Tuesday, July 16, 2019

Juadah Raya 2019

Walau Syawal telah berlalu nak juga tepek juadah jamuan raya ofis untuk tahun ini untuk rujukan tahun depan. Hasil dari pot luck staf  berbagai juadah terhasil.  Puding laici sedap ni
Buah buah potong dan tabur dengan kiub ais
Asam manis disediakan untuk pelengkap rasa bila dah selesai makan perbagai juadah.Agar agar kering tu menambah seri.


Kuih koci tu hebat rasanya,hasil buatan staf yang semestinya dibuat dengan penuh teliti dan terhasillah rasa yang sangat istimewa.Dilengkapi dengan salutan santan pekat lemak manis rasa si kuih koci.
Stew meat ball dicicah french loaf dari penulis blog ini,,tapi hasil air tangan anak anak. 
Puding sago juga antara juadah pemanis mulut yang cepat habisnya.
Pulut kuning diganding dengan sambal tumis bilis. Nasi impit berkuah kacang. Boleh dimakan dengan daging dendeng special dari boss sendiri.


Selesai menghidang juadah bermula lah sesi berfoto sebelum tetamu datang.


Antara tetamu yang dijemput adalah nak bujang arwah rakan sekerja yang telah meninggal dunia akibat kemalangan pada 2004. Anak ini berusia 9 tahun semasa peristiwa sedih ini satu satunya yang terselamat kini telah berusia 26 tahun antara tetamu yang istimewa.Al Fatihah untuk arwah Nor Azizah bersama suami dan 2 anak kecil nya.


Bunga heliconia ni setiap tahun pasti ada dimeja hidangan. Bunga ini sentiasa bebunga di sekitar kampus.
2 jenis puding laici dihidangkan , puding laici bersirap dan puding laici gula merah.
Dua hari sebelum majlis kami menghias dewan ini disatu sudut yang berhampiran tingkap. Dengan hanya bermodal segulung kain pongee berharga RM75 dibeli di kedai whole sale untuk kain kain hiasan canopi berhampiran Kenangan Mall Kuala Lumpur.Segulung berukuran 50 meter sudah memadai malah berlebihan siap di buat skiriting meja makan juga.
Ini lah hasil bila telah berganding tenaga dan idea, Dengan modal yang sedikit hasil yang menceriakan.
Tanpa railing untuk curtain ni, hanya distapler dengan stapler gun saja.
Tetamu yang hadir mula datang setengah jam sebelum majlis.Keadaan agak merimaskan kerana catering makan utama nasi beriani belum datang lagi.Namun juadah di meja pot luck telah sedia ada. Sceond station ini adalah untuk nasi dan laksa .
Alhamdulilah semua mencukupi semoga hubungan ukhwan terjalin antara kami.
Antara salah satu sudut di dewan ini

Setiap staf dengn kelebihan masing masing akan dipergunakan untuk merealisasikan hal decoration ini . Allhamdulillah




1 comment:

Tulis la apa2 aje......