Friday, December 28, 2012

Tahu apa kah ini?

Rasanya ramai yang tak berapa nak kenal dengan buah ni. Ada rupa macam tomato, buah pinang dan jugak pisang kaki. Ni lah yang dipanggil buah cepu kalau kat Johor. Mungkin lain negeri lain panggilan nya.Buah ni kalau muda hijau warnanya dan amat sedap dimasuk kedalam gulai ikan sungai masak lemak terutama ikan baung.Rasa masam buah ni dan lemak gulai ikan akan menjadikan rasa sangat sedap.

Buah yang sudah ranum . Ada dua jenis buah ni samada masam atau manis. Tak tau la apa yang menjadikan faktor rasanya begitu. Adakalanya rasa masam2 manis. Tengok ni pun dah rasa kecur air liur dah.

Semasa berhenti makan di Kuantan terjumpa pokok besar ni. Tapi baru perasan ini terdapat buahnya yang agak pelik. Dari salah seorang yang ada disitu beritau ini lah pokok gajus.

Wahh tak sangka kacang yang sangat2 aku suka terutama bila ngunyah2 depan tv  begini rupenya.Kacangnya dibahagian bawah buah tu.

4 comments:

  1. isk3x bandar sungguh kak neem ni..boleh tak kenal buah gajus..buah tu bila masak warna dia agak pink..rasa kelat sket tpi sedap..tapi awas..getah dia klu kena tepi mulut boleh jadi kudis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat johor pokok ini x de.waa bahaya pada sesape yg curik2 makan buah ni.senang tau kalau yg ada berkudis kat mulut tu.

      Delete
  2. pokok gajus .
    Kalau orghe Kelantan , dia panggil pokok Te'rea.
    Budu cap Ketereh ... ini lah pokok nyer...

    Yg atas tu kalau tak silap ..pisang kaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. PB ; pokok gajus ni byk kt kelantan rasanya, Yg atas tu kat johor panggil cepu. lain tempat lain panggilan la agaknya.

      Delete

Tulis la apa2 aje......