Thursday, January 3, 2013

Penutup tahun 2012

Alhamdulilah 2012 telah berlalu. Berbagai peristiwa telah berlalu. Syukur atas apa jua dengan kurniaan Allah.
Sedikit imbasan tentang keluarga kecil saya ini dan anak2 buah. Kak Ann sedang menjalani dan hampir nak habis praktikal di Airport T.Ganu

Disember 2012 Adiff genap 6 tahun, senang nak ingat birthday dia sebab mummynya dah tetap operation day sehari selepas Cristmas.Operate sehari lepas public holiday selamat dari bayar tripple utk doktor so tarikh 26 dipilih. Shafiq pon genap 17 tahun pada 11 Disember. Walau pon kebanyakan rakan sekelas dah genap 17 dia kena tunggu ujung tahun nak dapat 17 tu. Iskandar Mirza sikenet dalam pic atas dah 2 bulan. Rasa macam baru je tengok masa dia pada hari kelahiran kat hospital putrajaya . Entri patah tumbuh hilang berganti itu masa lahirnya dia.


Cake ni tak de acara potong2 cake oleh birthday boy sebab buat hal tak nak potong . Bagi kanak2 segala kemungkinan bole jadi ikut mood dia je .

Posing Adif semasa majlis birthday. Rakan2 lain meraikan ramai kat luar dengan main segala game and u dok santai kat sini ye...

Arissa cemerlang dalam PMR tahun ni Congrates kak cha.

Abah dikurnia Allah kesihatan yang baik dalam usia emasnya. Alhamdullilah. Makan2 di Juvita Seafood kat Banting Kelang.


First time abah makan Papahat yang digoreng bercili. Tekejut masa sedar dia makan kulit menda ni bila terdengar bunyi krip2  masa gigit kulit tu. Alamak lupa nak cakap isinya yang lembik2 tu.

Juvita Seafood ni antara tempat yang favorite kami jugak, pilihan seafood yang fresh dan western food pon ada .


Tanpa perancangan kami ke K. Terengganu menghantar Ann pulang memandangkan cuaca yang tak berapa elok dek musim tengkujuh dan banjir ni.Risau nak lepaskan dia drive sorang2 dalam cuaca begini.Kembali menginap di Terengganu Equestrian Resort (TER).

Hujan langsung tak henti sepanjang hari dari mula sampai sampai balik. Nasip jalan tak dinaiki air. Sambut kedatangan tahun baru 2013 ni disini, takde bunga api semeriah Kl dalam hujan yang tak henti ni. 

Abang Naim and atok bah.



Abah melawat kuda2 yang ada di TER




Sebelum pulang ke KL bawak abah melawat ke muzium T.Ganu. Semput jugak nak tangga turun tangga dengan keluasan muzium ni.


TQ kepada Wan praktikal student  rakan kak ann yang incharge kat muzium ni sebab bawak special tour untuk abah sekitar muzium. Penerangan tentang artifak jelas adakala abah jugak beri penerangan as pengalaman sebagai orang lama yang dah lalui zaman yang lebih awal dari ni.

Selesai melawat muzium ni, kali kedua untuk kami dan kali pertama untuk abah. Rasanya banyak tempat tak dilalui masa pertama kali datang sebab penat dengan keluasan muzium ni.


No camera dalam muzium !! tapiiii nak jugakkk. Ikan kerapu dah diawet yang terbesar pernah dijumpai kat perairan Ganu ..

 
Sebelum bertolak balik ke KL singgap jab kat airport tempat kak ann .



Semasa singgah makan tetiba nampak abah bawak kotak. Rupernya semasa solat situ dia terdengar bunyi ayam serama milik tokey gerai . so terus beli sepasang dan dalam kete meriah lah dengan bunyi cip cip cip ayam ni yang sekarang dah berhijrah ke Johor la pulak.


Berenti makan malam kat Bentong, ternampak signage makan ni, sangat memudahkan pelanggan. Rasanya bila nak order tu pening jugak kalau tgk menu yang berderet2 banyak, tapi kalau dah nampak cam ni mudah dan rasanya lengkap segalanya ada (ayam, ikan telur,sayur, masakan goreng dan jugak berkuah)Tak nak baca menu dah, terus tunjuk kat pelayan tu signage ni je. Senang kan dah siap estimate makan dan harga untuk beberapa orang. Pilihan kedua tu makan 5 orang pon tak terhabis.
Peristiwa masa order makanan kat Marang tadi agak pelik dan geram jugak.Biasanya aku akan sebut betul2 dan jelas bila buat order dengan restoran kat pantai timur ni sebab mungkin dialek diorang membataskan pemahaman yang tepat.Semasa nak order air minuman....

Pelayan :  Kak nak air apa?
Aku       :  Air epal hijau. (nak bagi terang agar tak silap siap mension epel ijau lagi))
Pelayan : Nak blend???
Aku       : (siap jegil mata kat budak tu. Dikkk... soalan yang tak patut ditanya. Kalau tak blend ada pilihan kena kunyah sendiri ke buah tu dan dinamakan air buah.
Pelayan : (sengih2 dan berlalu pergi)......hishhh




7 comments:

  1. selamat tahun baru kak haneem, semoga diberkati Allah selalu...always enjoy reading your blog and your experiences, keep on blogging okay!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru untuk Rosa juga. Terima kasih atas kunjugan kat blog akak ni.

      Delete
  2. hahahha weiii marah budak buat air tu mesti mood tengah haus bebenar ... lain kali ckp klu tak blend akak bawak bekal buah epal letak atas meja...

    ReplyDelete
  3. hahahha weiii marah budak buat air tu mesti mood tengah haus bebenar ... lain kali ckp klu tak blend akak bawak bekal buah epal letak atas meja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupon dah buat sebutan vokal yang sangat jelas tapi ada je yang silap, rasanya dia panic dan keliru bila siap sebut apple ijau tu...x sebut pulak takut di tanya pulak nak ijau atau merah .

      Delete
  4. TER? wah macam menarik stay kat situ..ada kudaaaa.. leh naik tak? Air Asia tengah sale nih..ada booked ke terengganu kang...

    ReplyDelete
  5. Yus, TER ni akak suke sebab ada aktiviti sekitaran resort x la terperap dlm bilik je, malam ada steamboat kat cafe(penting bab makan2 nih). Kuda ni bole ditunggang, charge berpatutan.,,Apa lagi booked jer terus....

    ReplyDelete

Tulis la apa2 aje......