Monday, February 7, 2011

Jom Jalan Jalan

Perjalanan K.L ke Dungun agak kini agak kerap dilakukan kerana anak ku yang menuntut di Dungun.Bagi perjalanan yang selalunya 5 jam tapi tidak bagi keluarga kami, masa boleh mencecah 9 ke 10 jam dek kerap singgah sana sini, makan, rehat dan pelbagainya juga faktor pemanduan yang berhemah Encik D dan menghayati perjalanan. Bagi anak anak aku, bapa mereka adalah tour guide keluarga yang sentiasa memberi penerangan tempat tempat yang dilalui, termasuk cara memandu yang betul,,,,,mengalahkan polis trafik.Ada kala kami dah dapat meneka apa yang  akan diterangkan pasal sesebuah tempat,penerangan tetap akan dibuat walau dah berpuluh kali kami dengar. ada jugak anak anak akan beri keterangan tu sebelom dia bercakap.
                                      Belum sampai lagi berenti kat sini jab.
Suka bila lalu kat kawasan sawah camni

        Singgah di tempat buat bot Pulau Duyung T.ganu



Kaftan lukisan tangan yang cantik

Kadang kala tujuan untuk hantar Ann balik ke hostel menjadi lebih hapening bila melarat bila menyusuri jalan terus ke Kuala Terengganu dan ada kala terterussss lagi ke Kelantan.

Rantau Panjang Kelantan, kedai hand beg ni wajib singgah. Sedang berusaha menawar harga .


Somtam....sedap juga (kerabu perlbagai sayur) pandai diorang balance kn masam, masin dan manis.


Keliru dengan masjid ni yg disangkakan tempat sembahyang Cina. Terkejut tgk mak aji & pak aji ramai kat situ, rupenya ini lah Masjid Peking otw ke Rantau Panjang


Bermalam semalaman di kelantan, sempat ke wakaf che yeh, tempat jualan yang banyak dan semakin meriah menjelang ke subuh.




Beli belah apa yang patut


Bertolak balik ke Kuala Trengganu semula


Singgah rehat kat Pantai Telok Gadung Dungun




At last baru kak Ann diturunkan kat Hostel...Bye


Byeee..........

No comments:

Post a Comment

Tulis la apa2 aje......