Thursday, January 31, 2013

Air Tangan Ibu

Apa tangan mak ada keluar air masa masak??? Oh tidakk. Rasa tiap keluarga tak kira apa bangsa dan dimana negara dalam dunia ni mesti akan memuja masakan mak dia adalah sedap.Sebabnya sedap atau tidak mak masak itulah suapan makanan pertama yang kita makan disediakan oleh mak,semestinya mak akan masak sebaik mungkin demi disuap ke mulut anak2 dengan aliran kasih sayang bersama.




Kini setelah beberapa tahun dengan pemergian aruah mak kami adik beradik tetap menyukai masakan seperti yang disediakan oleh mak dulu. Walaupun sesetengah orang menyediakan mee rebus dengan perlbagai rencah dan cara siap berkuahkan keledek lenyek sebagainya, tapi bagi kami ini lah mee rebus versi mak yang dah sebati dengan tekak ni. Tidak lah susah sangat tapi setelah perisa dari rencah2 dan sayur bercampur dia menjadi rasa dan kenangan yang sangat indah untuk dinikmati.

Bahan2 nya.

Mee kuning (dicuci bersih agar rasa kapur dalam mee hilang)
Cili kering , bawang merah, bawang putih (dikisar)
Udang
Sotong
Daging dihiris halus2 (direbus dulu agar empuk , air rebusan diambil jadi kuah)
Fish cake / fish ball (jika suka)
Sawi / Tomato (tomato dibelah 4 lagi banyak lagi sedap dapat rasa masam2 sikit)

Setelah ditumis bahan kisar, masukkan daging dan air rebusan tadi.
Masukkan udang , sotong, fish cake /fish ball (jangan terlalu lama sebab nanti udang dan sotong kecut sangat) Masuk mee dan sayur. Biarkan mengelegak sekejab agar sayur tak lecuh sangat.  Ok itu saja


Puding kastad jugak adalah antara desert kegemaran keluarga. Kalau bulan puasa kat bazar Ramadhan Segamat Johor pasti kastad ni jadi menu wajib ada. Dimakan setelah disejukkan sangat menyamankan tekak.

Bahan2 nya

setengah pack bird kastad 
5 gelas air + setengah cawan susu cair
sedikit gula dan sesudu esen vanilla 
Campurkan semua bahan diatas dan kacau atas api perlahan tanpa henti sehingga adunan ringgan dan berkilat.
Masukkan dalam acuan kecil2

 Bahan untuk kuah ;

1 tin susu ideal + 1 tin air 
1 biji telur dipukul dahulu
Gula ikut manis yg disukai
2 sudu kastad di bancuh sedikit air 
sedikit vanilla
kacau semuanya atas api perlahan dan mendidih

Sejukkan dalam peti ais dan masukkan satu tin fruite cocktail.

Pertama kali acuan kuih ni muncul dalam pasaran rasa dalam sekitar tahun 1971. Sebab ingat sangat kat kotak tu tertulis SAWA  71. Acuan ni sangat popular masa tu. kalau raya, sekampung semua kuih terhasil dari acuan ni. Menolong mak buat kuaih ni sangat ditunggu, paling best nak tekan handle tu dan akan keluarlah paste yang pelbagai ikut acuan yang boleh ditukar ikut yang disukai. Kerana terlalu teruja belum habis satu adunan dah tukar acuan lain pulak sebab nak tengok hasil yang keluar tu. Maka terhasillah biskut yang sama rasa tapi lain bunga nya.


Ni antara acuan yang ada, perlbagai bunga akan terhasil.Kreativiti dalam menekan paste dengan acuan ni kena ada, kalau tak kena gaya bunga yang keluar akan kembang dan bila dah bakar lagi lah bertambah kembang dan tak la cantik, kena tekan agar terhasil bunga yang comel kena pandai adjust masa tekan handle tu.

Ni adalah kotak dan siap dipamerkan acuan dan bunga yang akan terhasil dari acuan.
 gambar credit dari http://bluesriders.blogspot.com
   

Kek pelangi versi mak akan dapat dinikmati bila dekat nak raya. Tanpa mengguna margerin ternama tanpa mengguna mesin penyukat hanya berpandu sebuah buku resepi bertulis jawi dan menggunakan sukatan cawan atau gelas sudah cukup menyelerakan untuk kami menikmatinya ketika itu. Aroma perisa ros dan vanilla dalam kek tu menghasilkan bau yang sangat sedap sekali. 
 

12 comments:

  1. kak hanim
    nk tgk resepi kek tulisan jawi tu..tak elok kelekut tau :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole jer,,nanti kita sama2 mengeja slow2 huruf tu

      Delete
  2. sedappp semuaaaa nyee, tu tak kira tumis sawi dgn daging, campur potato dan tomato, raya nak buat kuih sawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena selalu buat agar kak cha ngn nina akan warisi utk anak2 dia pulak. tetiba teringat kuih dahlia yg cantik, tekan atas tudung periok dn bakar....

      Delete
  3. wonderful recipes kak haneem, thanks for sharing...mom's cooking is definitely the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Rosa ; Very true mom's cooking is incomparable.

      Delete
  4. alamak nostalgia yang acuan kuihtu.. emak akakpun ada...
    air tangan mak memang tiada tandingannyer.. macam akak merindui resipi arwah opah.. sekaranngni mak ada lagi tak terasa sebab kalau balik kampung dah boleh rasakan... kalau dah takder baruler tersangatler merindui sebab air tangantu mana nak carikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cho Zila ; Pelajari apa yang patut sementara diorang masih ada.Air tangan tiap sorang adalah tak sama walaupun kita tiru seratus peratus resepinya. Air tangan kita pon akan diminati oleh orang yang makan masakan kita.

      Delete
  5. Salam kenal..akak dah folo..:)

    ReplyDelete
  6. wah nampak menarik mee rebus tu..hmm...nak cuba lah resipi ni.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mee rebus simple je ni. thanks dan salam kenal

      Delete

Tulis la apa2 aje......