Friday, February 11, 2011

Banjir datang lagi.....

Banjir datang lagi....tapi orang Segamat sebut air bah, walau apa pun dulu ia selalu dalam bulan Disember tapi kini tak kira dah bulan apa pun jika hujan berlarutan pasti ini berlaku.Balik kampung untuk jenguk abah yang tinggal sorang2 kat rumah dalam hati best jugak tengok air bah ni. Seronok bagi orang yang rumah tak kena air bah ni, tapi memang kasihan pada yang mendapat musibah rumah ditengelami. Disebabkan rumah yang dibina atas bukit so selamat dari air bah walau pun kawasan terkepung dek air.


Mengimbas kenangan silam pasal air bah disekitar tahun 70 an memang tidak boleh dilupakan kerana masa tu banjir besar yang melibat seluruh Malaysia. Masa tu rumah lama dibawah bukit dan air naik mendadak ketika malam, dan kami berpindah kerumah jiran yang berumah atas bukit pada malam tu jugak. Dan bertambah kalut juga kerana ketika itu arwah datuk sebelah abah sakit kuat, juga dibawa berpindah ke rumah jiran, tapi sakit nya bertambah teruk dimana keluarga memutuskan untuk dibawa ke rumah ibu saudara di kampung lain yang tidak terjejas dek banjir, tapi nak ke sana perlu menyemberang jalan yang telah dinaiki air.Dengan menaiki sebuah perahu kami sekeluarga bersama aruah datuk yang sedang nazak terbaring dalam perahu dengan hujan yang turun tak henti, Keadaan sungguh menakutkan kerana perahu dengan dayungan tangan pak cik kat kampung tu seakan hanyut ke hilir kerana arus yang deras. Aku dengan adik hanya memeluk erat pada mak  yang aku lihat sungguh risau dan takut. Alhamdulilah kami selamat setelah hampir setengah jam pak cik tu bertarung dengan arus. Aruah datuk menghembuskan nafas terakhirnya peda keesokan hari setelah sampai ke rumah ibu saudara.

Ketika zaman kanak2 ku banjir memang seronok kerana ketika itu ramai orang kampung yang akan buat rakit yang dibuat dari batang pisang. Disebabkan rumah aku diseberang jalan yang dinaiki air maka banyak lah rakit yang diorang park kat pokok depan rumah,,, so aku dengan sepupu akan mengerjakan rakit2 ni hanya pusing2 kawasan yang dekat saje sebab kalau mak nampak sure dia kan tuding2 jari dan jerit nyaring2 suruh naik rumah.Rakit ni senang terberanchai pulak. Bila rakit tu dah hanchai  so kitorang akan park semula elok2 dan bila tuan nya datang nak guna dia akan merungut dan tanya2 saper punya kerja......so jawapan nya standard la nak idup...tak tau la pak cik !!!! kitorang ni pun baru datang tengok 2 air jer ni....sambil buat pelik2 dan buat muka tak bersalah......(rasanye pak cik tu tau saper punya angkara ni)



Ini merupakan bantuan kepada mangsa banjir sekarang, jika tahun 70 an dulu bantuan kepada setiap rumah seperti beras, susu tepung dumex,minyak, gula dan 1 tin besar biskut cream kraker. Tapi sekarang bantuan yang begitu disalurkan di pusat sementara pemindahan banjir.


 Sebelum balik kampung Kak Ann sempat buat cake ni untuk minum2 petang dengan atok.
Penat nak tunggu bila kuih ni boleh dimakan, lepas sejuk di aisingkan pulak.Pastu sesi gambar pulak. Akhirnya kuih untuk atok hanya setengah je yang tinggal.


Akhirnya baru bole dipotong.


Cerita sebenar dibelakang tabir bagi buat cake, ini lah orang yang menjadi suruhan kak Ann untuk ambik itu ini dan berbagai arahan jugak kena kendali cake mixer tu sampai tepung ni sebati......lagi terok kerja dari orang yang tukang buat cake, upahnya ialah dapat jilat coklat cream yang salut cake tu.


Bila musim banjir ni sure cuaca sejuk dan hujan tak henti2, makan panas dan rebus2 sangat sedap dimakan. Ni nama nya keladi 'Bote',,,ha jangan sesekali tukar ejaan 'B' kepada 'K'.....ia sangat sedap dan lemak.


Rebus ubi bercicah sambal atau ikan masin...ummmm minum ngn kopi O.


Ikan siakap masak stim  makan panas2.....tapi masa banjir susah nak carik ikan siakap, pakai je ikan apa2 pon


Ni paling best,,,,hirup masa musim hujan.....


Bila banjir air akan hampir nak ke pintu gate  ni,,,so cuba bayangkan kitorang akan berangan lah macam berumah ditepian pantai.Aktiviti pertama bila bangun dari tidur akan terus meluru kedepan ni nak check aras air....sibok macam kerja menyukat banjir. Tapi kecewa kalau air ni surut cepat.


Bila musim hujan ,,,makan aje la keje nya...apa je sume sedap, ikan sunggai masak tempoyak


Menu petang hari ....soto


Banjir ni tak la lama,,,,,,,dalam seminggu je biasanya...Ni air dah mula surut. Tapi ia akan tetap datang dan pergi......




2 comments:

  1. paling nostalgia ialah bau rumput dan semak yang terendam dalam banjir berminggu2 masam2 hangit yang sangat x boleh lupa.... lintah anda cacing gedik2 dalam air walau dah kena gigit pun boleh tarik keluar dari kulit janji x masuk semua.. klu budak sekarang kena mahu tak pengsan 2,3 malam or parent dah usung ke emergency damansara specialist siap masuk ICU bagai...

    ReplyDelete
  2. Bau air baniir yang masam2 hangit tu memang nostalgia, walau dihidu kat mana pon sure akan ingat air bah kat kg. Sampai skrg masih memikirkan betul ke citer lintah bole masuk dan beranak pinak dlm perut orang tu citer betul atau mitos.....?????

    ReplyDelete

Tulis la apa2 aje......