Majlis Acu (sibongsu) akan bakal menjelang tak lama dah ni, so persiapan perlu dibuat perancangan perlu diatur.Listing barang dan budjet dah dibuat.Perbincangan dan atur cara dah discuss dengan adik perempuan ku.Budget dah di aprove oleh abah dengan mudah setelah kami bentangkan details barang dan atur cara.Hish senang ye jadik si bongsu, mengenangkan persediaaan sendiri dulu semua kena sendiri pikir, tapi masa tu ada aruah mak tempat untuk buat rujukan, tapi kini mengenangkan mak telah tiada so kami lah tempat gantinya dan akan cuba buat sebaik mungkin.
Di pagi Ahad bermulalah misi mencari keperluan ini.
Sebelum nak mula shopping barang keperluan yang semestinya akan mengambil masa seharian so kena heavy breakfast dulu.Ini untuk tenaga.
Nina cepat habiskan nasi lemak tu, ni banyak nak guna tenaga untuk shopping ni
Budak dua orang ni paling gembira dapat ikut serta menyibukkan lagi keadaan.
Adiff nak ikut jugakkk.....mak long !!!!!
List barang kena bawak tapi tak pasti boleh mengikut apa yang dirancang atau tak....Kemain lagi pandai betul memikirkan begitu dan begini tapi bila dah shopping agak susah jugak nak selaraskan dengan budget, bukan tak cukup tapi......kena belanja berhemah dan pastikan barang tu ada kegunaan dan tak membazir. Cenderahati majlis kahwin ni bermacam macam trend sekarang, tapi selalunya agak membazir dan tuan rumah jugak mengeluar belanja yang mahal untuk cenderahati tapi tak berbaloi kegunaannya seperti saputangan tuala, pot pourri, sudu garfu kechil, atau lilin wangi.....tapi semua ni tidak digunakan sangat oleh penerima dan terbuang saja.So kami akan cuba mencari barang yang akan jadi kenangan dan jugak berguna untuk kegunaan tetamu.
Mula mula pegi Jakel untuk beli cadar, tirai bilik dan baju sedondon untuk dipakai oleh anggota keluarga Haji Manaf
Tapiiiii ...lain pulak jadiknya, adifdah berkenan cadar ni untuk bilik sendiri, Nina pun dah ada pilihan jugak.
Mummy pulak dah bekenan yang ni untuk bilik sendiri....
Keperluan untuk majlis belum dapat lagi, tapi untuk kegunaan sendiri dah bertimbun.
Ok, mula kan dengan pilihan tirai belakang katil, dan match untuk cadar pengantin yang telah dibooking semasa shopping untk bertunang tahun lepas.
Nina enjoy habis kat sini....
Acara selingan lagi,,,nina dah melaram dengan veil pengantin tu, dalam hati nina eiii cepatlah aku dewasa...
Mummy pun cuba cuba selendang ni, tapi....nanti mesti masa majlis tu ko dah blow rambut ko kembang dan keras dan akhirnya selendang ni dok ikat kat pinggang dek kerimasan kan..
Dalam pemilihan untuk baju warna sedondon keluarga
Beberapa jam telah berlalu ,,,dua orang ni dah mula keletihan terutama Adif yang dah mula boring sebab tak ada barang mainan. Nina agak ok sebab seronok dapat cuba melaram dengan bermacam kain pengantin dan selendang yang cantik.
Adif dah mula tunjuk body language sign tanda boring.......
Adif dah mula bersilat silat dan merengek rengek suruh cepat keluar dan mula cari pasal dengan nina dan akhirnya jadik la gini.....
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
Cubitan halus dan perit hadiah nina to adif.....keadaan tambah gamat
So kena lerai dan menenang kan diorang. Dok rehat jab sambil mata masih meliar tengok kain dari tempat duduk ni.Stamina ok lagi dek bersemangatnya bershopping ni
Sebahagian barang dah terkumpul
Acara pungah barang, tapi masih tak selesai sebab masih kat aras 1 lagi,,,sambil lalu tepi tepi kain tu masih nak raba raba jugak kain yang ada tu
Adif tak kasi masuk comforter dia dalam beg sebab nak bawak sendiri....so bawak la sendiri eh....
Nina pun bawak barang sendiri jugak
Akhirnya semua dah settle, walau pun kat pic di atas semua tersenyum tapi dalam hati dah tak sabar nak sepel peha adif yang tengah melalak tu
Tengahari lunch di Piza hut.Adif ceria semula
Selesai lunch brake, meneruskan ke Plaza Alam Central untuk godie godie mak cik marhaban, saudara mara dan sahabat handai......
Nina tetap ceria dicelah rimbunan bunga bunga kat situ
Adif dah mula boring balik sebab tak nampak kedai barang mainan
Di antara yang telah dipilih
Bunga bunga ni untuk deco deco cenderahati yang dah dipilih tu
Seronok tengok decoration yang ada.Simple itu menawan, kena ingat tag line ini bila membuat pilihan. Walau pun tidak semua pilihan dalam listing disediakan tu dapat diikuti tapi tapi kami telah dapat membuat pilihan yang berbaloi dan tidak membazir rasa nya. Dan yang penting ia tidak tersasar dari lingkungan budget.
Hydrengea memang cantik
Akhirnya.........selesailah acara memilih barangan cenderahati, dengan 3 troley plus 1 troley sarat barangan untuk sendiri menuju ke basement.Bantuan 2 orang staf bangla kat sini amat dihargai. Dek keletihan berpusing jugak nak cari kereta kat parking Plaza Alam Central yang agak pelik dan complicated tu,,,siap mintak tolong pak guard tolong carik tempat letak kereta. Kereta sarat barang,,,,,,kitorang dah terduduk kat seat kete sambil pasang aircond yang semaximum yang boleh, pandai ko la bangla nak load barang tu kat mana ruang yang muat kat kete tu..... Nina dah duduk kat seat belakang ditimbuni beg kain dan kotak. Tapi nina tetap senyum gumbira sambil isap puting. Shopping yang bermula pukul 10.00 am berakhir hampir senja waktu burung nak masuk sarang......
balik dari shopping kepala adif and nina pun dah mema asyik kena ketuk and kena pial....
ReplyDelete