Friday, November 2, 2012

Homestay Kuala Terengganu


Kali ini entah untuk yang  keberapa kali dah dalam taun ni datang sini lagi Kalau selalunya dengan tujuan jengok2 kak Ann di Dungun, kali ni misi utama mencari bilik untuk disewa bagi kak Ann yang menjalani praktikal di Airport K. Terengganu. Waktu ni adalah hari kedua suasana Raya Haji, perjalanan bermula dari Kampung di Segamat Johor. Sebelum ni dah google untuk cari homestay disekitar daerah Gong Badak sebab dekat dengan airport untuk bermalam selama 2 hari untuk urusan cari bilik untuk anak ni.. Berkenan dengan homestay Nur Kasih dan terus booking.

 Bersama rakan kak Ann, Mastura kami menginap disini. Memang selesa denan harga RM140.00 semalam, rasanya berpatutan dan lengkap dengan segalanya. Tiga bilik 2 bilik dan air fully furnished.


 Disebabkan selalu check in kat hotel je,rasa cam rumah sendiri pulak bila duduk kat sini. Amat selesa.

Ruang tetamu di homestay ni.

 Misi keluar mencari bilik untuk disewa oleh budak2 ni bermula pagi Ahad. Dengan beberapa contact yang dapat through iklan kat Mudah.com. dan rekomen dari beberapa orang. Dah tentu lah yang harga murah tu dicari dulu. Pic atas ni adalah suasana  rumah yang nak sewa bilik RM100.00 sebulan.Dah nampak pun pagar airportnya.Dekat dan murah tapi suasana dalaman tak memuaskan. Tanpa perabot langsong, hanya beralas tikar getah je. Demi menjaga hati tuan rumah beritahu yang kami akan confirm kemudian sebab nak berbincang dengan seorang lagi rakan budak2 ni.

 Terus ke pilihan kedua, dengan penuh harapan agar ini ok. Owner homestay tunggu kat entrace airport dan kami mengikuti nya dari belakang.
 Debaran hilang dan rasa lega bila mula tengok homestay ni. Hmmm rasanya keputusan dah dibuat dalam hati ketika sampai ni.

 Alhamdulillah bila tengok kak Ann dengan Mas dah senyum2 tu, sure ni lah tempat dipilih untuk menetap selama 3 bulan. Hanya 2 bilik je yang owner ni open untuk monthly rental.Fully furnished dengan rental seorang RM170.00.

Bilik selesa dan bersih atach bathroom tv dan segala peralatan untuk minuman juga disediakan.

Ruang santai di tingkat 2 homestay ni. Pemandangan luar adalah suasana kampung , jarak sangat dekat dengan airport dan rasa keselamatan terjamin dengan rumah owner kat sebelah je bangunan ni.


Puas hati lah kan ,,,,pencarian berakhir.

Sedang dalam urusan pembayaran dengan owner homestay Cahaya

Haa ni part yang paling best, owner ni jugak adalah pengusaha mencanting batik, siap ada bengkel kat belakang rumah. Ruang pamer ni kat ruang bawah homestay ni. So apa lagi ambik kesempatan ni untuk jualan di ofis..... ibarat sambil menyelam minum air kan.

Cantik design diorang harga pun berpatutan.

Selepas settle urusan masuk barangan budak2 ni, acara memilih dilakukan. Ambik 20 helai untuk permulaan. Tak susah untuk buat pilihan sebab semua cantikkkk.

Akhirnya kaftan ni selamat dipamer pulak  kt ruang ofis pulak, sekejab je sebab beberapa jam je semua habis. Sangkut jab kat kabinet failing.


Dah lama nak carik restoran D'Muara ni, ramai yang cakap sini makanannya bagus.Tapi punya laa susah nak carik walaupun tau tempat nya dibawah jambatan yang menuju ke Seberang Takir. Hasil gigih kak ann  mengoogle akhirnya dapat juga cari dengan kesabaran En. Din yang memang pakar bab cari tempat walau dimana. Rasanya pihak restoran kena lebihkan signage terutama waktu nak menuju sini, Dah beberapa kali kami terlepas dari jalan masuk ni, Ada signage nya tapi agak kecik, gelap dan tak berapa nak tarik perhatian.


Restoran ni betul dibawah jabatan dekat dengan perkampungan Losong. Ruang makannya adalah atas rumah traditional Terengganu. Posing dulu sebelum naik rumah restoran ni.

Hidangan air jus dengan bergelas besar tiba agak cepat.

Disebabkan malam tu agak kenyang, tak la order banyak hanya Siakap stim limau , sotong celup tepong dan kerabu mangga. Sedap, walau pun makan dengan perut kenyang. Kalau tak sure ketam jugak menu wajib ada.


Rakan Kak Ann yang sama praktikal pun join sekali. Diorang senyum dengan berdebar sebab esok nak mula hari pertama praktikal. Hissh tak habis dengan debaran dari misi mencari tempat tinggal sampai kan nak hadapi hari pertama praktikal. Membelakang gamba ni adalah sungai sungai dan masjid kristal.


Serius abang Naim tunggu hidangan sampai.

Dalam perjalanan balik ke KL. singgah jab kat Dungun beli segala yang segar kat sini. Dah pasti sotong tu dah selamat dalam fridge kat rumah. 

Cantik tengok ni tapi tak tau nak buat masak macamana. Perjalanan balik lancar. Nasip baik tak balik Ahad sebab denganr cerita jem teruk sepanajang jalan dek warga kampung balik dari cuti raya haji.

9 comments:

  1. Ye la tu masa bila semua nk yg fresh tapi klu dh berminggu dok dlm peti ais letak air freshener pon blm tentu wangi :-)

    ReplyDelete
  2. Eh silap eja la pulaks..BELI bukan bila :-)

    ReplyDelete
  3. Selang bebrapa rumah dr rumah saya ada jugak homestay.
    Penting tu..kena cari rumah dekat airport senang nak balik..
    Kat Pantai Timur mmg byk seafood and fresh pulak tu..
    Apa nama sea shell tu kak? Jarang nampak tu..
    One day bole la kita jumpa kak :)

    ReplyDelete
  4. Cik Anon ; Yg fresh tu x la wanginya pon, sekurang2nya harga kat sana murah lah sket dari KL.

    TK ; Masa kesini teringat jugak kat awak terutama masa nak carik makanan best2.Tak pasti nak sebut nama apa sea shell tu sbab dialek pekat T.Ganu pak cik tu buat penjelasan kurang difahami, Insyaallah kita jumpa satu hari nanti, camna nak contact ye?

    ReplyDelete
  5. Hahaha walaupun tak wangi tapi kepok leko pemberianmu tetap menjadi pojaan hatiku..stok dh habis tau jgn lupa refill k..

    ReplyDelete
  6. thank you for such a lovely and informative post...good idea home stay ni kan...better than hotel kalau travel ramai2...hope to try it out when i return home next time inshallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq for droping by at my blog.Duduk di Home stay sangat selesa terutama jika keluarga atau group yg ramai. Harap dapat manfaat dari info ni.

      Delete
  7. Ingin bentuk badan yang menarik? boleh cuba gunakan premium beautiful. hubungi saya atau lawat la blog saya..

    ReplyDelete
  8. terima kasih kerana info yg banyak menafaat dan menarik sekali.

    ReplyDelete

Tulis la apa2 aje......