Thursday, October 20, 2011

Makan makan


Makan makan time......kadangkala boasn jugak dengan masakan kat rumah, so sesekali tu ini lah tempat kami sekeluarga makan untuk dinner. Dulu tapak kedai ni hanya sebuah rumah buruk yang terbiar je tapi kini dah menjadi restoran makanan kegemaran keluarga ku. Namanya Restoran "Mak Long" .Invironmentnya nyaman dan ciri2 restoran ni cam klasik sikit dan buatan dari kayu cantik.Tapi yang penting masakannya sedappp....ni yg penting bukan takat melawa je tapi masakan hempeh tak guna.

Waktu niaga hanya malam je mulai dari kol 6 ptg.

Ni tengah2 nunggu hidangan yang sedang dimasak kat dalam tu.




Satey kat restoran mak long ni terbaik.....lembut dan rempah ratus yang secukup rasa. Sebelum makanan lain sampai, makan ni dulu.

 Minuman ni beri nama Air Chinta, jus apple ngn limau kasturi yg dijeruk dan disumbat ngn asam boi tetengahnya.
Airnya dah abis disedut dan ni tengah mengunyah asam boi ngn limau tu,,,,eee sedapnya.Abis kulit2 limau tu dimakan jugak.

 
Ni bee hoon soup kegemaran, sayur lebih dan rasa sedap. Selalunya menu kegemaran anak2 lelaki lebih kurang sama jer bila order, tapi tidak bagi budak pompuan sorang ni, kalau nak order jenuh budak kedai tu berdiri sebab nak tunggu decision menu dia mcm nak jawab soklan kertas peperiksaan.Len kali buat semayang istikharah je sebelum buat order ye.


Selesa kedai ni yg nampak kat luar tu tempat diorang bakar satey & tauhu bakar.


Soup kambing......Yg ni pulak masa gi makan tengahari dengan kawan ofis. Tempatnya nun jauhhhhh...area Pudu tapi gagah jugak pegi menempuh jem tengahari tu.Tapi berbaloi rasa soap tu .....five star.....!!!!

Patut la makin lama orang makin ramai semua menuju ke periok besar ni.

Ni dia soap kambing, makan ngn nasi putih dan sambal sikit.Sedappp tapi kalau hari2 makan boleh bawak akibat ni.

Kedai ni kecik je, tapi puas nak mengingatkan nama restoran tu. Satu cara nak ingat ,nyanyi je lagu suri ram ram suuuri rammmm.....(sururi)

Disebabkan dah banyak makan soap kambing tu, balik rumah kena gunakan alat ni.....ni doktor sambilan tengah bertugas check darah masing2.

4 comments:

  1. amboi masing2 pekena sup kambing..huhuhu

    ReplyDelete
  2. kak, kedai first tu kat mana? mcm best jer...

    ReplyDelete
  3. Ida, kedai tu di Bt 6 Jalan Puchong, kat tepi jln ada sinage ' Mak Long' cuti tiap hari Isnin

    ReplyDelete
  4. sesekali makan luar ok kan .. nak2 bawak anak2 nie .. semua berselera .. cantik juga rest nie :)

    ReplyDelete

Tulis la apa2 aje......