Tuesday, December 4, 2012

Musim Buah Kembali Lagi

Dah sampai masa sekampung diwarnai merah kuning ijau maroon oleh berbagai buah tempatan yang cukup masa untuk tunjuk hasil untuk tuannya. Hampir semua penghuni kampung pasti akan ada pokok rambutan ni, dek buah ni masak serentak tiada peraih yang nak ambil buah ni untuk dijual. Kalau dulu harga borang sekitar 40 sen sekilo. Musim tengkujuh sedang berlaku membuat buah ni kurang untuk menjadi idaman buat kudapan petang2 hari.



Rambutan gula batu ni hasil tanaman abah dari benih yang dibeli dari ekspo UPM, hasil keluar tak berapa lama jugak. Sangat manis dan buah yang besar dan bulat.



Pokok pulasan ni pulak dah berusia puluhan tahun mungkin dah hampir 60 tahun tapi masih gagah mengeluarkan hasil. Amat jarang dijual dekat bandar.Nak ikut kan isi buah pulasan yang berwarna maroon ni lebih sedap dari rambutan.

Pokok dukong ni jugak rajin berbuah dan sangat cantik isinya. Tak susah nak ambil buah ni hanya petik segugus berpuluh biji ada pada gugusan tu.



Yang sdihnya buah ni tak akan habis dimakan , tapi ia jugak menjadi rezeki sang monyet dan keluarganya yang sama2 menikmati rezeki dibumi Allah ni.


Adakah durian ni masih menjadi raja buah?Kalau dulu hanya setahun sekali dapat menikmati buah ni kini sepanjang tahun akan jumpa dari berbagai negeri yang ada buah ni dan pasaran amat mudah didapati.
Durian D24 ni amat lemak dan manis, isi sangat tebal dan padat, 3 ulas rasanya dah kenyang untuk dimakan.
Jika di Johor dipanggil santan durian, ada juga panggil serawa. Sangat sedap dimakan dengan pulut. Walau dah puas makan durian tu begitu sahaja tetap akan buat serawa ni dan dimakan sedikit demi sedikit secara berulang2.


Buah hampir mencecah tanah.



Buah2 ni dalam proses untuk diagih kepada jiran dan rakan2 pejabat.

5 comments:

  1. Subur betol dusun kat kg kak hanim ni.. Meriah sungguh! Takde yang untuk rakan2 opis ker? Buat terliuq je ni. At least dpt durian tu pun ok.

    ReplyDelete
  2. sedapnya esp rambutan and durian, my favourites!

    ReplyDelete
  3. Subhanallah lebatnya pokok buah2an tu.

    Seronoknya orang ada dusun kat kampung kannn........

    ReplyDelete
  4. Kalau ada lebih tu ....
    antar lah ke CyberJaya

    ReplyDelete

Tulis la apa2 aje......