Tuesday, May 10, 2011

Jalan jalan Vietnam

29 April 2011 bersama group rakan sepejabat menuju ke bandar Ho Chi Minh Vietnam, perancangan yang telah lama dibuat kini telah sampai waktu untuk berangkat. Trip 4 hari 3 malam ini meriah dengan berbagai keletah staf. Semestinya yang wanita teruja dengan aktiviti shopping dan lelaki lebih ke acara jalan jalan saja.

Di KLIA semasa check in untuk pernerbangan pukul 2.45 petang.Semua masih fresh. Penerbangan mengambil masa 1 jam 25 minit.


Suasana di jalan raya Saigon dipenuhi dengan kenderaan motosikal, walau pun agak huru hara dan tidak begitu mematuhi undang undang jalan raya tetapi tiada traffic jam atas kesefahaman dan tolak ansur di jalan raya.



Berhadapan bangunan tinggalan penjajah, ni mula2 jejak dibumi V.nam

Berlatar belakang restoran Halal Saigon



 Hari kedua melawat chuchi Tunnel yg punya banyak laluan kubu bawah tanah

Lubang asal laluan untuk menuju kubu bawah tanah
Hanya dia je sorang yang dapat meloloskan badan, rakan2 yang lain hanya celus takat peha je.


Tinggalan bom semasa perang


Dapat merasai laluan bawah tunel ni, itu pun setelah di ubah luas sedikit untuk para pelancong, dan siap ada tangga yang selesa lagi, walau apa pun merasa melalui laluan ini memang merimaskan, tak dapat bayangkan camne diorang dulu melalui semua ini


Tour guide kami sempat mengajar beberapa ayat masyarakat vietnam. Perkataan yang sama tapi punya makna yang berbeza, hanya nada sebutan je yang menentukan makna. Patut la bila dengan diorang bercakap macam berlagu dan pastinya diorang mahir dengan pitching.


Salah satu ayat yang popular untuk dihafal oleh kaum lelaki = Anh Yeu Em
Bagi kaum wanita pulak semestinya = Mac Qua ( huh ni berguna bila nak bertekak masa shopping kat Ben Than  market)




Salah seorang pelancong cilik mencuba meloloskan badan


Kalau ini lah orang yang nak cuba masuk ke dalam laluan ke tunnel tu sah sah  tak kan lepas atau mungkin tersangkot sampai perang berakhir.....
Lawatan ke Chuchi Tunnel ni berakhir dengan akhir sekali kami dijamu dengan teh dan ubi rebus bercicah kacang tumbuk,

Cenderamata



Singah di kilang membuat kraftangan. Petugas ni sedang menampal kulit2 telur untuk dijadikan hiasan


Lukisan yang sangat menarik yang dihasil dari kulit telur yang telah digam ke papan tersebut


Naik kereta kuda padi untk menuju ke tepian sungai Mekong


Menyusuri sungai Mekong dengan muatan 4 orang dan seorang pendayung sampan.Tak bole nak posing berlebih2 kat sini dan orang yang dalam pic ni pun takut2 nak toleh belakang takut sampan terbalik.


Malam ke night market diluar pasar Ben Than


Suasana urusan tawar menawar dalam pasar Ben Than


Pelbagai pilihan kain, sutera, cotton dan linen

Pelbagai barang dari kulit buaya dan kulit ular




Dalam bot ketika menuju ke coconut island lebih kurang 25 minit. Minum air kelapa yang disediakan walau pun tak berapa suke air ni tapi sedap pulak bila kat sini



Melawat ke tempat tinggal Presiden, kini dah dijadikan museum.




Dalam perjalanan menuju pulang ke Saigon dapat lihat sawah padi yang luas tetapi masa ni baru habis menuai dan dalam proses nak tanam balik. Yang kelihatan ditengah sawah tu ada kubur. Diorang boleh kuburkan kaum keluarga ditanah masing2 ikut suka, tiada kawasan khas perkuburan. Nak tanam depan rumah boleh boleh.





Tiada R&R macam kat highway kita tapi diorang menyediakan tempat rehat macamni dimana sambil minum kopi mereka boleh baring atas hamock yang disediakan dan servise urut jugak ada.



Hari ke empat kembali ke Kuala Lumpur dengan penerbangan MH759. Keseluruhan perjalanan seronok walau pun cuaca agak panas dan merimaskan ketika ini 37 darjah celcius. Walau apa pun amat bersyukur duduk di negara sendiri dimana jauh lebih maju dari diorang yang masih dalam proses nak memajukan negara yang dah teruk dalam melalui zaman perang yang panjang.

9 comments:

  1. torowong bawah tanah tu memang superb..

    err.. muskhil juga macamana nak bezakan perkataan MA tu ? semuanya sama... silap gaya, lain pula maksudnya

    ReplyDelete
  2. I visited several web pages but the audio feature for audio songs
    existing at this web page is really superb.

    Also visit my web-site: voyance

    ReplyDelete
  3. This piece of writing is really a good one it assists new web viewers, who are wishing
    in favor of blogging.

    Also visit my web-site - http://landingpage1.ucoz.com

    ReplyDelete
  4. ӏt's awesome designed for me to have a site, which is valuable in support of my experience. thanks admin

    Here is my blog: Devis Travaux

    ReplyDelete
  5. Hmm it seems like your blog ate my first comment (it was super long) so I
    guess I'll just sum it up what I wrote and say, I'm thoroughly enjoying
    your blog. I too am an aspiring blog writer but I'm still new to everything. Do you have any points for first-time blog writers? I'd certainly
    appreciate it.

    Also visit my web blog - voyance Gratuite

    ReplyDelete
  6. Sіncе the admin of this ѕіtе is worκіng, nо
    doubt vеrу soon іt wіll be renowned, due to
    its quаlіty contentѕ.

    Alsо vіѕіt my site;
    disque ssd

    ReplyDelete
  7. It's actually a great and useful piece of info. I am glad that you just shared this useful info with us. Please keep us up to date like this. Thank you for sharing.

    Here is my web site - voyance gratuite

    ReplyDelete
  8. Hi nak tanye di ho chi minh senang tak kite muslim nak cari tempat makan ?? especially for big company trip ?? Boleh advise tak ???

    ReplyDelete
  9. Yksinkertainen totuus on kanta eri asia on paras nettikasinot miksi casino
    room pelaisit varoittaa mysscc heidan moonbats sen palkkalistoilta löytyy kunnolla tuore netticasino joka avasi pelaajalleen mahdollisuuden tulla rikkaaksi kasino tassa keskustelussa.
    Nyt kerrallaan tai antaa tietokoneen tietokoneelle asennettavassa palacessa on ilmaista
    rahaa ilman omaa on aina parasta yrittää hopearaha nimitys hieman eteenpäin houkuttelevia hot linjalla sivustot!

    ReplyDelete

Tulis la apa2 aje......