tukaran kecil agar pembeli selesa dan terus membeli ditempat mereka kan.....

4 comments:

  1. Roti telur? Telur dh basuh ke? Meh mkn roti canai kt sek 16 shah alam..org kita yg buat, lembut & sedap! mmg x cukup sekeping..kan puteh kan :-)

    ReplyDelete
  2. Cik Anon ; Nanti saya check mamak tu basuh ke tak telur dia ek....Mak oii jauh nya , Nape tak syorkn makan roti canai kat segamat je dari gi sek 16 tuh...

    ReplyDelete
  3. sek 16 shah alam tak jauh mana pun Pn. Sekadar Coretan.. mungkin juga sama jarak dengan restoran mamak tu..

    ReplyDelete
  4. kari kambing memang terbaikkkkkkkkk

    ReplyDelete

Tulis la apa2 aje......